Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

(VIDEO) Iran Lakukan Simulasi Serangan Peluru Berpandu Terhadap Pangkalan F-35 Israel

(VIDEO) Media-media Iran menyatakan bahawa simulasi serangan terhadap pangkalan udara Palmachim yang menempatkan pesawat pejuang F-35 Israel itu membuktikan kemampuan yang dimiliki oleh tentera Iran untuk menghukum mana-mana pihak yang menyerang mana-mana wilayah Iran.

8,895

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC)  telah melaksanakan simulasi serangan peluru berpandu terhadap pangkalan udara Palmachim, berhampiran Tel Aviv yang menempatkan skuadron pesawat pejuang F-35 negara itu serta pusat pelancaran satelitnya.

Dalam simulasi serangan itu, Kor Revolusi Islam Iran melancarkan peluru-peluru berpandu daripada jenis “Emad” dan “Qadr” ke arah pangkalan tentera udara Israel itu.

Disaksikan oleh komander IRGC Hossein Salami yang mengisytiharkan bahawa simulasi serangan amat berjaya.

Sebagaimana dilaporkan oleh agensi berita Tasnim Iran, simulasi serangan terhadap pangkalan tentera udara Israel yang  menempatkan pesawat pejuang F-35 itu dilakukan sambutan ke-45 tahun “Hari Pengawal” (Guards Day).

Video-video simulasi serangan peluru berpandu terhadap pangkalan tentera udara Israel itu juga disiarkan oleh stesen televisyen Iran.

Menurut laporan media Iran, peluru-peluru berpandu “Emad” dan “Qadr” terbabit telah dilengkapkan dengan peledak berkuasa tinggi manakala jarak bedilannya juga telah dipertingkatkan.

Kedua-dua peluru berpandu itu berkemampuan membedil sasaran sejauh 1,700km.

Media-media Iran menyatakan bahawa simulasi serangan terhadap pangkalan udara Palmachim yang menempatkan pesawat pejuang F-35 Israel itu membuktikan kemampuan yang dimiliki oleh tentera Iran untuk menghukum mana-mana pihak yang menyerang mana-mana wilayah Iran.

Bulan lepas ketika bercakap daripada pangkalan udara Palmachim itu, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata bahawa Israel tidak akan teragak-agak untuk menyerang Iran, yang menganggap bahawa Iran bertanggungjawab terhadap serangan yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan proksinya.

Pada Julai lalu, Israel mengesahkan ia bersetuju untuk membelanjakan US$3 bilion (RM13.5 bilion) untuk menambah 25 lagi buah pesawat pejuang F-35 kedalam tentera udaranya, menjadikan keseluruhan pesawat pejuang generasi kelima yang bakal dimilikinya kepada 75 buah.

F-35 Adir
Pesawat pejuang F-35 Israel

 

Pada ketika ini, bilangan pesawat F-35I “Adir” yang sudah pun dimiliki oleh Tentera Udara Israel adalah 50 buah.

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat dilapor telah memberikan kepada Israel “fail-fail data misi” mengandungi maklumat terperinci tentang sasaran-sasaran di Semenanjung Gaza bagi membantu pesawat-pesawat F-35 digunakan tentera udara negara Yahudi itu.

Pesawat F-35 buatan syarikat Lockheed Martin itu turut digunakan oleh Tentera Udara Israel dengan beberapa naiktaraf teknikal unik berbanding pesawat F-35 digunakan negara lain dan dinamakan F-35I“Adir.”

“Berikutan konflik yang tercetus dengan Hamas pada 7 Oktober yang lalu, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat telah memberikan ‘fail-fail data misi’ (mission data files) kepada Israel, “ menurut ketua perolehan Pentagon Bill LaPlante.

“Fail-fail data misi” disifatkan sebagai “otak” kepada pesawat-pesawat pejuang, mengandungi data-data yang terperinci dan menyeluruh berkenaan ancaman dan sasaran yang perlu ditanganinya.

F-35
Pesawat pejuang F-35 Israel

 

Pegawai-pegawai kanan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat juga menyatakan bahawa pegawai-pegawainya juga telah menambah beberapa “kemampuan” yang ia tidak dedahkan kepada pesawat-pesawat F-35 di dalam tempoh yang pendek.

“Joint Program Office (JPO) F-35 telah bergerak dengan pantas untuk menyokong rakan dan sekutu paling rapat dengan Amerika Syarikat di Timur Tengah iaitu Israel. Mereka (JPO) berbuat demikian dengan mempercepatkan kemampuan persenjataan dan bekalan alat ganti F-35,” kata perwakilan Virginia, Rob Wittman sebagaimana dipetik oleh media pertahanan negara itu. — DSA

Notis

 

Comments
Loading...