Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

(VIDEO) Amerika Guna Peluru Berpandu RM18 Juta Untuk Tembak Jatuh Dron Houthi RM9,000

(VIDEO) Jika benar pihak Tentera Laut Amerika Syarikat itu telah melancarkan kira-kira 100 juta peluru berpandu darat-ke-udara jenis SM setakat ini, maka dianggarkan bahawa ia telah membelanjakan sekurang-kurangnya RM1.8 billion setakat ini untuk menembak jatuh dron-dron murah kumpulan Houthi dianggar bernilai US$2,000 (RM9,000) setiap sebuah.

0 1,337

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal-kapal perang Amerika Syarikat dilapor telah melancarkan lebih daripada 100 buah peluru berpandu darat-ke-udara jenis “Standard Missile” terhadap peluru-peluru berpandu dan dron yang dilancar oleh kumpulan bersenjata Houthi Yaman di Laut Merah.

Menurut pemerhati ketenteraan, konflik di Laut Merah telah menyebabkan “kerugian besar” kepada Amerika Syarikat di mana ia terpaksa menggunakan senjata-senjata canggih bernilai jutaan dollar Amerika untuk menembak jatuh antaranya dron-dron murah dilancarkan oleh kumpulan Houthi.

Selain dron-dron murah,kumpulan bersenjata pro-Iran Houthi di Yaman itu turut melancarkan peluru-peluru berpandu ballistik anti-kapal, peluru berpandu kruis dan juga Unmanned Surface Vessel (USV).

Walaupun ia menggunakan pelbagai senjata untuk membedil kapal-kapal komersial yang menuju ke Israel itu, namun majoriti daripada serangan oleh kumpulan Houthi itu menggunakan dron-dron berani mati yang amat murah untuk dibina.

“Lagi lama konflik di Laut Merah itu berlaku, lagi banyak kerugian ditanggung oleh Amerika dan sekutunya. Sebutir peluru berpandu darat-ke-udara “Standard” dilancar oleh kapal-kapal destroyer Amerika itu dianggarkan bernilai US$4 juta (RM18 juta) bagi setiap sebutir.”

“Manakala dron-dron murah dilancar oleh kumpulan Houthi pula dianggar hanya menelan belanja US$2,000 sebuah (RM9,000) untuk dibina. Sebutir peluru berpandu bernilai RM18 juta diguna untuk memusnahkan dron murah yang hanya bernilai RM9,000.”

Dron berani mati “Shahed-136” buatan Iran kini digunakan oleh Russia di Ukraine dianggar bermilai US$20,000 (RM90,000) setiap sebuah.

Jika benar pihak Tentera Laut Amerika Syarikat itu telah melancarkan kira-kira 100 butir peluru berpandu darat-ke-udara jenis SM setakat ini, maka bolehlah dianggarkan bahawa ia telah membelanjakan sekurang-kurangnya RM1.8 billion setakat ini untuk menembak jatuh dron-dron murah kumpulan Houthi itu.

Menurut laporan oleh media Amerika Syarikat,  kapal-kapal perang negara itu yang berkawal di Laut Merah dilaporkan telah melancarkan peluru-peluru berpandu darat-ke-udara jenis “Standard Missile”(SM) daripada varian SM-2 dan SM-6 terhadap dron-dron Houthi itu.

Shahed-136
Dron “Shahed-136”

 

Peluru-peluru berpandu darat-ke-udara SM-2 Block IIIC dan SM-6 Block IA yang dipercayai digunakan oleh kapal-kapal perang Amerika Syarikat itu untuk menembak jatuh peluru-peluru berpandu dan dron milik Houthi dipercayai bernilai sehingga US$4 juta (RM18 juta) setiap sebuah.

Varian peluru berpandu darat-ke-udara SM-2 merupakan peluru berpandu jarak sederhana darat-ke-udara manakala varian peluru berpandu darat-ke-udara yang dilancarkan oleh kapal-kapal perang Amerika Syarikat itu adalah peluru berpandu untuk membedil ancaman udara jarak jauh.

Selain menggunakan peluru-peluru berpandu darat-ke-udara daripada keluarga SM itu untuk menembak jatuh ancaman kumpulan Houthi itu, kapal-kapal perang Amerika Syarikat itu juga mempunyai pilihan menggunakan meriam kaliber 127mm (5 inch) dan juga meriam 20mm.

Peluru Berpandu
SM-6

 

Selain meriam, kapal-kapal perang destroyer Amerika Syarikat itu juga mempunyai pilihan untuk melancarkan peluru berpandu darat-ke-udara jarak amat dekat jenis Evolved Sea Sparrow Missile (ESSM) yang menelan belanja US$1.8 juta (RM8.1 juta) bagi setiap sebutir peluru berpandu.

Bagaimanapun kapal-kapal perang enggan mengambil risiko menggunakan meriam dan peluru berpandu ESSM kerana tidak mahu menanggung risiko berhadapan dengan ancaman pada jarak yang amat dekat.

Adalah lebih selamat untuk menangani ancaman itu pada kedudukan lebih jauh. — DSA  

LEBIH BANYAK ARTIKEL TENTANG KUMPULAN HOUTHI

Notis

Comments
Loading...