Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

China Tidak Senang Tindakan Jepun Ubahsuai “Izumo” Dan “Kaga”

China gusar apabila Jepun mengumumkan hasrat untuk mengubahsuai kapal "Izumo" bagi membolehkannya membawa pesawat STOVL.

0 3,762

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dengan berat hampir 28, 000 tan dan panjang 248 meter, Multi-Purpose Destroyers “Izumo” dan “Kaga” adalah kapal terbesar yang dimiliki oleh Tentera Laut Jepun (dipanggil Japan Maritime Self Defense Force) sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua.

Kedua-dua kapal yang dianggarkan bernilai lebih US$1 billion setiap satu telah ditauliahkan di dalam perkhidmatan JMSDF pada tahun 2015 dan 2017.

Untuk kapal pertama iaitu Izumo, pembinaannya bermula pada 2011.

Izumo

Statusnya sebagai kapal perang terbesar tentera Jepun telah menggusarkan China yang menyifatkan “Izumo” dan “Kaga” sebenarnya adalah kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier) dan menggambarkan niat Jepun untuk kembali menjadi kuasa tentera.

Walapun begitu, tugas utama kedua-dua kapal ini adalah peperangan anti-kapal selam, operasi kemanusiaan dan untuk tinjauan.

Pada 2018, kerajaan Jepun mengesahkan usaha untuk mengubahsuai “Izumo” bagi menbolehkan ia membawa sekurang-kurang 12 buah pesawat F-35B (STOVL)  sekaligus menjadikan ia sebagai “mini carrier.”

Walaupun digelar sebagai mini carrier oleh China, tetapi berat “Izumo” dan “Kaga” adalah masih jauh daripada kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat (100,000 tan) atau kapal pengangkut pesawat China “Liaoning” (60,000 tan).

USS America
Sebuah pesawat F-35B STOVL mendarat di atas dek kapal Amphibious Assault Ship Tentera Laut Amerika “USS America”.

Tindakan Jepun mengubahsuai “Izumo” bagi membolehkan ia membawa pesawat-pesawat “Short Take Off Vertical Landing” seperti biasa dipersoalkan oleh China, yang bimbang dengan rekod lampau semasa Perang Dunia Kedua Tokyo.

Tetapi Tokyo tidak mempeduli kegusaran China itu dan meneruskan usahanya untuk mengubahsuai “Izumo” bagi menjadikannya sebuah “mini carrier, ” walau Tokyo tidak pernah mengumumkannya secara terbuka bahawa kedua-dua kapal itu kini memikul tugas sebagai kapal pengangkut pesawat ringan.

Kementerian Pertahanan Jepun mengatakan kehadiran kedua-dua kapal, “Izumo” dan “Kaga” adalah untuk meningkatkan pertahanan negara itu di Pasifik dikala China sedang agresif menuntut sebahagian besar Laut China Selatan.

Jepun telah pun memesan 105 buah pesawat F-35 untuk tentera udaranya, dengan kira-kira 40 adalah di dalam versi F-35B STOVL. (Jepun kata pesawat-pesawat STOVL itu akan beroperasi di darat)

Selain itu, Amerika Syarikat juga bercadang mengoperasikan pesawat-pesawat F-35B STOVL miliknya daripada atas kapal “Izumo”, sebagai salah usaha untuk melatih tentera Jepun dalam mengendali kan pesawat itu.

Selain itu, kedua-dua kapal terbabit juga mampu membawa kira-kira 400 anggota tentera Jepun setiap satu kapal dan tujuh buah helicopter  ASW dan dua buah SAR  bagi menyokong operasi anti-kapal selamnya. Terdapat juga laporan mengatakan Jepun bakal meletakkan pesawat Osprey di kapal “Izumo” dan “Kaga” pada masa depan.

Untuk sistem pertahananny, “Izumo” dan “Kaga” masing-masing membawa dua unit CIWS (Close In Weapon System) dan dua unit peluru berpandu “SeaRam.”.

Bagaimanapun, ia akan diiringi oleh kapal-kapal perang lain dalam setiap pelayarannya sebagai jaminan keselamatannya.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...