Browsing tag

Jepun

[VIDEO] Jepun Lancar Kapal Destroyer Berkemampuan AEGIS, “JS Haguro”, Harga RM6 Billion

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dua hari lepas, Tentera Laut Jepun (dipanggil Japan Maritime Self Defence Force) telah metauliahkan kapal destroyer kelasa-Maya miliknya yang ke-lapan dipanggil “JS Haguro” (DDG-180).

Bernilai US$1.5 billion (RM6 billion),  kapal JS Haguro itu memenuhi matlamat tentera laut Jepun untuk memiliki lapan buah kapal destroyer kelas-Maya sebagaimana yang disasarkan oleh Program Pertahanan Kebangsaan 2013.

Tiga Kapal Perang China Dikesan Berada Hampir Perairan Jepun

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa hari selepas menerima kunjungan Setiausaha Negara dan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, tiga buah kapal perang China termasuk kapal destroyer tercanggihnya dikesan belayar berhampiran dengan sempadan perairan Jepun.

Kementerian Pertahanan Jepun dalam satu kenyataan berkata, mereka mengesan kehadiran kapal destroyer kelas-Renhai Type 055 “Nanchang” diiringi oleh sebuah lagi kapal destroyer dan sebuah kapal friget dikesan berada di Selat Tsushima.

China Tidak Senang Tindakan Jepun Ubahsuai “Izumo” Dan “Kaga”

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dengan berat hampir 28, 000 tan, Multi-Purpose Destroyers “Izumo” dan “Kaga” adalah kapal terbesar yang dimiliki oleh Tentera Laut Jepun (dipanggil Japan Maritime Self Defense Force) sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua.

Kedua-dua kapal yang dianggarakan bernilai lebih US$1 billion setiap satu telah ditauliahkan di dalam perkhidmatan JMSDF pada tahun 2015 dan 2017.

Jepun Lancar “Mogami”, Kapal Friget 30FFM

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Laut Jepun telah melancarkan kapal friget kelas 30FFM yang pertama “Mogami” yang dibina oleh syarikat, Mitsubishi Heavy Industries (MHI) di limbungan kapalnya di kota Nagasaki.

Kapal friget “Mogami” yang mengambil nama sempena sebuah sungai di negara itu akan dilengkapkan dengan pelbagai peralatan dan persenjataan bagi membolehkannya ditauliah dan beroperasi pada tahun depan.

Jepun Arah Kapal Pengawal Pantainya Tembak Kapal Asing Cuba Mendarat Di Senkaku

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kerajaan Jepun memberi kebenaran kepada kapal-kapal pengawal pantainya untuk melepaskan tembakan terhadap mana-mana kapal asing yang cuba mendarat di Senkaku, kumpulan pulau-pulau di perairan Laut China Timur yang turut dituntut oleh Beijing. Arahan kerajaan Jepun itu merupakan tindak balas terhadap undang-undang pengawal pantai China yang memberi kebenaran kepada kapal-kapal pengawal pantainya […]

Jepun Cadang Belanja RM19.2 Billion Untuk Bina Dua Buah Kapal Pertahanan Udara

(DEFENCE SECURITY ASIA) –Jepun bercadang untuk membelanjakan US$4.8 bilion (RM19.2 bilion) untuk membina dua buah kapal perang destroyer khusus untuk fungsi-fungsi pertahanan udara (anti-air warfare) terutamanya dalam menangani serangan peluru berpandu daripada Korea Utara. Kedua-dua kapal destroyer yang dikatakan bakal dibina oleh syarikat Mitsubishi Heavy Industries akan diletakkan di perairan antara Jepun dan Korea Utara […]

Kapal Selam “Soryu” Tentera Laut Jepun Berlanggar Dengan Kapal Dagang

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tiga krew sebuah kapal selam berkuasa diesel-elektrik kelas-“Soryu” Tentera Laut Jepun mengalami kecederaan selepas kapal selam mereka terlibat dalam kemalangan dengan kapal dagang yang berdaftar di Hong Kong. Kejadian semalam itu berlaku pada 10.58 pagi waktu tempatan 25 batu selatan Cape Ashizuri di perairan berhampiran Pulau Shikoku di Pulau Honshu. Menurut […]