Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tiga Kapal Perang China Dikesan Berada Hampir Perairan Jepun

Kapal-kapal tentera laut Jepun turut berada di kawasan perairan bagi memerhati pergerakan kapal-kapal perang China itu.

0 2,384

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa hari selepas menerima kunjungan Setiausaha Negara dan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, tiga buah kapal perang China termasuk kapal destroyer tercanggihnya dikesan belayar berhampiran dengan sempadan perairan Jepun.

Kementerian Pertahanan Jepun dalam satu kenyataan berkata, mereka mengesan kehadiran kapal destroyer kelas-Renhai Type 055 “Nanchang” diiringi oleh sebuah lagi kapal destroyer  (Type 052D Chengdu) dan sebuah kapal friget (Type 054 Daqing) dikesan berada di Selat Tsushima.

Nanchang
Ketiga-tiga kapal perang China, dengan kapal destroyer kelas-Renhai Type 055 “Nanchang” (gambar pertama).

Kapal-kapal tentera laut Jepun turut berada di kawasan perairan bagi memerhati pergerakan kapal-kapal perang China itu.

Kapal-kapal perang China tidak menceroboh sempadan perairan Jepun.

Kementerian Pertahanan Jepun berkata ia masih mengkaji tujuan kehadiran ketiga-tiga buah kapal perang China di kawasan perairan tersebut.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat Anthony Blinken dan Setiausaha Pertahanan negara itu Lloyd Austin berada di Jepun baru-baru untuk bertemu dengan pemimpin China bagi membincangkan beberapa isu.

Antara isu yang menjadi tumpuan kedua-dua negara sekutu pada pertemuan di Jepun itu adalah tentang tindakan agresif China di Pasifik terutamanya Laut China Selatan.

Jepun menempatkan kira-kira 23 buah pangkalan tentera Amerika dengan keseluruhan anggota tentera Amerika Syarikat dipercayai mencecah sehingga 50,000.

Tsushima
Selat Tsushima (garisan merah).

Kapal destroyer kelas-Renhai Type 055 seberat kira-kira 13,000 tan itu adalah kapal perang tercanggih tentera laut China dan membawa pelbagai jenis peluru berpandu serta radar berkuasa tinggi yang mampu “track” Low Earth Orbit (LEO).

Malah kapal-kapal perang destroyer kelas “Arleigh Burke” dan cruiser kelas “Ticonderoga” tentera laut Amerika Syarikat pun hanya seberat 9,000 dan tidak seberat kapal destroyer terbaru tentera laut China ini.

Sehingga kini, China telah pun memiliki dua buah kapal destroyer kelas-“Renhai” dan merancang memperolehi enam buah lagi kapal perang kategori itu menjelang 2035.

Fungsi utama kapal kelas-Renhai adalah mengiringi kapal-kapal pengangkut pesawat China termasuk “Liaoning” dan “Shandong” serta melaksanakan pelbagai misi secara sendirian.

Kapal destroyer kelas-Renhai tentera laut China menurut para penganalisis ketenteraan antarabangsa merupakan lambang kepada usaha pemodenan tentera negara Komunis itu.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...