Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Jepun Arah Kapal Pengawal Pantainya Tembak Kapal Asing Cuba Mendarat Di Senkaku

0 721

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kerajaan Jepun memberi kebenaran kepada kapal-kapal pengawal pantainya untuk melepaskan tembakan terhadap mana-mana kapal asing yang cuba mendarat di Senkaku, kumpulan pulau-pulau di perairan Laut China Timur yang turut dituntut oleh Beijing.

Arahan kerajaan Jepun itu merupakan tindak balas terhadap undang-undang pengawal pantai China yang memberi kebenaran kepada kapal-kapal pengawal pantainya untuk melepaskan tembakan terhadap kapal asing yang menceroboh perairannya termasuk di kawasan dituntutnya.

Senkaku

China menuntut pemilikan Senkaku, yang dipanggilnya Diaoyu. Selain China, Taiwan turut menuntut pemilikan pulau-pulau itu.

Perlembagaan Jepun melarang sebarang tindakan ketenteraan tetapi Akta Perlaksanaan Tugas-Tugas Polis yang merangkumi terhadap pengawal pantai Jepun, ia memberikan kapal-kapal agensi itu untuk menembak kapal asing untuk memastikan mereka tidak melakukan sebarang jenayah termasuk percubaan mendarat di Senkaku, kata setiausaha kabinet Jepun Katsunobu Kato dalam satu sidang media.

Senkaku

Kepulauan Senkaku itu terletak kira-kira 30 batu nautika barat Okinawa.

Ini adalah kali pertama di mana kerajaan Jepun telah secara jelas mengatakan bahawa kapal pengawal pantainya boleh melepaskan tembakan terhadap mana-mana kapal asing yang cuba mendarat di Kepulauan Senkaku itu.

Kenyataan oleh kerajaan Jepun itu menyusul desakan ahli-ahli politik negara itu agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap kapal pengawal pantai China dan bot-bot nelayannya yang menceroboh perairan Jepun.

Pada 20 Feb lalu, media Jepun melaporkan beberapa bot nelayan China telah menceroboh kawasan perairan Kepulauan Senkaku.

Kawasan perairan di sekitar Kepulauan Senkaku diketahui kaya dengan sumber perikanan, yang menarik perhatian daripada bot-bot nelayan China.

Menurut Beijing, negara itu telah menduduki Kepulauan Senkaku sejak kurun ke-14.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...