Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Russia Belanja US$1.75 Billion (RM7.8 Bilion) Dirikan Kilang Bina Dron Berani Mati Shahed-136

Laporan media sebelum ini menyatakan bahawa Iran membantu Russia dengan menyalurkan peralatan dan komponen-komponen penting dalam pembuatan dron-dron berani mati Shahed Iran bagi membolehkan kilang pembuatan dron itu didirikan dengan segera di wilayah Yelabuga, Tatarstan di timur Moscow.

0 4,433

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Russia dilapor bersetuju membelanjakan US$1.75 billion (RM7.8 billion) untuk menghasilkan kira-kira 6,000 dron berani mati “Shahed-136” keluaran Iran yang digunakan oleh tenteranya untuk membedil sasaran di Ukraine.

Menurut laporan oleh Militirnaryi, persetujuan itu telah dicapai dengan Iran untuk membangunkan kemudahan pembuatan 6,000 dron berani mati itu di kemudahan di dalam Russia didalam tempoh 2.5 tahun selepas perjanjian dengan Teheran itu.

Laporan itu juga berkata bahawa pada mulanya pihak Iran meminta Russia membawa US$375,000 (RM1.7 juta) untuk sebuah dron berani mati Shahed itu, tetapi jumlah itu telah dikurangkan menerusi rundingan kepada hanya US$193,000 (RM923,000) untuk 6,000 buah dron berani mati itu.

Sekiranya, pihak Russia hanya mahukan 2,000 dron Shahed itu, maka ia dikehendaki membayar US$290,000 (RM1.3 juta), menurut laporan sambil menambah bahawa perjanjian di antara Russia dan Teheran itu meliputi pemindahan teknologi, peralatan, 6,000 buah dron dan software.

Bagaimanapun laporan yang didakwa digodam daripada sebuah syarikat berkaitan dengan Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) mendakwa Russia turut bercadang mendirikan kemudahan pembuatan dron Shahed dengan penggunaan komponen daripada Iran yang amat minimal pada tahun lepas.

Shahed-136
“Shahed-136”

 

Syarikat berkaitan IRGC itu dilaporkan bernama “Sahara Thunder”.

Langkah penggunaan komponen daripada Iran secara minimal itu akan menjadikan kos sebuah dron berani mati Shahed menurun kepada hanya US$48,000 (RM229,000).

Laporan yang dihasilkan daripada pengodaman dokumen-dokumen milik “Sahara Thunder” itu juga menyatakan bahawa pihak Russia turut menggunakan emas sebagai sebahagian daripada perjanjian dengan Iran itu.

Moscow dikatakan membayar sebahagian daripada kos keseluruhan perjanjian dengan Iran itu dengan kira-kira 2 juta gram emas.

Tentera Russia telah menggunakan dron-dron berani mati Iran seperti Shahed-131 dan Shahed-136 untuk menyerang pelbagai sasaran di Ukraine seperti bangunan,infrastruktur awam termasuk janakuasa elektrik, pusat simpanan minyak dan lain-lain lagi.

Pegawai Amerika Syarikat menyatakan bahawa kemampuan sistem dron Iran telah meningkat sejak 2014, bermula daripada penggunaannya oleh militan Houthi yang disokong Teheran dalam serangan-serangan terhadap kemudahan minyak dan gas milik syarikat Saudi Aramco kepada serangan terhadap kapal-kapal komersial yang melalui perairan Teluk Parsi dan kini di medan peperangan di Ukraine.

Shahed
Dron berani mati “Shahed-136” yang dilengkapi dengan enjin turbojet.

 

Laporan media sebelum ini menyatakan bahawa Iran membantu Russia dengan menyalurkan peralatan dan komponen-komponen penting dalam pembuatan dron-dron berani mati Shahed Iran bagi membolehkan kilang pembuatan dron itu didirikan dengan segera di wilayah Yelabuga, Tatarstan.

 Yelabuga,Tatarstan itu terletak di timur Moscow.

Laporan tentang cadangan Russia dan Iran untuk mendirikan kemudahan pembuatan dron berani mati Shahed Iran di negara itu mula kedengaran pada Disember 2022.

Amerika Syarikat menyatakan bahawa Iran telah menghantar komponen dan peralatan yang bakal digunakan untuk membina “kilang” pembuatan dron berani mati itu.

“Ini merupakan kerjasama pertahanan (Russia dan Iran)  yang memudaratkan Ukraine dan kepada negara-negara jiran Iran serta komuniti antarabangsa. Kita akan terus menggunakan segala “peralatan” untuk mendedahkan dan menjejaskan aktiviti (kerjasama pertahanan Russia dan Iran) ini dengan berkongsinya dengan masyarakat dunia,” kata pegawai kanan keselamatan Amerika Syarikat itu. — DSA

To contact email: lulwabyadah@gmail.com 

Comments
Loading...