Amaran Terakhir Terhadap Kontraktor Bekal Empat Helikopter Black Hawk Pada Tentera Darat
Kementerian Pertahanan (MINDEF) memberi amaran terakhir kepada kontraktor tempatan yang sepatutnya menghantar empat buah helikopter sewaan UH-60A Black Hawk kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bahawa mereka hanya ada sehingga Oktober ini untuk menghantar helikopter terbabit atau berdepan tindakan.