Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Turki Akan Dapatkan Bateri Kedua S-400 “Triumfh” Dari Russia

0 621

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Turki akan memulakan perbincangan dengan Russia untuk mendapatkan bateri kedua peluru berpandu S-400 “Triumfh”,  walaupun pengoperasian bateri pertama peluru berpandu olehnya telah menyebabkan ia dikenakan sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat.

Perkara itu dinyatakan oleh Presiden Reccep Tayep Erdogan yang turut berkata, Turki tidak akan membenarkan mana-mana negara menentukan dasar pertahanannya.

s-400
Sistem peluru berpandu pertahanan udara S-400 buatan Russia.

“Kita tidak tahu apa pentadbiran akan datang Jo Biden akan lakukan, tetapi kita tidak akan meminta kebenaran (untuk mendapatkan bateri kedua peluru berpandu S-400 Triumfh daripada Russia),” kata presiden Turki yang menambah, rundingan dengan Russia akan bermula pada akhir bulan ini.

Beliau berkata, walaupun Turki merupakan anggota NATO tetapi ia tidak akan membenarkan mana-mana negara anggota lain NATO menentukan menentukan dasar pertahanannya. Akibat daripada “kedegilan” Turki untuk meneruskan pengoperasian S-400, Amerika Syarikat telah bertindak mengugurkan Ankara daripada program pesawat pejuang F-35 II Lightning.

s-400
Presiden Turki Recep Tayep Erdogan.

Menurut Erdogan, Turki digugurkan daripada program pesawat pejuang generasi ke-lima tu walaupun ia telah menjelaskan pembayarannya.

Beliau berharap pentadbiran akan datang Jo Biden akan membetulkan kesilapannya dalam mengugurkan negara Mediterranean itu daripada program perolehan pesawat pejuang itu.

Tahun lepas, Jabatan Negara Amerika Syarikat mengugurkan Turki daripada program F-35 II Lightning itu selepas Ankara melakukan ujian penembakan peluru berpandu anti-pesawat S-400.

Washington bimbang sistem S-400 itu akan mendedahkan maklumat-maklumat rahsia pesawat F-35 itu, selain tidak selari dengan sistem pertahanan udara bersepadu NATO.

Turki menafikannya dan berkata, sistem peluru berpandu Russia itu tidak akan dihubungkan dengan sistem pertahanan udara NATO.

Turki membuat keputusan mendapatkan sistem peluru berpandu S-400 selepas rundingannya untuk mendapatkan sistem pertahanan udara Patriot daripada Amerika Syarikat gagal.

Kegagalan memperolehi sistem pertahanan udara Patriot itu membuatkan Turki bertekad untuk mendapatkan S-400 daripada Russia yang menawarkan pakej menarik kepada Ankara termasuk pemindahan teknologi dan membuat sistem peluru berpandu itu di Turki sendiri.

Turki menjalankan ujian penembakan peluru berpandu S-400 di Sinop akhir tahun lepas.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...