Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

(VIDEO) Iran Hantar 400 Peluru Berpandu Ballistik “Berketepatan Tinggi” Kepada Russia

(VIDEO) Menurut pakar-pakar ketenteraan, peluru berpandu darat-ke-darat daripada keluarga "Zolfaghar" seperti Fateh-110yang dihantar Iran ke Russia itu berkeupayaan membedil sasaran dengan tepat daripada kedudukan sejauh di antara 300km hingga kepada 700km.

0 24,287

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Iran dilaporkan telah menghantar kira-kira 400 buah peluru berpandu darat-ke-darat berkuasa tinggi kepada Russia, dalam satu lagi bukti menunjukkan hubungan pertahanan dan ketenteraan yang semakin rapat di antara kedua-dua negara itu.

Penghantaran peluru berpandu darat-ke-darat itu sudah semestinya akan membantu kempen ketenteraan Russia di Ukraine.

Enam sumber dipetik oleh agensi berita antarabangsa Reuters berkata bahawa kebanyakkan daripada peluru berpandu darat-ke-darat jarak dekat itu adalah daripada keluarga “Fateh-110” seperti “Zolfaghar.”

Menurut pakar-pakar ketenteraan, peluru berpandu darat-ke-darat yang dihantar Iran ke Russia itu berkeupayaan membedil sasaran dengan tepat daripada kedudukan sejauh di antara 300km hingga kepada 700km.

Menurut laporan, Iran mula menghantar peluru-peluru berpandu darat-ke-darat itu kepada Russia pada bulan lepas selepas rundingan di antara kedua-dua pihak di Teheran dan Moscow berakhir pada tahun lepas.

Iran dipercayai menggunakan kapal-kapal laut di laluan Laut Kaspia dan pesawat pengangkut untuk menghantar peluru-peluru berpandu terbabit ke Russia.

Teheran juga dipercayai akan meneruskan penghantaran peluru-peluru berpandu dan pelbagai sistem persenjataan yang lain ke Russia di dalam bulan-bulan akan datang ini.

Sementara itu pentadbiran Rumah Putih, Amerika Syarikat memberikan amaran keras daripada masyarakat antarabangsa sekiranya laporan mengenai penghantaran peluru-peluru berpandu daripada Iran ke Russia itu terbukti benar.

Jurucakap keselamatan kebangsaan Rumah Putih John Kirby berkata bahawa pihak mengetahui bahawa kedua-dua pihak sedang berunding mengenai peluru berpandu darat-ke-darat tetapi tiada pengesahan mengenai perkara itu setakat itu.

Iran
Peluru berpandu Zolfagher

 

Pihak Amerika Syarikat kata beliau akan membawa perkara itu kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan mengemukakan cadangan agar Teheran dikenakan lebih banyak sekatan senjata bagi mengelak lebih banyak senjata jatuh Iran dihantar ke Moscow.

Bagi membantu kempen ketenteraan Russia di Ukraine, Iran dan Korea Utara dilaporkan telah menghantar pelbagai jenis persenjataan untuk membantu rakannya itu termasuk pesawat tanpa pemandu, peluru-peluru artilleri, roket dan lain-lain.

Iran
Zolfagher

 

Antaranya adalah dron berani mati “Shahed-136” buatan Iran yang telah digunakan dengan berkesan oleh Russia untuk menyerang bandar-bandar Ukraine serta infrastruktur-infrastruktur kritikal milik negara Eropah Timur itu.

Russia dan Iran juga dilaporkan bekerjasama untuk mendirikan kemudahan pembinaan dron-dron “Shahed” di bandar Yelabuga, selatan Moscow.– DSA

(LAGI BERITA TENTANG KEMAMPUAN PELURU BERPANDU IRAN)

Notis

 

Comments
Loading...