Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Varian Terbaru Dron Berani Mati Shahed-136 Lebih “Memeningkan Kepala” Tentera Ukraine

Berbanding varian asal dron Shahed-136 diterimanya daripada Iran, varian terkini dron-dron berani mati yang telah diubahsuai oleh Russia itu antaranya dilengkapi dengan enjin berkuasa jet bagi membolehkannya terbang lebih laju ke sasaran, sekaligus menyukarkannya untuk ditembak jatuh oleh sistem pertahanan udara Ukraine.

0 15,076

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Seorang pegawai tinggi tentera Russia mendedahkan bahawa anggota tentera negara itu bakal menggunakan varian terbaru dron berani mati Shahed-136 yang lebih berbahaya dan berkeupayaan dalam konfliknya dengan Ukraine.

Dron Shahed-136 adalah buatan Iran tetapi dibekalkan kepada Russia yang bertindak meningkatkan keupayaannya dengan beberapa teknologi terkini dan enjin baru.

Berbanding varian asal dron Shahed-136 diterimanya daripada Iran, varian terkini dron-dron berani mati yang telah diubahsuai oleh Russia itu antaranya dilengkapi dengan enjin berkuasa jet bagi membolehkannya terbang lebih laju ke sasaran, sekaligus menyukarkannya untuk ditembak jatuh oleh sistem pertahanan udara Ukraine.

Sebelum ini pegawai-pegawai tentera Ukraine menyatakan bahawa dron berani mati keluaran Iran yang digunakan oleh Russia itu mudah ditembak jatuh kerana penggunaan enjin piston yang menghasilkan kelajuan yang rendah serta mengeluarkan bunyi yang amat bising sehingga ia digelar “moped” (scooter).

Bagaimanapun, pegawai tinggi tentera Russia Mejar Jeneral Vladimir Popov dalam satu temuramah dengan Sputnik TV baru-baru ini berkata,  tentera negara itu akan menggunakan varian terbaru dron berani mati “Shahed-136”, dipanggil Geran-2 oleh tentera Russia yang lebih “berbahaya” dan berkeupayaan.

Shahed

“Varian terbaru dron berani mati Shahed-136 atau Geran-2 akan dilengkapi dengan enjin jet yang memberikannya kelajuan 800km sejam, sistem penjejak sasaran yang jauh lebih baik serta peledak yang lebih besar,” katanya.

Varian terbaru dron berani mati Shahed-136 yang bakal digunakan oleh tentera Russia itu adalah jauh lebih laju berbanding varian awal dron berani mati keluaran Iran menggunakan enjin piston yang hanya boleh mencapai kelajuan di antara 180 hingga 200km sejam.

Selain itu pegawai kanan tentera Russia itu juga berkata bahawa varian terbaru dron berani mati Shahed-136 itu juga akan menggabungkan sistem penjejakan sasaran menggunakan sistem GLONASS dan infra-red bagi membolehkan ia mengenalpasti sasaran-sasaran tentera dengan lebih berkesan.

Selain itu Moscow dilaporkan juga akan melengkapkan dron berani mati keluaran Iran itu dengan sistem radar tersendirinya bagi membolehkan ia menyerang sasaran-sasaran tentera bernilai tinggi seperti kemudahan radar dan sistem pertahanan udara musuh.

Varian terbaru Shahed-136 dilengkapi dengan enjin jet juga dilaporkan akan diwarnakan hitam bagi menyukarkan pihak musuh untuk melakukan pengesanan secara visual (visual detection) dan seterusnya menembak jatuh.

Shahed
“Shahed-136” 
Shahed-136
Dron berani mati “Shahed-136”

 

Pada September lalu, Iran mendedahkan bahawa ia telah membangunkan varian terbaru dron berani mati Shahed-136 yang dilengkapi dengan enjin jet.

Dipanggil Shahed-238, varian terkini dron berani mati terkenal itu telah dipamerkan di salah sebuah sains dan teknologi terkenal di Iran.

Dron berani mati Shahed-238 itu dilaporkan mempunyai tiga varian yang dilengkapi dengan enjin berkuasa jet tetapi memiliki sistem penjejakan sasaran yang berbeza.

Kesemua penambahbaikan yang dilakukan oleh Russia dengan kerjasama Iran terhadap dron-dron berani mati Shahed-136 itu bukan sahaja akan “memeningkan kepala” tentera Ukraine tetapi juga akan membahayakan lagi kepentingan-kepentingan tenteranya. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

To advertise contact: lulwabyadah@gmail.com

 

Comments
Loading...