Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Korea Utara Lancar Dua Lagi Peluru Berpandu, Kali Ini Ke Arah Perairan Jepun

Pihak tentera Korea Selatan berkata, kedua-dua peluru berpandu itu dilancar daripada kawasan bernama Hamju di daerah Selatan Hamgyong ke arah kawasan perairan di utara Korea Utara di antara pukul 7.06 pagi hingga 7.20 pagi (waktu tempatan).

0 1,876

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Korea Utara melancarkan lagi dua butir peluru berpandu jarak dekat hari ini, beberapa hari selepas melakukakan pelancaran dua butir peluru berpandu yang dilihat sebagai “amaran” kepada pentadbiran presiden Jo Biden.

Pihak tentera Korea Selatan berkata, kedua-dua peluru berpandu itu dilancar daripada kawasan bernama Hamju di daerah Selatan Hamgyong di Korea Utara ke arah kawasan perairan di utara negara itu di antara pukul 7.06 pagi hingga 7.20 pagi (waktu tempatan).

Korea Utara

Kedua-dua peluru berpandu yang dipercayai dilancarkan daripada darat itu terbang sejauh 450km dan setinggi 60km.

Jenis peluru berpandu yang dilancarkan oleh Korea Utara itu masih belum dapat dipastikan sehingga kini, menurut pegawai Amerika Syarikat.

Majlis Keselamatan Negara Korea Selatan dalam satu kenyataan berkata, ia melihat pelancaran peluru berpandu oleh Korea Utara itu sebagai sesuatu yang amat membimbangkan dan akan mengkaji mengenainya dengan bantuan Amerika Syarikat.

Bercakap kepada pemberita di Jepun, Perdana Menterinya Yoshihide Suga berkata pelancaran itu merupakan “ancaman kepada kedamaian dan keamanan” selain bertentangan dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Menurut kementerian pertahanan Jepun, kedua-dua peluru berpandu itu jatuh di luar perairan dan kawasan Zon Eksklusif Jepun (ZEE) Jepun.

Semalam, Korea Utara dilaporkan telah melancarkan dua peluru berpandu jarak dekat beberapa hari lepas tetapi motif disebalik pelancarannya tidak dapat dipastikan, menurut pegawai-pegawai kanan Amerika Syarikat.

Pelancaran peluru berpandu itu dipercayai tiada kaitan dengan keputusannya memutuskan hubungan dengan Malaysia berhubung isu ekstradisi rakyatnya ke Amerika Syarikat.

Pelancaran peluru berpandu oleh Korea Utara itu dipercayai sebagai respons terhadap latihan tentera antara Amerika Syarikat dengan Korea Selatan, sekaligus merupakan cabaran terhadap pentadbiran Presiden Jo Biden.

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Llyod Austin juga berada di Korea Selatan minggu lepas.

Sejak beberapa minggu lepas, pegawai-pegawai kanan Amerika Syarikat mengatakan Pyongyang sedang bersiap-sedia untuk melancarkan peluru berpandu selepas adik perempuan pemimpinnya, Kim Yo Jong memberi amaran kepada Washington.

Pegawai Amerika berkata pelancaran dua butir peluru berpandu itu adalah tindakan provokasi oleh Pyongyang, selain mahu menghantar mesej kepada Washington.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...