Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

TUDM Senarai Pendek “Tejas”, JF-17 “Thunder” Dan FA-50?

Ketiga-tiga pesawat pejuang yang dikatakan disenarai pendek oleh Malaysia adalah JF-17 “Thunder” (China/Pakistan), FA-50 (Korea Selatan) dan sudah tentu, Tejas (India). Siapa pilihan di hati?

0 13,937

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah akhbar kewangan berbahasa Inggeris India, “Financial Express” mendakwa bahawa Malaysia telah menyenarai pendek (shortlist) tiga buah pesawat pejuang Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) untuk memenuhi keperluan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Memetik sumber berpengaruh (highly-placed source), akhbar itu berkata, tiga pesawat pejuang yang disenarai pendek oleh Malaysia itu adalah JF-17 “Thunder” (China/Pakistan), FA-50 (Korea Selatan) dan sudah tentu, Tejas (India).

“Pada ketika ini, Malaysia sedang mengkaji Request For Proposal (RFP) yang dikemukakan oleh India kepada negara itu pada awal tahun ini tentang tawaran supaya ia memperolehi pesawat-pesawat pejuang ringan itu,” kata sumber itu kepada akhbar berkenaan.

Pesawat pejuang ringan India itu menurut sumber terbabit berada di hadapan dalam persaingan sengit untuk memenuhi keperluan Malaysia bagi mendapatkan sejumlah 36 buah pesawat pejuang FLIT/LCA itu.

Sumber itu juga menjangkakan Malaysia akan membuat keputusannya di dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Tejas TUDM
Pesawat Tejas keluaran HAL

 

Pesawat JF-17 dibangunkan oleh Chengdu Aircraft Industry Corporation (CAIC) dan Pakistan Aeronautical Complex (PAC), manakala FA-50 oleh Korea Aeropsace Industries (KAI) dan Tejas oleh Hindustan Aeronautics Limited (HAL).

Selain ketiga-tiga pesawat FLIT/LCA yang dikatakan disenarai pendek oleh TUDM, pesawat-pesawat lain yang turut dikatakan menyertai persaingan tender TUDM itu adalah MiG-35, JAS 39 Gripen, L-15 Hongdu, YAK-130 Mitten, Leonardo M-346 dan Hurjet.

Perolehan sebanyak 36 buah pesawat FLIT/LCA itu dilakukan dalam dua peringkat iaitu 18 buah di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (tahun 2021-2025) dan selebihnya pada RMK-13 (tahun 2026-2030).

Pesawat FLIT/LCA TUDM yang baru itu akan menggantikan pesawat Hawk 108,Hawk 208 serta Aermacchi MB-339CM.

Menurut seorang pegawai kanan HAL, pesawat Tejas memenuhi segala spesifikasi yang digariskan oleh TUDM tentang keperluan pesawat FLIT/LCA, adalah ia mahu selain kompetitif daripada segi kosnya.

FA-50
Pesawat FA-50 yang dibangunkan oleh Korea Aerospace Industries (KAI).

 

Pegawai syarikat HAL yang tidak mendedahkan identitinya kepada akhbar kewangan terbabit berkata, Tejas merupakan pesawat pejuang ringan paling murah daripada segi kosnya di peringkat antarabangsa.

Jikalau Malaysia memilih pesawat Tejas untuk memenuhi keperluan FLIT/LCA-nya, maka, versi eksport pesawat Tejas yang bakal dipilihnya adalah berlainan daripada versi yang digunakan oleh Tentera Udara India.

Pesawat Tejas juga menggunakan teknologi “Fly-By-Wire” dan boleh melakukan pengisian minyak ketika terbang.

Munurut akhbar itu ,lagi, sekiranya Malaysia memilih Tejas sebagai pesawat FLIT/LCA, keputusan itu akan memberikan pengiktirafan kepada industri pertahanan India, menurut akhbar terbabit.

JF-17
Pesawat JF-17 buatan Pakistan/China.

 

Menurut akhbar itu lagi, pesawat pejuang ringan “Tejas” direkabentuk oleh Aeronautical Development Agency (ADA) untuk Tentera Udara India dan Tentera Laut India.

Baru-baru ini, India telah memesan sejumlah 83 buah pesawat Tejas yang mampu membawa pelbagai sistem persenjataan termasuk peluru berpandu Beyond Visual Range (BVR), peluru-berbandu udara-ke-udara,udara-ke-darat serta peluru berpandu udara ke darat.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...