Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

MINDEF Terima RM19.7 Bilion, ATM Bakal Perolehi Aset-Aset Baru

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini, penambahan peruntukan pertahanan itu adalah bagi memperkukuh tahap kesiapsiagaan pertahanan dan keselamatan negara.

0 6,799

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Kementerian Pertahanan diperuntukkan sebanyak RM19.7 bilion pada Belanjawan 2024 yang diumumkan hari ini,  iaitu suatu peningkatan sebanyak RM2 bilion berbanding pada 2023, yang akan melihat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperolehi beberapa aset baru.

Kementerian Dalam Negeri pula diperuntukkan RM19 bilion, iaitu pertambahan sebanyak RM500 juta. 

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini, penambahan peruntukan pertahanan itu adalah bagi memperkukuh tahap kesiapsiagaan pertahanan dan keselamatan negara.

Selain itu,  kerajaan katanya, akan memulakan proses perolehan aset-aset baharu. 

“Ini termasuk perolehan 12 helikopter baharu Tentera Udara Diraja Malaysia, perolehan aset-aset utama Tentera Darat Malaysia seperti 60 kereta perisai infantri, 50 High Mobility Light Tactical Vehicle (HMLTV), enam Hovercraft Integrated Fast Interceptor serta 733 kenderaan sokongan pelbagai jenis.

H225M
Helikopter Airbus H225M (EC 725) milik Tentera Udara Diraja Malaysia.

 

“Kerja-kerja memasang pulih dua aset kapal selam selain meneruskan perolehan tiga buah Littoral Mission Ship (LMS) Tentera Laut Diraja Malaysia serta perolehan bagi menggantikan aset lama dengan tujuh buah pesawat kapal terbang twin engine dan 5 buah helikopter ringan PDRM,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan.

Kerajaan menurut beliau, juga akan menambah aset-aset perairan dengan memperolehi 45 unit bot pelbagai jenis Tentera Darat serta sembilan buah kapal ronda generasi baru.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) juga menurut beliau akan memperolehi bot-bot pemintas baru bagi meningkatkan keselamatan sempadan dan perairan negara.

Perolehan itu juga akan memperkukuh kecekapan dan keberkesanan kawalan di pintu-pintu masuk antarabangsa. 

Yavuz
Sistem meriam bergerak “Yavuz” 155mm 52 cal yang dibangunkan oleh syarikat Turki, MKE.

 

Perdana Menteri juga katanya akan membina tujuh pos imbangan antaranya di Melikin dan Pa’ Daleh, Sarawak, pos keselamatan di Sungai Desa Aji Kuning, Pulau Sebatik, Sabah serta kerja awalan pembinaan dua ICQS di Nabawan dan Kalabakan, Sabah.

“Kerajaan akan mewujudkan sebuah agensi tunggal sempadan negara atau single border agency (SBA). RM20 juta turut disediakan untuk menyelenggara, membaiki serta memperoleh harta modal di pintu-pintu masuk antarabangsa seluruh negara,” kata  Anwar. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...