Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

RFI Untuk Sistem Pertahanan Udara Jarak Sederhana, KM-SAM

Sistem KM-SAM yang juga dikenali dengan nama Koreanya, “Cheongung” merupakan sistem pertahanan udara jarak sederhana Korea Selatan yang dibangunkan oleh Agency for Defense Development (ADD) dengan bantuan teknikal daripada firma Russia, Almaz-Antey yang terkenal dengan pembangunan sistem pertahanan udara S-300,S-400 dan terkini, S-500.

0 4,083

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat Korea Selatan, LIG Nex1 telah menerima Request For Information (RFI) daripada Kementerian Pertahanan tentang sistem pertahanan udara jarak sederhana (Medium Range Air Defence System – MERAD)  “KM-SAM” yang dibangunkan oleh syarikat terbabit.

Perkara itu disahkan oleh salah seorang pegawai syarikat pertahanan itu ketika ditemui di booth LIG pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ’23) yang bermula hari ini.

“Yes, we did receive a Request For Information from Malaysia’s Ministry of Defence on the KM-SAM system sometime last year,” menurut pegawai terbabit kepada Defence Security Asia.

KS-SAM
Sistem pertahanan udara jarak sederhana “KM-SAM” oleh syarikat Korea Selatan,LIG Nex1.

 

Permohonan RFI tidak membawa apa-apa makna kerana Kementerian Pertahanan turut mengeluarkan RFI kepada syarikat-syarikat yang lain untuk mengetahui dengan lebih terperinci tentang sesuatu sistem pertahanan itu.

Ditanya sama ada syarikat akan menyertai tender bagi sistem MERAD sekiranya ia diiklan oleh Kementerian Pertahanan, pegawai LIG itu berkata, terpulang kepada keputusan pihak pengurusan kanan syarikat tetapi kemungkinan besar mereka akan menyertainya.

LIG Nex1 merupakan antara syarikat pertahanan Korea Selatan yang turut sama menyertai LIMA ’23.

Penyertaan syarikat-syarikat pertahanan Korea Selatan pada LIMA ’23 kali ini agak signifikan, terutamanya selepas kejayaan Korea Aerospace Industries (KAI) menjual 18 buah pesawat pejuang ringan FA-50 Block 20 bernilai kira-kira RM4 bilion kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Kementerian Pertahanan dijangka akan menandatangani kontrak pembelian 18 buah pesawat itu dengan KAI pada Khamis ini.

MERAD

 Satu ciri yang menarik mengenai sistem pertahanan udara jarak sederhana KM-SAM  adalah ianya merupakan satu-satunya sistem MERAD yang mempunyai sentuhan DNA teknologi dari kedua-dua Blok Barat dan Rusia.

Sistem KM-SAM yang juga dikenali dengan nama Koreanya, “Cheongung” atau Cheolmae II merupakan sistem pertahanan udara jarak sederhana Korea Selatan yang dibangunkan oleh Agency for Defense Development (ADD) dengan bantuan teknikal daripada firma Russia, Almaz-Antey yang terkenal dengan pembangunan sistem pertahanan udara S-300,S-400 dan terkini, S-500.

Tentera Korea Selatan menggunakan sistem KM-SAM (Cheongung Block-1) ini untuk menggantikan sistem pertahanan udara MIM-23 HAWK.

Komposisi standard sistem KM-SAM mengandungi sebuah Fire Control Centre (FCC), sebuah Multifunction Radar (MFR) dan beberapa Transporter Erector Launcher (TEL) yang boleh membawa sehingga lapan buah peluru berpandu bagi sistem terbabit.

Radar 3D Pelbagai Fungsi Passive Electronically Scanned Array (PESA) X-Band sistem KM-SAM itu berkemampuan mengesan sasaran sejauh 100km dan track sebanyak 40 sasaran secara serentak.

KM-SAM

Sistem pertahanan udara jarak sederhana KM-SAM boleh membedil sasaran udara setinggi 15km (49,000 kaki) pada jarak sejauh 40 km.

Tahun lepas, syarikat LIG Nex1 telah berjaya menempa kejayaan yang besar apabila Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah menandatangani kontrak bernilai US$3.5 billion (RM14.7 bilion) untuk memperoleh sistem KM-SAM ini.

Arab Saudi juga dikatakan dalam fasa rundingan akhir bagi memperoleh sistem KM-SAM yang sama.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah membuat permohonan untuk memperolehi satu bateri Sistem Misil Pertahanan Udara Jarak Sederhana (MERAD – Medium Range Air Defence) dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12). — DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

Comments
Loading...