Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat LCA/FLIT TUDM: Antara Spesifikasi TUDM Dan Kehendak Kerajaan

Syarikat-syarikat antarabangsa mempunyai tiga bulan yang penuh untuk menawarkan apa sahaja kelebihan yang dimiliki oleh pesawat-pesawat mereka untuk membolehkan TUDM mengkaji sedalam-dalamnya kemampuan keseluruhan pesawat itu.

0 11,872

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada 22 Sept 2021 yang lepas,  tender yang dijangka menelan berbilion ringgit untuk membolehkan negara memperolehi 18 buah pesawat Light Combat Aircraft/Fighter Lead-In Trainer (LCA/FLIT) untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah pun tamat secara rasminya.

Tender antarabangsa bagi perolehan pesawat LCA/FLIT itu telah pun dibuka oleh Kementerian Pertahanan pada 22 Jun lepas.

Syarikat-syarikat antarabangsa mempunyai tiga bulan yang penuh untuk menawarkan apa sahaja kelebihan yang dimiliki oleh pesawat-pesawat mereka untuk membolehkan TUDM mengkaji sedalam-dalamnya kemampuan keseluruhan pesawat itu.

Selepas tender ditutup, kebiasaannya ia akan diikuti dengan proses Tender Document Evaluation dan diikuti pula dengan physical evaluation pesawat-pesawat itu.

Perolehan pesawat-pesawat LCA/FLIT generasi terbaru itu bakal menggantikan lima jet LCA dua kerusi model BAE System Hawk Mk 108 dan 13 buah model Mk 208 kerusi tunggal buatan Britain yang digunakan oleh TUDM lebih sedekad lalu.

LCA
Pesawat Tejas keluaran HAL India.

 

Ia juga akan menggantikan tujuh buah jet latihan lanjut model Aermacchi MB-339CM buatan Itali.

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang yang juga merupakan juruterbang pesawat pejuang juga turut ditanya baru-baru ini tentang tender bagi fasa pertama perolehan 18 buah pesawat LCA/FLIT TUDM itu, yang turut menarik minat serta spekulasi daripada media-media pertahanan antarabangsa seperti Janes Defence News, Defense News, Shepard Media dan media arus perdana yang lain.

Menurut PAT, tender bagi 18 buah pesawat LCA/FLIT TUDM itu telah menarik minat sekurang-kurangnya lapan buah syarikat pembuat pesawat kombat antarabangsa, yang sudah semestinya berharap untuk menarik minat Malaysia supaya memilih mereka.

TUDM dijangka membuat pesanan kedua (follow-up order) bagi 18 buah lagi pesawat LCA/FLIT pada Rancangan Malaysia seterusnya bagi menjadikan bilangan keseluruhan pesawat itu 36 buah.

“It is lucrative multi-billion ringgit contract” yang sememangnya diidam-idamkan oleh mana-mana syarikat pembuat pesawat, tetapi sebagaimana yang kita ketahui bahawa keputusan memilih sesuatu pesawat itu tidak selalu bergantung hanya kepada soal-soal pertahanan sahaja.

LCA
Pesawat JF-17 buatan Pakistan/China.

 

Untuk Malaysia sekurang-kurangnya, pemilihan pesawat pejuang itu bergantung kepada kombinasi pelbagai perkara berkemungkinan melibatkan soal-soal pertahanan, kewangan, diplomatik, ekonomi, perdagangan, politik dan pelbagai pertimbangan lain.

Itu yang menjadikan – apa yang dimahukan oleh TUDM tidak semestinya sama dengan apa yang dimahukan oleh kerajaan.

TUDM mungkin memikirkan tentang soal-soal spesifikasi teknikal pesawat itu dan kelebihannya, tetapi bagi kerajaan pula ia mungkin akan memikirkan soal perdagangan, sebagai contoh bagaimana pembelian pesawat itu mampu mengeratkan jalinan hubungan perdagangan antara Malaysia dan negara itu.

Admin faham, it can be frustrated for the armed forces when you have to settled for something you didn’t want, tetapi terpaksa juga “telan” kerana keputusan akhir tentang pembelian sesuatu asset itu datang daripada pihak kerajaan (yang mungkin tidak tahu anything about pertahanan).

Ok berbalik kepada soal tender LCA/FLIT TUDM itu, Panglima TUDM Jen Tan Sri Ackbal Abdul Samad dalam temuramah dengan majalah pertahanan, Asia Defence Journal (ADJ) keluaran Julai-Ogos berkata, TUDM fokus dalam perolehan pesawat-pesawat LCA/FLIT untuk mengatasi kekurangan pesawat pejuang.

Menurutnya, TUDM telah memutuskan kriteria-kriteria pemilihan pesawat LCA/FLIT TUDM.

“Ia (pesawat) ada versi ringan pesawat pejuang pelbagai guna (Multi Role Combat Aircraft – MRCA) dengan dwi kegunaan untuk memenuhi keperluan operasi.”

LCA
Pesawat KAI-50 buatan Korea Selatan

 

“Ia (pesawat LCA/FLIT) sudah semestinya akan digunakan untuk menyediakan generasi juruterbang pesawat pejuang akan datang. Kemasukan pesawat-pesawat (LCA/FLIT) dalam perkhidmatan TUDM dijangka akan meningkatkan kemampuan operasional pesawat-pesawat pejuang (TUDM) secara keseluruhannya,” kata Ackbal.

Pemilihan pesawat terbabit menurutnya, akan menekankan konsep LCA/FLIT iaitu berusaha untuk mencapai simbiosis di atas keperluan operasional dan latihan menerusi pendekatan dwi-fungsi yang fleksibel dan dinamik dalam platform tunggal.

TUDM menurutnya, bertekad (persisted)  untuk memastikan program ini berjaya dilaksanakan.

Antara syarikat-syarikat yang dikatakan telah menunjukkan minat terhadap tender bernilai berbilion ringgit bagi perolehan 18 buah LCA/FLIT TUDM itu adalah Pakistan Aeronautical Complex (PAC) dan Chengdu Aircraft Corporation (CAC) daripada untuk pesawat JF-17 “Thunder”, Hongdu Aviation Industry Group (HAIG) untuk pesawat Hongdu L-15B dan Leonardo untuk pesawat Aermacchi M-346.

Syarikat-syarikat lain termasuk Irkut Corporation untuk pesawat Yak-130 dan Boeing untuk pesawat T-7 Red Hawk, Korea Aerospace Industries (KAI) pesawat FA-50 serta Hindustan Aeronautics Limited (HAL) yang menawarkan pesawat Tejas.

Terdapat juga laporan mengatakan syarikat pembuat pesawat daripada Republik Czech iaitu Aero Vodochody Aerospace menawarkan pesawat L-39 Albatros.

Perolehan 18 buah pesawat LCA/FLIT itu adalah untuk menggantikan pesawat Hawk 108 dan Hawk 208 serta Aermacchi yang digunakan oleh TUDM untuk tujuan serangan ringan serta latihan bagi juruterbang selama ini.

 

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...