Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Apa Perkembangan Perolehan UAS-MALE TUDM?

Proses tender bagi perolehan tiga buah sistem Unmanned Aerial System-Medium Altitude Long Range (UAS-MALE) telah tamat pada tahun lepas, tetapi sehingga kini tiada perkembangan mengenai perolehan itu, On ke Tak Ni???

0 12,066

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam keghairahan kita membincangkan tentang perolehan 18-36 buah pesawat pejuang Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),  kita “terlupa” juga dengan cadangan perolehan Unmanned Aerial System-Medium Altitude Long Endurance (UAS-MALE) juga bakal dioperasikan oleh TUDM. 

Setakat ini,pihak Kementerian Pertahanan dan TUDM belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai cadangan perolehan sistem UAS-MALE itu.

Beberapa bulan lepas, Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad dalam satu temuramah berkata program perolehan sistem  (UAS)- MALE  TUDM masih lagi di peringkat proses penilaian (evaluation) selepas proses tender ditutup.

Bercakap di dalam temuramah dengan majalah pertahanan, Asia Defence Journal (ADJ) keluaran Julai-Ogos, beliau berkata, terdapat dua fasa di dalam proses penilaian untuk sistem UAS-MALE iaitu Tender Document Evaluation (TDE) dan Physical Evaluation (PE).

“Fasa TDE baru sahaja selesai dan sedang menunggu fasa PE untuk bermula. TUDM berkeyakinan bahawa perolehan UAS (Unmanned Aerial System) MALE akan dapat direalisasikan selaras dengan program yang dirancang oleh TUDM iaitu CAP 55 (Capability Development 2055),” kata beliau dalam temuramah itu.

UAS-MALE
Predator B (MQ-9 Reaper)

 

Kementerian Pertahanan telah mengiklankan tender antarabangsa pada Ogos tahun lepas untuk mendapatkan tiga buah sistem UAS-MALE (bersama-sama segala sistem yang berkait dengannya seperti ground stations dll) dan tender itu telah pun ditutup pada 26 November 2020.

Sudah hampir setahun sejak tender bagi perolehan sistem UAS-MALE itu ditutup dan kita masih tidak mengetahui sama ada sudah ada pemenang atau Kementerian Pertahanan masih berminat untuk meneruskan perolehan ketika kegawatan ekonomi mencengkam akibat pandemik COVID-19.

Apakah perolehan sistem UAS-MALE itu menjadi mangsa kegawatan ekonomi?

Kita juga tidak mempunyai maklumat tentang identiti syarikat-syarikat yang menyertai tender Kementerian Pertahanan bagi tiga buah sistem UAS-MALE itu, walaupun spekulasi bertiup-kencang tentang penyertaan beberapa syarikat ternama dalam industri pesawat tanpa pemandu.

Berikutan prestasi yang amat baik ditunjukkan oleh sistem UAS-MALE buatan syarikat-syarikat Turki, maka sudah pasti dron negara itu telah disebut-sebut sebagai frontrunner dalam tender Kementerian Pertahanan untuk mendapatkan tiga buah sistem berkenaan itu.

Secara keseluruhannya, TUDM mempunyai keperluan untuk enam buah UAS-MALE yang berkemungkinan akan diperolehinya pada Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) dan RMK-13 yang akan dilaksanakan pada tahun 2026-2030.

Pada tahun lepas, taklimat telah dianjurkan oleh Tim UAS TUDM, Bahagian Perolehan 3 (PERO 3), Kementerian Pertahanan dengan kerjasama TUDM dan Bahagian Industri Pertahanan bagi Tender Terbuka Antarabangsa.

UAS-MALE
Wing Loong

 

Taklimat itu telah disertai oleh syarikat-syarikat antarabangsa yang menyatakan minat untuk UAS-MALE kepada kerajaan Malaysia.

Kerajaan Malaysia telah meluluskan sejumlah peruntukan di bawah Kelulusan Keperluan Kritikal (Rancangan Perbelanjaan (RP)-4) bagi perolehan tiga buah UAS MALE Fasa 1.

Antara calon-calon yang dipercayai menyertai tender antarabangsa untuk membekalkan sistem UAS MALE ini adalah Turkish Aerospace Industries (TAI) “Anka”, Predator B (MQ-9 Reaper) daripada syarikat General Atomics, Wing Loong daripada Chengdu Aircraft Industry Group (CAIC),  Patroller daripada Safran dan CH-4 daripada China Aerospace Science and Technology Corporation serta Falco daripada Leonardo.

Sebagaimana yang kita tahu, Turki dan Amerika Syarikat telah melakukan “strong pitch” kepada Kementerian Pertahanan supaya memilih sistem mereka, tetapi dalam masa yang sama kita tidak juga boleh mengenepikan saingan daripada China.

Tetapi dengan dakwaan sistem UAS-MALE China sering mengalami masalah teknikal sebagaimana yang dialami oleh beberapa negara Timur Tengah dan Afrika Utara serta pencerobohan pesawat-pesawat China pada 31 Mei lepas, bidaan daripada syarikat China itu mungkin mendapat rintagan daripada pembuat dasar.

Russia juga dikatakan menghantar wakilnya dengan Kronstadt Group menonjolkan sistem UAS-MALE “Orion-E” sebagai pesaing dalam tender itu, bagaimanapun seperti mana semua sistem persenjataan daripada Russia terdapat ancaman CAATSA oleh Amerika Syarikat terhadap mana-mana negara yang membelinya.

UAS-MALE
CH-4

 

Tidak pasti sama ada sebuah lagi syarikat pembuat dron terkemuka Turki, Baykar Makina turut serta dalam tender Kementerian Pertahanan itu.

Jika Baykar Makina turut serta dalam tender itu, sudah pasti ia menaruhkan “Bayraktar TB2/TB3” untuk menarik perhatian Malaysia.

Nama sistem UAS-MALE “Bayraktar” kini sedang melonjak naik kesan daripada eksploitasinya dalam beberapa konflik yang disertainya daripada di Libya, Nagorno-Karabakh dan Syria. 

UAS-MALE
Orion E

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...