Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Iran Tonjol Kemampuan Peluru Berpandu “Khaybar Shekan” Bedilan Sasaran Dengan Tepat

Media-media Iran menyatakan bahawa antara peluru berpandu ballistik yang digunakan oleh Iran dalam serangan semalam adalah “Khaybar Shekan” yang merupakan varian peluru berpandu ballistik Fateh-110 yang memiliki jarak bedilan lebih jauh dan menggunakan solid propellant.

0 4,524

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Iran telah melancarkan bedilan peluru-peluru berpandu ballistik terhadap apa yang dipanggilnya sebagai “pusat perisikan Israel” dan “lokasi-lokasi kumpulan anti-Iran berkumpul” berhampiran bandar Erbil di utara Iraq dan di Syria.

Serangan peluru berpandu Iran terhadap pusat latihan ISIS di bandar Aleppo, Syria itu disifatkan sebagai serangan peluru berpandu paling jauh telah dilancarkan oleh Teheran iaitu sejauh 1,230km, membuktikan kemampuan peluru berpandu ballistik Iran dalam membedil sasaran dengan tepat.

Serangan peluru-peluru berpandu Iran semalam itu berlaku ketika ketegangan semakin memuncak di rantau Timur Tengah akibat konflik di Palestin sehingga meningkatkan kemungkinan konflik itu merebak ke seluruh rantau itu.

Menurut media-media Iran, Kor Pengawal Revolusi Islam Iran dilaporkan telah melancarkan sejumlah 24 peluru berpandu ballistik terhadap sasaran-sasaran di utara Iraq itu dan di Syria dalam tindakan “balas dendam” terhadap pembunuhan jeneral tentera Iran dan komander kumpulan bersenjata  pro-Iran.

Serangan peluru berpandu Iran itu juga adalah reaksi balas terhadap serangan berani mati yang berlaku Kermanshah yang mengorbankan kira-kira 100 orang awam.

Menurut kenyataan oleh Kor Pengawal Revolusi Islam Iran, serangan peluru berpandu ballistik di Erbil itu telah memusnahkan salah satu daripada pusat perisikan Israel yang paling utama di Erbil yang merupakan ibu negara kepada wilayah separuh otonomi Kurdistan.

Khaybar Shekan

Beberapa lokasi lain di bandar Erbil itu turut menjadi sasaran serangan peluru berpandu ballistik Iran itu.

Salah seorang yang terbunuh dalam serangan peluru berpandu itu adalah ahli perniagaan Kurdish, Peshraw Diyazee yang dilaporkan mempunyai hubungan baik dengan Israel dan banyak menjalankan kegiatan perniagaan dengan syarikat-syarikat negara Yahudi itu.

Turut terbunuh dalam serangan peluru berpandu Iran yang memusnahkan banglo mewah milik Diyazee di Erbil itu adalah empat orang anggota keluarganya yang lain.

Media-media Iran menyatakan bahawa antara peluru berpandu ballistik yang digunakan oleh Iran dalam serangan semalam adalah “Khaybar Shekan”.

Peluru berpandu ballistik “Khaybar Shekan” merupakan varian peluru berpandu ballistik Fateh-110 yang memiliki jarak bedilan lebih jauh dan menggunakan solid propellant.

Kurdish
Ahli perniagaan Kurdish, Peshraw Diyazee yang dilapor rapat dengan Israel.
Kurdish
Rumah Peshraw Diyazee yang musnah dibedil peluru berpandu Iran.

 

Menurut Kor Pengawal Revolusi Islam Iran, peluru berpandu ballistik itu boleh membedil sasaran sejauh 1,450km berbanding varian sebelumnya, Dezful yang didedahkan kepada awam pada Feb 2019 yang memiliki jarak bedilan sejauh 1,000 km.

Peluru berpandu ballistik “Khaybar Shekan” merupakan peluru berpandu yang mempunyai kemampuan untuk membedil sasaran dengan amat tepat dan amat laju, sebagaimana yang ditunjukkan dalam serangan terhadap terhadap utara Iraq dan Syria.

Kepala peledak peluru berpandu “Khaybar Shekan” itu dilaporkan bergerak selaju di antara 7 hingga 9 Mach dalam fasa penerbangan terakhir sebelum ia membedil sasarannya.

Selain memiliki kelajuan yang tinggu, peluru berpandu ballistik itu memiliki tahap kelincahan yang tinggi bagi membolehkan ia mampu mengatasi sistem pertahanan udara pihak musuh,  — DSA

Comments
Loading...