Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

MINDEF Batal Lima Perolehan Untuk Elak Berlakunya Ketirisan

Dalam satu kenyataan hari ini, MINDEF yang dikini diterajui oleh Menteri Pertahanan yang baru juga memaklumkan bahawa ia kini melaksanakan perolehan aset secara tender terbuka bagi keperluan ketiga-tiga cabang perkhidmatannya.

0 5,640

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengambil keputusan membatalkan lima perolehan membabitkan bekalan, perkhidmatan dan projek infrastruktur sebagai langkah mengelak daripada berlakunya ketirisan sekiranya perolehan-perolehan terbabit diteruskan.

Dalam satu kenyataan hari ini, MINDEF yang dikini diterajui oleh Menteri Pertahanan yang baru juga memaklumkan bahawa ia kini melaksanakan perolehan aset secara tender terbuka bagi keperluan ketiga-tiga cabang perkhidmatannya.

“Ia selaras dengan dasar kerajaan masa ini yang mengutamakan ketelusan dan nilai untuk wang.

“MINDEF juga mengambil perhatian serius terhadap kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai ketirisan perbelanjaan ketika Majlis Dialog Belanjawan Negara 2023 pada Selasa lepas,” menurut kenyataan itu yang dikeluarkan hari ini.

Kenyataan itu menyebut sebarang ketirisan dan salah laku sepanjang perolehan adalah sesuatu yang tidak akan dikompromi dengan pihak yang melakukan salah laku demi kepentingan peribadi.

Tok Mat
Menteri Pertahanan yang baru Datuk Seri Mohamad Hasan aka “Tok Mat” (kredit Kementerian Pertahanan)

 

“MINDEF juga tidak akan teragak-agak untuk melaporkan sebarang ketirisan dan ketidaktelusan terhadap proses perolehan kepada pihak berkuasa,” katanya.

Kenyataan tidak menyatakan lima perolehan yang dibatalkan oleh MINDEF itu tetapi ia akan dilakukan secara tender terbuka selepas ini.

Berikutan terbentuknya Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan yang baru bagi menggantikan Hishammuddin Hussein.— DSA

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

 

 

Comments
Loading...