Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Jepun “Lakukan Persediaan” Pertahan Kepulauan Senkaku, Letak Pesawat F-35B Berhampiran

Pangkalan udara itu terletak kira-kira 1,000km daripada Kepulauan Senkaku di Laut China Timur (East China Sea) yang dimiliki oleh Jepun, tetapi turut dituntut oleh China.

0 1,855

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Bermula pada 2024, Jepun akan menempatkan pesawat-pesawat pejuang F-35B VTOL (vertical take-off and landing) di Pangkalan Udara Nyutabaru, yang terletak di Miyazaki Perfecture.

Pangkalan udara itu terletak kira-kira 1,000km daripada Kepulauan Senkaku di Laut China Timur (East China Sea) yang dimiliki oleh Jepun, tetapi turut dituntut oleh China.

Nyutabaru Air Base

Penganalisis pertahanan di Jepun mendakwa keputusan menempatkan pesawat pejuang termoden Jepun di pengkalan udara terbabit didorong oleh sikap agresif tentera China berhubung tuntutan mereka terhadap Kepulauan Senkaku.

Mereka menjangkakan pengkalan udara itu dan pesawat-pesawat F-35B VTOL akan menjadi elemen penting sekiranya terdapat ancaman terhadap kedaulatan Kepulauan Senkaku.

Tokyo mendakwa Beijing telah meningkatkan aktiviti pencerobohan kapal-kapal tentera laut serta pengawal pantainya di sekitar perairan Kepulauan Senkaku (tetapi dipanggil Kepulauan Diaoyu oleh pihak China).

Insiden pencerobohan terbaru berlaku pada 29 Mac lepas apabila pihak media Jepun mendakwa dua kapal milik kerajaan China menceroboh perairan Jepun di Pulau Minami-Kojima, kali ke-11 aset-aset laut China direkod menceroboh perairan Jepun pada tahun ini.

Dalam insiden yang berlaku pada 4 pagi itu, Jepun telah mengerahkan kapal-kapal pengawal pantainya untuk “menghalau” aset-aset laut China yang menceroboh perairan negara Matahari Terbit itu.

Jepun dilaporkan membeli 42 buah pesawat pejuang itu, dengan skuadron pertama sebanyak 18 buah pesawat F-35B akan diterima oleh negara itu menjelang 2024.

JS Izumo
Kedua-dua kapal LHD JS Izumo dan JS Kaga

 

Selain beroperasi daripada pangkalan udara berhampiran dengan Kepulauan Senkaku, tentera Jepun juga bercadang mengoperasi pesawat F-35B VTOL itu daripada atas pesawat Landing Helicopter Dock (LHD) JS Izumo dan JS Kaga.

Walaupun berbentuk LHD, tetapi JS Izumo dan JS Kaga ditakrifkan sebagai Multi-Purpose Destroyer oleh tentera Jepun.

Jepun mula mengubahsuai kedua-dua kapal JS Izumo dan JS Kaga yang mempunyai berat sebanyak 24,000 tan setiap satu pada tahun lepas untuk membolehkannya mengoperasikan pesawat-pesawat pejuang F-35B VTOL itu.

Tindakan Jepun mengubahsuai kedua-dua kapal LHD itu untuk menjadi kapal pengangkut pesawat tidak diterima dengan baik oleh China yang mendakwa Tokyo mempunyai cita-cita untuk kembali ke zaman Perang Dunia Kedua.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...