Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal Destroyer Jepun Kelas Murasame “JS Akebono” Singgah Di Pelabuhan Klang

Kapal JS Akebono ini dilengkapi dengan peluru berpandu anti-kapal yang dibangunkan sendiri oleh Jepun, “SSM-1B” yang mampu membedil sasaran sehingga 200km.

0 2,660

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal destroyer kelas-Murasame Tentera Laut Jepun (dipanggil Japan Maritime Self Defense Force) “JS Akebono” (DD 108)  kini berada di Pelabuhan Klang.

Menurut laman Twitter National Hydrographic Centre @NatHydroCentre, kapal seberat 6,200 tan (full load) dan sepanjang 151 meter itu tiba di Pelabuhan Klang petang tadi.

 

JS Akebono
Kapal JMSDF “JS Akebono” tiba di Pelabuhan Klang hari ini. (gambar TLDM)

 

Sehari sebelum kapal destroyer Jepun itu tiba di Malaysia, ia telah terlibat dalam satu latihan dengan dengan kapal friget Tentera Laut Australia, HMAS Anzac (berat 3,100 tan) di Laut China Selatan bagi terus memastikan perairan yang penting untuk perdagangan dunia itu kekal bebas.

Ia dipanggil Freedom of Navigation Operation (FONOP).

China mendakwa sebahagian besar daripada Laut China Selatan itu sebagai miliknya dan kerap kali menghantar kapal-kapal pangawal pantainya untuk menghalau kapal-kapal negara asing.

Sehingga kini tidak pasti berapa lama kapal destroyer Jepun itu akan berada di Malaysia. Mungkin ia sebahagian daripada “rest and relax” bagi lebih 200 orang anak-anak kapalnya yang baru selesai menjalani latihan.

 

JS Akebono
Kapal JS Akebono dan HMAS Anzac sedang menjalani latihan di Laut China Selatan baru-baru ini.

 

Ini bukanlah kali pertama JS Akebono singgah di Malaysia, kerana beberapa tahun lepas (kalau tak silap 2018 dan 2016)  ia dan beberapa kapal lain JMSDF singgah di Kuantan.

Ok berbalik kepada spesifikasi kapal destroyer kelas-Murasme JS Akebono yang dibina oleh Ishikawajima-Harima Heavy Industries (IHI) itu telah ditauliahkan ke dalam perkhidmatan JMSDF pada tahun 2002.

Ia berpengkalan di Kure, Hiroshima.

Kapal JS Akebono ini dilengkapi dengan peluru berpandu anti-kapal yang dibangunkan sendiri oleh Jepun, “SSM-1B” yang mampu membedil sasaran sehingga 200km.

Bagi pertahanan udara pula, ia dilengkapi dengan peluru berpandu Evolved Sea Sparrow, Phalanx CIWS, meriam 76mm manakala bagi pertahanan bawah permukaan ia memiliki torpedo dan anti submarine rocket.

JS Akebono juga membawa sebuah helikopter SH-60.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...