Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Bimbang Kerjasama Erat Iran-Russia Dalam Bidang Teknologi Satelit Tentera

Amerika Syarikat menyuarakan kebimbangan mereka terhadap kerjasama lebih erat di antara Russia dan Teheran dalam bidang satelit kerana penguasaan teknologi satelit oleh negara Parsi itu akan memberikan Iran keupayaan dan kemampuan tidak pernah dimilikinya sebelum ini untuk memantau dan membedil sasaran-sasaran berpotensi di Israel dan Timur Tengah.

0 6,113

(DEFENCE SECURITY ASIA) —  Iran akan menjalin kerjasama lebih erat dengan Russia untuk membina lebih banyak satelit pengintip dinamakan “Khayyam”, bagi membantu negara Parsi itu menangani pelbagai cabaran keselamatan dan pertahanan di rantau itu menerusi aplikasi teknologi satelit.

Menurut media-media Iran dan Russia, rundingan telah pun berlangsung di antara Teheran dan Moscow tentang spesifikasi teknikal satelit pengintip “Khayyam”yang baru itu, yang berkemungkinan besar akan dilancarkan oleh Russia.

Pada ketika ini, Iran hanya berkemampuan melancarkan satelit-satelit kecil di Low-Earth Orbit (LEO).

Menggunakan roket “Qased”, Teheran telah melancarkan satelit tentera dinamakan “Noor 3” ke orbit yang terletak kira-kira 450km daripada bumi pada Sept lalu.

Selain satelit pengintip pengintip pengintip ”Khayyam” itu, terdapat juga perancangan di antara kedua-dua negara itu melancarkan sebuah satelit geostationary dan sebuah satelit komunikasi di dalam tempoh terdekat.

Satelit
Satelit Khayam Iran

 

Pada Ogos tahun lepas, Russia telah melancarkan satelit pengintip “Khayyam” menggunakan roket “Soyuz” Russia daripada tapak pelancar yang terletak di Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan.

Satelit pengintip “Khayyam” milik Iran itu yang dilancarkan pada tahun lepas itu dipercayai menggunakan teknologi satelit pengintip Russia daripada “Kanopus-V Earth Observation Satellite” dengan resolusi imej kira-kira 1.2 meter.

“Khayyam” itu adalah bersempena dengan nama pakar matematik dan pemuisi terkenal Parsi Omar Khayyam.

Iran sememangnya merancang untuk melancarkan lebih banyak satelit sama ada untuk kegunaan awam dan tentera pada tahun-tahun mendatang ini.

Antara perancangan pihak berkuasa satelit Iran adalah melancarkan jaringan satelit-satelit kecil untuk kegunaan pihak tentera dan keselamatan negara itu dinamakan “Sistem Satelit Jeneral Soleimani.”

Satelit
Pemimpin Iran-Russia

 

Jeneral Qasem Soleimani merupakan komander Quds Force di bawah Pengawal Revolusi Iran yang bertanggungjawab terhadap operasi ketenteraan rahsia di sekitar rantau itu.

Beliau dibunuh di Baghdad, Iran pada 2020 akibat serangan peluru berpandu Amerika Syarikat ketika berada di dalam kenderaan selepas meninggalkan lapangan terbang negara itu.

Amerika Syarikat  menyuarakan kebimbangan mereka terhadap kerjasama lebih erat di antara Russia dan Teheran dalam bidang satelit kerana ia akan memberikan Iran keupayaan dan kemampuan tidak pernah dimilikinya sebelum ini untuk memantau sasaran-sasaran berpotensi di Israel dan Timur Tengah.

Semenjak bermulanya konflik di antara Russia dan Ukraine pada Februari tahun lepas, hubungan di di antara Moscow dan Teheran terutamanya membabitkan keselamatan dan pertahanan menjadi semakin rapat.

Shahed
Dron berani mati Iran

 

Ia berlaku selepas Iran membekalkan dron-dron berani mati keluaran industri pertahannya seperti Shahed-136 dan beberapa jenis dron yang lain kepada Russia yang bertindak menggunakannya untuk menyerang pelbagai sasaran di dalam Ukraine.

Moscow juga dikatakan bakal membekalkan pesawat pejuang Su-35 kepada Iran.

Dilaporkan juga bahawa kedua-dua negara bersetuju untuk membina kemudahan pembinaan dron-dron berani mati Iran itu di Russia di sebuah bandar bernama Yelabuga di Tatarstan. — DSA

 

CLICK FOR DEFENCE  SECURITY ASIA APPS
Any enquiries can email: lulwabyadah@gmail.com

 

 

Comments
Loading...