Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Eksport Senjata Iran Melonjak 40 Peratus Dalam Tempoh 11 Bulan

Beberapa hari lalu, agensi berita antarabangsa Reuters melaporkan bahawa  Iran telah menghantar kira-kira 400 buah peluru berpandu darat-ke-darat berkuasa tinggi kepada Russia, dalam satu lagi bukti menunjukkan hubungan pertahanan dan ketenteraan yang semakin rapat di antara kedua-dua negara itu.

0 3,643

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada ketika Amerika Syarikat menuduh Iran telah menghantar 400 buah peluru berpandu ballistik ke Russia, Kementerian Pertahanan negara itu pula mengumumkan bahawa eksport senjata negara itu meningkat sebanyak 40 peratus di dalam tempoh 11 bulan.

Agensi berita negara, Tasnim memetik jurucakap kementerian Reza Talaei-Nik yang menyatakan bahawa eksport senjata negara itu telah mencatat peningkatan di dalam bentuk “kuantiti dan kualiti.”

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan senarai jenis senjata yang dieksport oleh negara itu.

Pada Oktober tahun lepas, sekatan senjata lebih sedekad oleh Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Iran yang merupakan sebahagian daripada perjanjian nuklear dengan negara itu 2015 telah ditarik balik.

Perjanjian dipanggil Joint Comprehensive Plan of Action (JCPOA) yang dimeterai pada 2015 itu adalah bertujuan membendung program nuklear Iran.

Iran
Pelancaran peluru berpandu Iran.

 

Dengan penarikan sekatan senjata itu, Iran kini boleh mengimport dan mengeksport peluru-peluru berpandu ballistik dan dron yang mempunyai jarak bedil 300km atau lebih.

Bagaimanapun tiga buah negara, United Kingdom, Perancis dan Jerman dikenali sebagai “E3” tidak akan menarik balik sekatan senjata sebagaimana digariskan oleh perjanjian pada 2015 kerana Iran telah melanggar perjanjian.

Sejurus selepas sekatan senjata terhadap Iran ditarik balik pada Oktober tahun lepas, Menteri Pertahanannya Brig Jeneral Mohamad Reza-Astiani dilaporkan berkata negara itu bersedia untuk mewujud dan membangunkan hubungan pertahanan dan strategik dengan semua negara terutamanya negara-negara Islam.

Beberapa hari lalu, agensi berita antarabangsa Reuters melaporkan bahawa  Iran telah menghantar kira-kira 400 buah peluru berpandu darat-ke-darat berkuasa tinggi kepada Russia, dalam satu lagi bukti menunjukkan hubungan pertahanan dan ketenteraan yang semakin rapat di antara kedua-dua negara itu.

Penghantaran peluru berpandu darat-ke-darat itu sudah semestinya akan membantu kempen ketenteraan Russia di Ukraine.

Karrar
Kereta kebal terbaru Iran, “Karrar”

 

Enam sumber dipetik oleh agensi berita antarabangsa Reuters berkata bahawa kebanyakkan daripada peluru berpandu darat-ke-darat jarak dekat itu adalah daripada keluarga “Fateh-110” seperti “Zolfaghar.”

Menurut pakar-pakar ketenteraan, peluru berpandu darat-ke-darat yang dihantar Iran ke Russia itu berkeupayaan membedil sasaran dengan tepat daripada kedudukan sejauh di antara 300km hingga kepada 700km.

Menurut laporan, Iran mula menghantar peluru-peluru berpandu darat-ke-darat itu kepada Russia pada bulan lepas selepas rundingan di antara kedua-dua pihak di Teheran dan Moscow berakhir pada tahun lepas.

Iran dipercayai menggunakan kapal-kapal laut di laluan Laut Kaspia dan pesawat pengangkut untuk menghantar peluru-peluru berpandu terbabit ke Russia.

Teheran juga dipercayai akan meneruskan penghantaran peluru-peluru berpandu dan pelbagai sistem persenjataan yang lain ke Russia di dalam bulan-bulan akan datang ini.

Shahed-136
Dron “Shahed-136”

 

Bagi membantu kempen ketenteraan Russia di Ukraine, Iran dan Korea Utara didakwa telah menghantar pelbagai jenis persenjataan untuk membantu rakannya itu termasuk pesawat tanpa pemandu, peluru-peluru artilleri, roket dan lain-lain.

Antaranya adalah dron berani mati “Shahed-136” buatan Iran yang telah digunakan dengan berkesan oleh Russia untuk menyerang bandar-bandar Ukraine serta infrastruktur-infrastruktur kritikal milik negara Eropah Timur itu.

Russia dan Iran juga dilaporkan bekerjasama untuk mendirikan kemudahan pembinaan dron-dron “Shahed” di bandar Yelabuga, selatan Moscow.– DSA

(ARTIKEL TENTANG KEMAMPUAN SENJATA IRAN)

Notis

Comments
Loading...