Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tawaran Kombinasi Pesawat Gripen C/D Oleh Saab Kepada TUDM?

Dalam tawaran Saab kepada Malaysia,nampaknya Malaysia diberikan pesawat-pesawat berkemampuan MRCA tetapi masih boleh melaksanakan tugas-tugas sebagai pesawat pejuang ringan yang lebih kepada misi-misi “Low Intensity Conflict.”

0 11,454

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Sebagaimana yang diketahui Saab Group daripada Sweden turut menaruh harapan untuk menjadi syarikat pilihan Kementerian Pertahanan dalam program perolehan 18 buah pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Malah, hasrat Saab itu telah pun diketahui sejak 2019 apabila laporan mula tersebar mengatakan kerajaan menangguhkan perolehan pesawat pejuang Multi-Role Combat Aircraft (MRCA) dan sebaliknya memfokuskan kepada pembelian pesawat-pesawat FLIT/LCA.

Sebelum wujudnya hasrat TUDM untuk memiliki pesawat FLIT/LCA, Saab menumpukan usaha promosi mereka untuk menyakinkan Malaysia bahawa pesawat Gripen adalah pesawat terbaik MRCA bagi negara.

Selama beberapa tahun Saab Group “berkampung” di Malaysia dengan harapan kerajaan memilih pesawat Gripen bagi menggantikan pesawat-pesawat MiG-29N yang diperolehinya daripada Russia.

Tidak berhasil dalam segmen MRCA, kini konglomerat Scandinavia itu mencuba nasib pula di dalam segmen FLIT/LCA dengan harapan Putrajaya membuat keputusan yang memihak kepada mereka, menjadi negara pengguna kedua di Asia Tenggara selepas Thailand.

Gripen
Pesawat-pesawat pejuang “Gripen C/D” Tentera Udara Thailand melakukan Elephant Walk.

 

Apa yang ditawarkan oleh Saab Group kepada Malaysia?

Tidak banyak maklumat mengenainya, tetapi apa yang diketahui adalah syarikat itu menawarkan kombinasi varian pesawat-pesawat Gripen C dan D kepada Malaysia.

Menurut sumber-sumber kepada Defence Security Asia, Saab Group menawarkan sejumlah 12 buah pesawat satu tempat duduk Gripen C manakala selebihnya pula adalah di dalam varian dua tempat duduk Gripen D.

Varian satu tempat duduk Gripen C itu berkemungkinan akan berfungsi sebagai pesawat-pesawat LCA manakala varian dua tempat duduk Gripen D itu pula akan bertindak sebagai pesawat-pesawat latihan lanjutan tetapi pada masa yang sama kekal dengan kemampuan sebagai pesawat pejuang ringan.

Gripen

Varian Gripen C dan D adalah varian yang paling banyak digunakan oleh pelanggan-pelanggan Saab pada ketika ini,termasuk negara jiran kita.

Mungkin varian termaju pesawat pejuang Gripen iaitu Gripen-E untuk pesawat MRCA Malaysia akan datang.

Dalam tawaran Saab kepada Malaysia,nampaknya Malaysia diberikan pesawat-pesawat berkemampuan MRCA tetapi masih boleh melaksanakan tugas-tugas sebagai pesawat pejuang ringan yang lebih kepada misi-misi “Low Intensity Conflict.”

Gripen

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Malaysia difahamkan juga diberikan kemudahan export credit oleh agensi kerajaan negara Scandinavia sekiranya Malaysia memilih pesawat Gripen itu.

Varian pesawat Gripen C/D direkabentuk untuk melaksanakan misi-misi udara-ke-udara, udara-ke-darat dan pemantauan menggunakan pelbagai jenis sistem serta persenjataan moden.

Varian pesawat ini boleh disifatkan sebagai short take-off and landing (STOL) kerana ia mampu beroperasi di kawasan yang mempunyai landasan yang pendek.

Memandangkan varian pesawat Gripen C/D ini boleh dinaiktaraf pada bila-bila masa bagi membolehkan ia dilengkapkan dengan peluru berpandu udara-ke-udara BVR (Beyond Visual Range) “Meteor”, Small Diameter Bomb, Litening Targeting Pod dan beberapa lagi peningkatan software ke tahap MS20. — DSA

Gripen E
Gripen-E

 

 

Comments
Loading...