Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

MINDEF Buka Tender Sistem Peluru Berpandu Anti-Kereta Kebal (Jarak Sederhana)

Mengenai kemampuan untuk menembusi armor musuh pula, spesifikasi yang digariskan oleh Kementerian Pertahanan adalah ia mesti mampu menumpaskan Explosive Reactive Armour (ERA) dan plet-plet armor utama sekurang-kurangnya 900mm RHA (Rolled Homogenous Armour) dengan Behind Armour Effect (BAE) untuk mendatangkan kemusnahan kepada kenderaan musuh dan krewnya.

0 3,761

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Semalam, Kementerian Pertahanan telah mengiklankan tender untuk memperolehi 18 buah sistem peluru berpandu anti-kereta kebal (jarak sederhana) (Anti-Tank Guided Weapon – Medium Range ATGW-MR).

Iklan tender itu bertajuk “Perolehan Membekal, Menghantar, Menguji Dan Mentauliah Anti Tank Guided Weapon-Medium Range (ATGW-MR) Untuk Tentera Darat” dan mula dibuka pada 12 tengah hari semalam (21 Mac 2023) dan akan ditutup pada 11 April 2023.

Iklan tender terbabit menerangkan secara terperinci spesifikasi sistem ATGW-MR yang dicari oleh Kementerian Pertahanan.

MINDEF
Sistem peluru berpandu anti kereta-kebal AT-1K Raybolt oleh syarikat Korea Selatan, LIG NEX1

 

Antaranya adalah sistem terbabit mestilah berkemampuan memusnahkan armor dan kubu-kubu diperkukuhkan milik pihak musuh daripada jarak di antara 2000 meter hingga 4000 meter.

Sistem ATGW-MR yang dikehendaki oleh Kementerian Pertahanan itu mestilah mempunyai tahap kepastian mengenai sasaran tidak kurang daripada 90 peratus.

Mengenai kemampuan untuk menembusi armor musuh pula, spesifikasi yang digariskan oleh Kementerian Pertahanan adalah ia mesti mampu menumpaskan Explosive Reactive Armour (ERA) dan plet-plet armor utama sekurang-kurangnya 900mm RHA (Rolled Homogenous Armour) dengan Behind Armour Effect (BAE) untuk mendatangkan kemusnahan kepada kenderaan musuh dan krewnya.

Mod serangan sistem ATGW-MR yang dikehendaki oleh Kementerian Pertahanan sebagaimana dinyatakannya dalam dokumen tender itu adalah “Top Attack Mode” dan “Direct Attack Mode.”

OMTAS
Sistem Peluru Berpandu Jarak Sederhana “OMTAS” yang dibangunkan oleh firma Roketsan daripada Turki.

 

Untuk sistem panduan bagi peluru berpandu anti-kereta kebal (jarak sederhana) itu, Kementerian Pertahanan menghendaki ia dipandu oleh Imaging Infrared (IIR) dengan sistem disejukkan atau tidak untuk memberikan imej yang lebih baik.

Bagi peledak peluru berpandu itu pula, ia mestilah Tandem Shaped Charge. Setiap sistem pelancar mestilah mempunyai satu peluru berpandu.

Berat keseluruhan sistem peluru berpandu itu mestilah tidak melebihi 25kg.

Sebuah sistem peluru berpandu anti-kereta kebal (jarak sederhana) yang lengkap mestilah memiliki komponen-komponen berikut: Launching Tube/Canister, Peluru Berpandu, Observation and Launching Unit (OLU), Tripod dan Missile Container.

MINDEF
Sistem peluru berpandu anti-kereta kebal Akeron MP (Akeron Moyenne Portée) dahulu dikenali sebagai MMP (Missile Moyenne Portée) keluaran syarikat MBDA.

 

Sistem peluru berpandu anti-kereta kebal (jarak sederhana) itu mesti berkemampuan beroperasi pada waktu siang atau malam dan mencari,mengesan serta menjejaki sasaran pada semua keadaan cuaca.

Sistem mestilah dioperasi oleh tiga orang krew, dengan latihan disediakan oleh syarikat yang memenangi kontrak terbabit.

Perolehan sistem peluru berpandu anti-kereta kebal (jarak sederhana) itu turut meliputi simulator untuk latihan anggota. — DSA

Apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

Comments
Loading...