Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Dron Terbaru Iran, “Mohajer-10” Sasar Kemudahan Nuklear Israel Dimona

Dengan kemampuan untuk berada di udara selama 24 jam dan radius operasi sejauh 2,000km, Iran memberikan gambaran bahawa fasiliti nuklear Israel yang terletak di bandar Dimona di padang pasir Negev kini berada di dalam jarak jangkauan dron terbaru mereka itu.

0 45,528

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada bulan Ogos yang lalu, Iran telah mendedahkan dron terbarunya dipanggil “Mohajer-10”, yang rekabentuknya adalah seakan-akan menyamai dron terkenal MQ-9 Reaper buatan Amerika Syarikat.

Dengan kemampuan untuk berada di udara selama 24 jam dan radius operasi sejauh 2,000km, Iran memberikan gambaran bahawa  fasiliti nuklear Israel yang terletak di bandar Dimona di padang pasir Negev kini berada di dalam jarak jangkauan dron terbaru mereka itu.

Dimona yang terletak di padang pasir Negev itu menempatkan Shimon Peres Negev Nuclear Research Centre (Pusat Kajian Nuklear Shimon Peres) yang menjalankan kerja-kerja kajiselidik tentang tenaga nuklear oleh Israel.

Di kemudahan bawah tanah di pusat kajian  di Dimona itu menempatkan makmal-makmal yang diguna untuk menghasilkan plutonium bagi senjata nuklear Israel.

Israel tidak pernah mengakui secara terbuka kewujudan kemudahan menghasilkan bahan-bahan untuk senjata nuklearnya di Dimona itu.

Mohajer-10
“Mohajer-10”

 

Dron “Mohajer-10” milik Iran itu telah didedahkan kepada awam pada majlis yang turut dihadiri oleh Presiden Iran Ebrahim Raisi baru-baru ini.

Dengan keupayaan untuk terbang setinggi 7km, dron Medium Altitude Long Endurance (MALE) itu juga berkemampuan terbang selaku 210km sejam dan membawa pelbagai muatan senjata termasuk bom dan peluru berpandu seberat 300kg.

Pada majlis itu, Ebrahim mengumumkan bahawa Iran kini adalah negara yang maju daripada teknologi persenjataannya di dunia.

Media Iran menyatakan bahawa negara itu sedang membangunkan dron-dron strategik genereasi kelima menerusi inisiatif lonjakan dengan mengaplikasi teknologi Artificial Intelligence, Peperangan Elektronik dan pengumpulan maklumat signal.

Mohajer-10

Dengan radius operasinya sejauh 2,000km, dron Mohajer-10 bukan sahaja mengancam musuh-musuh Iran di Timur Tengah seperti Iran, tetapi juga Amerika Syarikat yang telah meningkatkan bilangan aset-aset dan anggota tenteranya di rantau itu.

Antara aset-aset milik Amerika Syarikat yang kini ditempatkan di Timur Tengah adalah pesawat-pesawat pejuang F-35.

Akibat sekatan senjata oleh masyarakat antarabangsa pada 1979, Iran telah membangunkan industry senjatanya dan kini antara lain, memiliki dron-dron berkemampuan tinggi, sebagaimana yang ditonjolkannya di dalam konflik di Ukraine pada ketika ini.

Teheran dilapor membekalkan ribuan dron-dron berani mati Shahed-136 kepada Russia yang digunakan oleh Moscow untuk membedil kedudukan tentera Ukraine serta infrastruktur tenaga miliknya.

Shahed
Dron “berani mati Shahed-136” buatan Iran

 

Disebabkan keberkesanan Shahed-136 di dalam konflik Russia-Ukraine, Moscow telah mencapai persetujuan dengan Teheran untuk mewujudkan kemudahan pembinaan dron berani mati itu bandar Yelabuga di Tatarstan.

Iran juga bercadang mendirikan kemudahan pembinaan dron Shahed-136 di Belarus, yang merupakan sekutu kuat Russia.

Selain konflik Russia-Ukraine, dron Shahed-136 juga telah digunakan oleh pemberontah Houthi di Yemen untuk menyerang kemudahan-kemudahan minyak dan gas milik Arab Saudi.

Iran mendakwa permintaan daripada pelanggan bagi dron-dron keluaran industri pertahanannya adalah amat tinggi pada ketika ini, menjadikannya antara negara pengeksport utama dron di dunia pada ketika ini. — DSA

Donlod

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...