Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Penempatan Radar Pertahanan Udara Jarak Jauh Di Labuan. Keputusan Tepat.

Keputusan menempatkan radar itu di Labuan adalah tepat kerana kerana pulau itu terletak di kedudukan amat strategik berhadapan dengan Laut China Selatan, yang menempatkan pelbagai kemudahan cari gali minyak milik negara serta rakan-rakan kongsi asing mereka yang dianggarkan bernilai berbilion-bilion ringgit.

0 6,715

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Keputusan kerajaan menempatkan radar pertahanan udara jarak jauh (long-range air defence radar) sumbangan kerajaan Amerika Syarikat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Labuan bakal meningkatkan lagi kemampuan pengawasan dan pemantauan kita terhadap ruang udara milik kita di Laut China Selatan.

Dengan radar pertahanan udara jarak jauh, ia memberikan kita kemampuan untuk mengesan sebarang potensi pencerobohan pesawat asing di ruang udara Laut China Selatan lebih awal, membolehkan kita melakukan sebarang persediaan untuk “confront” dengan ancaman tersebut juga dengan lebih awal.

Pemilihan Labuan sebagai lokasi penempatan radar pertahanan udara jarak jauh yang disumbangkan oleh Washington dibawah program “peningkatan keupayaan negara rakan”  itu telah diumumkan oleh Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Abdul Aziz di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Keputusan menempatkan radar itu di Labuan adalah tepat kerana kerana pulau itu terletak di kedudukan amat strategik berhadapan dengan Laut China Selatan, yang menempatkan pelbagai kemudahan cari gali minyak dan gas milik negara serta rakan-rakan kongsi asing mereka yang dianggarkan bernilai berbilion-bilion ringgit.

Usaha meningkatkan pegawasan dan pemantauan terhadap ruang udara di Laut China Selatan itu juga sedikit sebanyak akan meredakan kebimbangan pelabur-pelabur asing tentang ancaman pencerobohan negara tertentu yang berkemungkinan dilakukan untuk menakut-nakutkan mereka daripada melabur dalam sektor minyak dan gas Malaysia. 

Pangkalan Labuan
Radar pertahanan udara jarak jauh TPS-77 yang bakal ditempatkan di Labuan.

 

Keputusan menempatkan radar terbabit di Labuan juga tepat kerana Pangkalan Udara Labuan itu sendiri perlu dilindungi daripada sebarang ancaman kerana ia adalah aset ketenteraan yang amat penting dalam usaha kita untuk mempertahankan kedaulatan perairan kita di Laut China Selatan.

Pangkalan Udara Labuan dan pesawat-pesawat yang memanggilnya sebagai “rumah” perlu diberikan perlindungan yang maksimum daripada sebarang ancaman udara.

Sekiranya berlaku sebarang konflik bersenjata di Laut China Selatan yang membabitkan negara kita, sudah pasti aset-aset seperti Pangkalan Udara Labuan dan pesawat-pesawat yang berada di pangkalan itu bakal menjadi sasaran pihak musuh yang akan berusaha sedaya-upaya untuk melumpuhkannya dan memusnahkannya.

Tetapi radar pertahanan udara jarak jauh sahaja tidak mencukupi untuk melindungi pangkalan udara di Labuan itu, ia memerlukan lebih daripada itu. 

Beberapa bulan lepas,  Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat mengumumkan bahawa ia telah memberikan kontrak bernilai US$25.1 juta (RM103 juta) kepada syarikat, Lockheed Martin untuk membekalkan sebuah radar pertahanan udara jarak jauh kepada Malaysia.

Kerajaan Amerika Syarikat memberikan radar itu dibawah program, “Building Capacity Partner” dan  radar pertahanan udara jarak jauh terbabit adalah daripada jenis AN/TPS-77, yang dibangunkan oleh firma pertahanan negara itu, Lockheed Martin.

Kos untuk membekalkan radar jarak jauh untuk kerajaan Malaysia itu dibiayai menerusi peruntukan “Fiscal 2021 Building Partner Capacity Funds” oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Coverage bagi radar AN/TPS-77  ini adalah sekitar 470km atau 250 Batu Nautika, dan ia adalah sebuah radar bergerak (mobile radar) yang mampu diatur-gerak ke kawasan-kawasan lain sama ada menggunakan pesawat C-130 Hercules, trak atau keretapi.

Radar
Radar TPS-77 yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin ini akan ditempatkan di Labuan,

 

Penerbangan 16 buah pesawat tentera China berhampiran ruang udara negara pada 31 Mei lepas disifatkan pemerhati pertahanan sebagai di antara ancaman udara (air threat) paling serius dihadapi oleh negara dan TUDM  sejak beberapa tahun lepas.

“Insiden (penerbangan 16 pesawat tentera China) merupakan ancaman yang serius terhadap  kedaulatan negara dan keselamatan penerbangan berdasarkan kepadatan trafik udara di dalam laluan penerbangan (airways) di dalam Kota Kinabalu Flight Information Region.”

Sebagaimana yang kita diberitahu tentang insiden pada 31 Mei itu, radar-radar milik TUDM memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan “Ops Curiga” dan memastikan negara mampu mengesan mana-mana “ancaman udara” lama sebelum ia memasuki ruang udara negara. 

Pangkalan Labuan
Sebuah pesawat Hawk 208 milik TUDM di Pangkalan Labuan.

 

Oleh kerana itulah, kita dimaklumkan bahawa Kementerian Pertahanan sedang dalam proses untuk mendapatkan lebih banyak radar jarak jauh bagi memastikan keupayaan kita untuk mengawasi ruang udara negara sentiasa berada di dalam tahap tertinggi.

Pada pertengahan tahun ini, Kementerian Pertahanan dilapor telah mengeluarkan tender untuk memperolehi sebuah sistem radar jarak jauh 3D untuk Tentera Udara Diraja Malaysia.

Tender itu berlaku tidak lama selepas insiden pada 31 Mei itu.

Dalam insiden itu, 16 buah pesawat tentera China telah terbang berhampiran dengan ruang udara Malaysia dan “mendiamkan” diri terhadap sebarang cubaan untuk establish radio contact dengan menara Air Traffic Control (ATC) di Kota Kinabalu.

Disebabkan tindakan pesawat-pesawat tentera China “mendiamkan diri” dan tidak menjawab pertanyaan ATC Kota Kinabalu itu telah menyebabkan TUDM mengerahkan pesawat pejuang Hawk 208 yang berpengkalan di Labuan untuk melakukan “visual contact.”

 

TUDM telah mengerahkan Hawk daripada No. 6 Skuadron, Pangkalan Udara Labuan.

 

Daripada visual contact itulah, TUDM mengetahui bahawa 16 buah pesawat tentera China itu terdiri daripada pesawat pengangkut Ilyushin IL-76 dan Xian Y-20.

 

Penerbangan pesawat-pesawat PLAAF tersebut telah dikesan oleh Radar Pertahanan Udara TUDM daripada Pusat Pertahanan Udara (CRC 2) di Sarawak pada jam 11.53 pagi.

TUDM
Salah sebuah pesawat China yang dipintas oleh TUDM di Zon Maritim Malaysia pada akhir Mei lepas.(kredit TUDM)

 

“Pesawat-pesawat tersebut telah dikesan terbang secara formasi taktikal in-trail pada jarak 60 batu nautika di antara satu sama lain. Formasi panjang tersebut juga telah terbang dengan paten dan haluan yang sama menggunakan satu titik laluan masuk dan keluar. “

“Mereka kemudiannya didapati mengubah arah penerbangan di ruang udara Beting Patinggi Ali yang berkepentingan kepada negara,” menurut TUDM dalam kenyataan pada 1 Jun lepas.

TUDM berkata, pesawat-pesawat tentera udara China itu telah dikesan terbang pada ketinggian di antara 23,000 kaki sehingga 27,000 kaki dengan kelajuan 290 knots melalui Singapore FIR sebelum memasuki ruang udara ZMM, KK FIR.

Ia seterusnya terbang menghala menghampiri 60 batu nautika daripada pesisir pantai Wilayah Sarawak yang dikhuatiri akan mengancam kedaulatan negara.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...