Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

(EKS) KAI Tawar Varian Pesawat FA-50 Block 20 Kepada Malaysia

Sudah pasti, varian pesawat FA-50 Block 20 yang ditawarkan oleh Korea Aerospace Industries (KAI) kepada Malaysia adalah varian yang lebih berkeupayaan dengan kemampuan melaksanakan AAR berbanding pesawat sama yang digunakan di rantau ini.

0 11,786

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pihak Defence Security Asia mengesahkan bahawa syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) telah menawarkan varian FA-50 Block 20 dalam tender Kementerian Pertahanan untuk memperolehi 18 buah pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA).

Perkara itu diakui oleh Maj (B) Mohd Iswandi Mohd Sharif, Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Kemalak Systems Sdn Bhd, yang merupakan rakan kerjasama tempatan bagi syarikat pembuat pesawat dan pertahanan Korea Selatan itu.

“(Sekiranya pesawat FA-50 Block 20 terpilih) Malaysia dan TUDM adalah negara pertama rantau ini yang menggunakan varian FA-50 Block 20 yang turut dilengkapi dengan kelengkapan untuk melakukan pengisian minyak di udara (air-to-air refuelling),” kata beliau kepada Defence Security Asia.

Sekiranya pesawat FA-50 terpilih sebagai pesawat FLIT/LCA pilihan TUDM, maka varian yang akan digunakan olehnya adalah berlainan daripada yang digunakan oleh tentera udara Thailand (T-50TH), Filipina (FA-50) dan Indonesia (T-50I).

Tentera Udara Filipina menggunakan 12 buah pesawat FA-50 dalam varian LCA manakala Tentera Udara Thailand pula mengoperasikan 14 buah varian T-50  termasuk dua buah yang dipesan daripada KAI baru-baru ini.

Block 20

Tentera Udara Indonesia juga menggunakan kira-kira 22 buah pesawat T-50.   

Pesawat FA-50 Block 20 yang ditawarkan oleh KAI kepada Malaysia adalah varian yang lebih berkemampuan kerana ia telah dinaiktaraf dan dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan bagi membolehkan ia melaksanakan pelbagai misi dan operasi, selain melatih juruterbang.

Menurut Mohd Iswandi, pesawat FA-50 Block 20 yang ditawarkan oleh KAI kepada Malaysia secara amnya dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan canggih seperti “Sniper Advance Targeting Pod,” 20mm gun, peluru berpandu AIM-9, GBU-12 LGB Integration,  GBU-38 JDAM (Joint Direct Attack Munitions) dan peluru berpandu AGM-65 Maverick.

Selain itu, pesawat FA-50 Block 20 itu juga akan dilengkapi dengan kemudahan Air-To-Air Refuelling Probe (AAR Probe) untuk melakukan pengisian minyak di udara dan Link 16 Block Upgrade 2.

Kemudahan AAR Probe itu akan memastikan pesawat FA-50 Block 20 itu berkemampuan beroperasi pada jarak yang lebih jauh dan lebih lama.

Selain itu katanya, terdapat juga opsyen untuk kerja-kerja menaiktaraf yang boleh dilakukan pada masa depan kerana perkara yang akan dinaiktaraf itu masih di dalam proses pembangunan pada ketika ini oleh KAI.

Antaranya, termasuklah 300 gelen External Fuel Tanks dan kemampuan Beyond Visual Range (BVR) dalam bentuk peluru berpandu udara-ke-udara AIM-120 (AMRAAM).

 

Sniper
“Sniper” Advanced Targeting Pod oleh Lockheed Martin

 

Semalam, Mohd Iswandi memberitahu Defence Security Asia bahawa KAI juga bersedia untuk mewujudkan “Final Assembly Line” bagi pesawat FA-50 itu di Malaysia, sekiranya pesawat itu terpilih dalam tender FLIT/LCA TUDM.

Tawarkan untuk mewujudkan kemudahan pemasangan akhir pesawat FA-50 itu di Malaysia adalah sebahagian daripada program “Industrial Collaborator Partner” yang ditawarkan oleh KAI bersama-sama rakan kerjasama tempatannya, Kemalak Systems.

“Buat pertama kali, Malaysia akan memiliki kemudahan pemasangan akhir pesawat pejuang. Kemalak Systems telah mencadangkan kepada KAI untuk mewujudkan kemudahan pemasangan akhir pesawat FA-50 itu di Malaysia dan KAI telah bersetuju dan menyertakannya di dalam tawaran mereka kepada Kementerian Pertahanan,” kata Mohd Iswandi.

Block 20
GBU-38 Joint Direct Attack Munitions (JDAM)

 

KAI telah bersetuju untuk melabur (invest) dalam usaha mewujudkan kemudahan pemasangan akhir pesawat FA-50 di Malaysia itu, tetapi keputusan akhir terletak di tangan kerajaan.

“Secara keseluruhannya, kewujudan pusat pemasangan pesawat FA-50 di Malaysia akan memberikan kesan positif kepada negara keseluruhannya dan usaha Malaysia untuk menguasai teknologi tinggi terutamanya yang berkait dengan penerbangan,” kata beliau.

Selain pusat pemasangan akhir pesawat FA-50 itu, syarikat KAI juga menawarkan untuk mewujudkan pusat Maintenance, Refurbishment and Overhaul (MRO) untuk pengguna pesawat itu.

FA-50

 

Jom folo Defence Security Asia di Telegram,Facebook dan Twitter untuk perkembangan terkini dunia pertahanan dan keselamatan.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...