Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Jepun Lancar Kapal Destroyer Berkemampuan AEGIS, “JS Haguro”, Harga RM6 Billion

JS Haguro dan kapal destroyer terdahulu iaitu yang ke-tujuh (JS Maya) dilengkapi dengan kemampuan mengesan dan memusnahkan peluru berpandu ballistik (Ballistic Missile Defence) untuk mempertahankan Jepun daripada serangan senjata terbabit.

0 2,723

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dua hari lepas, Tentera Laut Jepun (dipanggil Japan Maritime Self Defence Force) telah metauliahkan kapal destroyer kelasa-Maya miliknya yang ke-lapan dipanggil “JS Haguro” (DDG-180), mengambil nama sempena Gunung Haguro.

Bernilai US$1.5 billion (RM6 billion),  kapal JS Haguro itu memenuhi matlamat tentera laut Jepun untuk memiliki lapan buah kapal destroyer kelas-Maya sebagaimana yang disasarkan oleh Program Pertahanan Kebangsaan 2013.

 

JS Haguro ini memiliki berat 8,200 tan, sepanjang 170 meter serta dikawal oleh 300 orang anak kapal. Ia adalah versi yang dipertingkatkan daripada kapal destroyer kelas-Otago.

Kapal perang terbaru Jepun yang dibina oleh Japan Marine United Corporation ini akan berpengkalan di Sasebo, Nagasaki.

JS Haguro dan kapal destroyer terdahulu iaitu yang ke-tujuh (JS Maya) dilengkapi dengan kemampuan mengesan dan memusnahkan peluru berpandu ballistik (Ballistic Missile Defence) untuk mempertahankan Jepun daripada serangan senjata terbabit.

Kedua-dua kapal destroyer kelas-Maya itu akan dilengkapi dengan apa yang dipanggil  Cooperative Engagement Capability (CEC) yang membolehkan ia menerima maklumat sasaran (targeting information) daripada kapal-kapal destroyer Amerika Syarikat atau Australia serta pesawat E2-D Jepun.

JS Haguro
JS Haguro

 

Jepun telah memesan empat buah pesawat E2-D Advanced Hawkeye, dengan pesawat AEWC yang pertama bakal diterima pada akhir bulan ini.

Ok mengenai sistem persenjataan dibawa oleh JS-Haguro, kapal destroyer kelas-Maya itu akan dilengkapi dengan sistem kombat AEGIS Baseline J7, AN/SPY-1D(V) passive electronically scanned array radar dan AN/SPQ-9B surface search radar.

Dengan kemampuan kesemua sistem kombat dan radarnya itu, kapal JS Haguro mampu melancarkan versi peluru berpandu SM-3 Block IIA yang dibangunkan oleh syarikat Raytheon.

Versi peluru berpandu terbaru SM-3 Block IIA ini mempunyai motor yang lebih besar bagi membolehkan peluru berpandu ini mempertahankan kawasan yang lebih luas dan menangangi sasaran yang lebih besar.

Selain peluru berpandu anti ballistik, JS Haguro dan tujuh adik-beradiknya yang lain juga dilengkapi dengan pelbagai peluru berpandu anti-kapal, pertahanan udara, torpedo, Close In Weapon System dan pelbagai sistem persenjataan yang lain.

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...