Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Jepun Lancar “Mogami”, Kapal Friget 30FFM

Persaingan dengan China di Laut China Selatan bakal menjadi lebih sengit.

0 3,060

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Laut Jepun telah melancarkan kapal friget kelas 30FFM yang pertama “Mogami” yang dibina oleh syarikat, Mitsubishi Heavy Industries (MHI) di limbungan kapalnya di kota Nagasaki.

Kapal friget “Mogami” yang mengambil nama sempena sebuah sungai di negara itu akan dilengkapkan dengan pelbagai peralatan dan persenjataan bagi membolehkannya ditauliah dan beroperasi pada tahun depan.

Mogami

Friget 30FFM direkabentuk untuk menjadi kapal friget masa depan tentera laut Jepun.

Tentera Laut Jepun telah menempah sebanyak 22 buah kapal friget serbaguna kelas 30FFM, dengan dua buah syarikat dipertanggungjawab untuk membinanya. Kedua-dua syarikat itu adalah MHI di Nagasaki dan Mitsui di Okayama. Kapal friget kelas 30FFM ini memiliki panjang 132 meter dan berat penuh dengan peralatan (full load displacement) sebanyak 5,500 tan.

Mogami

Namun apa yang menarik bagi kapal friget ini adalah tahap otomasinya yang tinggi kerana bilangan krew adalah amat rendah, iaitu hanya 90 orang.

Pembinaan kapal friget “Mogami” ini bermula pada 2018.

Friget 30FFM ini akan dilengkapi dengan pelbagai sistem persenjataan dan sistem-sistem yang lain, seperti:

  • Meriam BAE Systems Mk.45 mod.4 5-inch (x1)
  • Japan Steel Works 12.7mm Remote Weapon System (x2)
  • Mk.41 VLS (fitted for but not with)
  • Raytheon SeaRAM ×1
  • MHI Type 17 anti-ship missiles ×8
  • Mitsubishi Electric OPY-2 multifunction Radar
  • Mitsubishi Electric OAX-3EO/IR sensors
  • Hitachi OQQ-11 anti-mine sonar
  • NEC OQQ-25 anti-submarine sonar (VDS/TASS)
  • UUV (OZZ-5 by MHI) and USV (unknown type) for mine countermeasures
  • Sea mines for offensive mine warfare

Walaupun “Mogami” dikategorikan sebagai friget, tetapi beratnya yang mencecah sehingga 5,500 tan adalah lebih kepada sebuah “ mini destroyer.”

Jepun menjangkakan kesemua 22 buah kapal friget 30FFM itu akan siap dibina pada 2032.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

 

Comments
Loading...