Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Enam Buah Helikopter MD530G Milik PUTD Telah Tiba…

Keenam-enam buah helikopter penyerang ringan yang diperolehi oleh Angkatan Tentera Malaysia pada 2016 dengan nilai RM320 juga akan dioperasikan oleh Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) di kawasan Pantai Timur Sabah untuk menangani masalah keselamatan di wilayah terbabit.

0 16,079

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Akhirnya selepas enam tahun menunggu, enam buah helikopter penyerang ringan MD530G buatan syarikat MD Helicopter daripada Amerika Syarikat telah selamat tiba di Malaysia.

Keenam-enam buah helikopter penyerang ringan itu akan dioperasikan oleh Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) di kawasan Pantai Timur Sabah untuk menangani masalah keselamatan di wilayah terbabit.

Menurut akaun page Facebook “Malaysia Military Review”, keenam-enam buah helikopter ringan buatan syarikat Amerika Syarikat terbabit telah pun berada di dalam hangar Sapura di Subang Airport.

Akaun page Facebook tersebut turut menyertakan sekeping gambar yang menunjukkan keenam-enam buah helikopter terbabit sedang diperiksa oleh beberapa individu tidak dikenali di dalam hangar itu.

Menyusuli ketibaan keenam-enam buah helikopter penyerang ringan itu di Malaysia, ia akan menjalani satu lagi Pre-Delivery Inspection (PDI) sebelum diserahkan secara rasmi kepada Kementerian Pertahanan dan ATM.

MD530G
(kredit Malaysia Military Review)

 

Pada awal Januari tahun ini, syarikat MD Helicopters dalam satu kenyataan berkata keenam-enam buah helikopter itu dijangka tiba di Malaysia pada akhir suku pertama tahun ini.

“MD Helicopters mengumumkan penerimaan awal (initial acceptance) keenam-enam buah helikopter Light Scout Attack Helicopters MD530G untuk Kementerian Pertahanan Malaysia menerusi agen mereka Halaman Optima/Destini Prima.”

“Helikopter berkenaan sedang di dalam transit dan dijangka tiba di Malaysia untuk proses penerimaan akhir (final acceptance) di Malaysia pada akhir suku pertama 2022. Sebagai sebahagian daripada kontrak, lapan juruterbang dan lima mekanik daripada Pasukan Udara Tentera Darat telah menyelesaikan latihan operasi Forward Arming and Refuelling Point (FARP) di West Texas,” kata MD Helicopters dalam satu kenyataan menerusi laman web rasminya.

MD530G
Keenam-enam buah helikopter penyeraang ringan MD530G. (credit MD Helicopters)

 

Syarikat menurutnya, akan menunggu ketibaan helikopter itu di Malaysia bagi proses penerimaan akhir di dalam negara pula.

Menurut MD Helicopters, keenam-enam helikopter itu adalah helikopter penyerang ringan yang berdasarkan kepada airframe Model 500/530.

Helikopter MD530G sebagaimana dioperasikan oleh Malaysia itu menyaksikan ia mengintegrasi sensor  Wescam L3 MX10D dan Pathfinder Ares Weapons Management System daripada Tek Fusion.

MD530G

Integrasi sistem-sistem terbabit adalah untuk membantu penggunaan Dillion M134 Mini Gun, FN Herstal Heavy Machine Gun dan Rocket Machine Gun pods serta 2.75-inch Folding-Fin Aerial Rockets (guided and unguided).

Helikopter penyerang ringan MD530G itu memberikan kemampuan close-in support pada waktu malam  atau siang selain kemampuan pemantauan serta pengawasan.

MD530G
Gambar Kredit Billy Hardimen, Vertical Magazine.

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Pada Disember tahun lepas, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz juga menyatakan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka akan hanya menerima enam buah helikopter penyerang ringan MD530G pada suku pertama tahun ini.

ATM membeli keenam-enam buah helikopter penyerang ringan bernilai RM321 juta itu pada 2016 sebagai reaksi negara terhadap insiden pencerobohan kumpulan bersenjata daripada selatan Filipina di Lahad Datu pada 2013. — DSA

Comments
Loading...