TUDM Bakal Terima Pesawat FLIT/LCA, Sistem UAS-MALE Pada 2024?
Bagaimanapun tarikh TUDM mula menerima kedua-dua aset terbaru itu juga bergantung bila kerajaan akan menandatangani perjanjian/kontrak dengan pemenang tender untuk memperolehi kedua-dua sistem itu. Jika kontrak lambat ditandatangani, maka lagi lambatlah kita akan menerima kedua-dua sistem itu.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka akan mula menerima pesawat-pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) dan Unmanned Aerial System (UAS)-Medium Altitude Long Endurance (MALE) pada tahun 2024.
Ia dinyatakan sendiri oleh Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Abdul Aziz di dalam persidangan Dewan Negara baru-baru ini, yang melegakan banyak pihak yang mungkin sudah mula ragu-ragu sama ada perolehan kedua-dua aset itu akan dilaksanakan.
Bagaimanapun tarikh TUDM mula menerima kedua-dua aset terbaru itu juga bergantung kepada persoalan bila kerajaan akan menandatangani perjanjian/kontrak dengan pemenang tender untuk memperolehi kedua-dua sistem itu.
Jika kontrak lambat ditandatangani, maka lagi lambat kita akan menerima kedua-dua sistem itu.
Terdapat juga laporan mengatakan antara syarat yang ditetapkan dalam tender Kementerian Pertahanan itu adalah mana-mana syarikat pemenang perlu memastikan pesawat-pesawat FLIT/LCA itu dihantar ke Malaysia di dalam tempoh tiga tahun. (24-36 bulan)

Mungkin penghantaran dilakukan secara batches (berperingkat) tetapi akan selesai dalam tempoh tiga tahun.
Maka, jika kerajaan menandatangani kontrak perolehan FLIT/LCA tahun depan, kita akan mula menerima pesawat-pesawat itu (dalam jumlah yg kecil) pada tahun 2024 iaitu dua tahun selepas kontrak ditandatangani sebelum proses penghantaran kesemua 18 buah pesawat itu selesai pada tahun 2025. (tiga tahun selepas kontrak ditandatangani}.
Pada tahun 2025, kita sudah boleh tauliah skuadron pesawat FLIT/LCA yang dikatakan akan beroperasi daripada Pangkalan Udara TUDM Kuantan.
Walaupun beroperasi daripada Pangkalan Kuantan, tiada masalah untuk ia diaturgerak dan ditempatkan secara sementara di Labuan atau Tawau.

Baru-baru ini, laporan media daripada Korea Selatan mengatakan bahawa Korea Aerospace Industries (KAI) menjangkakan kerajaan Malaysia akan mengumumkan pemenang tender 18 buah pesawat FLIT/LCA pada suku pertama tahun depan. (tiga bulan pertama 2022)
Comments are closed.