Disebabkan CAATSA, Masa Depan Sukhoi Su-35 Kini Malap

-- Nasib pesawat generasi ke-4 +++ Su-35 (Flanker-E) di pasaran eksport semakin malap apabila tiga negara iaitu Indonesia, Algeria dan Mesir memutuskan untuk membatalkan perolehan mereka terhadap pesawat itu.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Masa depan pesawat pejuang Sukhoi Su-35 (NATO – Flanker E) buatan Russia kini terumbang-ambing selepas tiga negara bertindak membatalkan niat mereka untuk memperolehi pesawat pejuang  itu disebabkan kebimbangan mereka terhadap sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat dibawah Countering America’s Adversaries Through Sanctions Act (CAATSA).

Nasib pesawat generasi 4 +++ Su-35 di pasaran eksport semakin malap apabila tiga negara iaitu Indonesia, Algeria dan Mesir memutuskan untuk membatalkan perolehan mereka terhadap pesawat itu.

Ketiga-tiga negara itu memberikan pelbagai alasan terhadap pembatalkan pesanan mereka terhadap pesawat berkeupayaan tinggi itu, tetapi ia dipercayai mempunyai hubung-kait mereka dengan kebimbangan negara terbabit akan kesan buruk akibat daripada sekatan ekonomi oleh Amerika di bawah CAATSA.

Disebabkan CAATSA, Russia berhadapan dengan masalah untuk mencari radar dan komponen avionik untuk menggantikan sumber yang diperolehi daripada beberapa negara Eropah dan Israel yang menarik diri daripada membekalkannya kepada pembuat Su-35 akibat tekanan CAATSA.

Russia menggunakan komponen beberapa negara Eropah serta Israel terutamanya avionik dalam menghasilkan pesawat Su-35 untuk varian eksportnya.

Kita lihat sahaja kesan buruk CAATSA terhadap menimpa beberapa sektor industri pertahanan Turki serta tindakan punitif Washington apabila Ankara berkeras untuk memperolehi sistem pertahanan udara S-400 daripada Russia.

Salah satu kesannya adalah Turki bukan sahaja tidak dibenarkan memperolehi pesawat F-35, tetapi syarikat-syarikat pertahanannya juga telah dikeluarkan daripada program pembuatan pesawat generasi kelima syarikat Lockheed Martin.

Usaha Turki untuk membeli puluhan pesawat F-16 bagi menggantikan varian F-16 yang lama juga berhadapan dengan pelbagai rintangan, walaupun Ankara adalah anggota penting dalam North Atlantic Treaty Organisation (NATO).

Semuanya gara-gara CAATSA.

Walaupun tindakan Amerika itu menjadikan Turki semakin berdikari dalam pembuatan sistem pertahanan, tetapi proses untuk berdikari itu adalah amat panjang dan perjalanannya penuh berliku.

Ia tidak tentu akan berjaya atau tidak.

Baru-baru ini, negara jiran kita Indonesia telah memutuskan secara rasmi untuk membatalkan usahanya memperolehi pesawat Su-35 daripada Russia dan kini menumpukan perolehan pesawat pejuang Rafale buatan Dassaut Aviation daripada Perancis dan F-15 Amerika Syarikat.

F-15EX

 

Selama beberapa tahun, Jakarta berusaha untuk mendapatkan pesawat Su-35 tetapi akhirnya menyerah-kalah dan kini meletakkan harapannya terhadap kedua-dua pesawat buatan negara-negara Barat itu.

Mesir juga dikatakan mula “berfikir dua kali” sama ada hendak meneruskan perolehan pesawat Su-35 Russia kononnya selepas meragui kemampuan radar Irbis-E apabila dibandingkan dengan radar yang digunakan oleh pesawat Rafale-nya.

Pesawat pejuang Rafale yang dibangunkan oleh syarikat Dassault Aviation.

 

Tentera Mesir dikatakan telah melakukan ujian terhadap kemampuan radar Irbis-E yang digunakan oleh pesawat Su-35 dan mendapati ia kurang berkemampuan berbanding radar milik pesawat Rafale.

Bagaimanpun bagi pemerhati, alasan utama perubahan sikap Mesir terhadap Su-35 itu adalah kerana tekanan berterusan Amerika Syarikat supaya Kaherah membatalkan pembelian pesawat pejuang Russia itu.

Sebagaimana yang kita tahu,Washington adalah penyumbang utama kerajaan pimpinan Jen Fatah El-Sisi dengan setiap tahun Amerika memberikan kira-kira US$3 bilion (RM12 bilion) dalam bentuk military aid kepada Mesir.

Arab Saudi juga adalah penyumbang utama kepada kerajaan Mesir.

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

 

Adalah tidak lojik sekiranya Mesir berbelanja besar membeli persenjataan Russia selepas menerima wang daripada Amerika Syarikat.

Bagi Algeria pula, ia mahu meningkatkan keupayaan pesawat-pesawat Su-30 miliknya daripada membeli pesawat Su-35.

Bagaimanapun kekecewaan Russia itu “terubat” sedikit sebanyak selepas Iran dikatakan akan menandatangani perjanjian persenjataan dengan Moscow bernilai US$10 bilion (RM40 bilion) yang melibatkan perolehan 25 buah Su-35 yang pada mulanya dipesan oleh Mesir sebelum ia “dibatalkan.”

Selain pesawat-pesawat Su-35, Iran juga akan memperolehi sistem pertahanan udara S-400 dan satelit tentera. — DSA

 

CAATSARussiaSu-35Sukhoi
Comments (0)
Add Comment