Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Siapa Dibelakang Waris Kesultanan Sulu? Ini Jawapannya……

Tuntutan waris Kesultanan Sulu terhadap kerajaan Malaysia itu dibiayai oleh sebuah syarikat pembiaya proses perbicaraan undang-undang antarabangsa (litigation funding company) dikenali dengan nama “Therium Capital Management Limited (Therium).”

4,872

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Persoalan yang bermain di pemikiran rakyat Malaysia pada ketika ini kemungkinan berkisar tentang identiti sebenar pihak yang membiayai lapan orang waris Kesultanan Sulu dalam proses perundangannya terhadap Malaysia.

Sudah tentu waris Kesultanan Sulu itu adalah “orang-orang biasa” tidak memiliki sumber kewangan yang besar untuk mengupah sekumpulan peguam antarabangsa yang berprofil tinggi dengan bayaran jutaan ringgit untuk membuat untutan terhadap kerajaan Malaysia bernilai RM66 bilion itu (US$14 bilion).

Dari mana lapan orang waris Kesultanan Sulu memperolehi wang untuk membiayai usaha perundangan mereka terhadap kerajaan Malaysia?

Waris Sulu

Jawapannya adalah – kelapan-lapan waris Kesultanan Sulu itu dibiayai oleh sebuah syarikat pembiaya proses perbicaraan undang-undang antarabangsa (litigation funding companies) dikenali dengan nama “Therium Capital Management Limited (Therium).”

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat adalah John Byrne.

Dalam laman web milik syarikat, ia tidak menyatakan di mana ia berpengkalan tetapi admin mengesyaki ia berpengkalan di London dengan pejabat-pejabat di serata pelusuk dunia, menunjukkan ia adalah entiti yang kukuh.

Ia mengatakan bahawa ia adalah syarikat pembiaya proses perbicaraan undang-undang paling utama di dunia dengan aktiviti di seluruh dunia termasuk di  Eropah, Amerika Selatan dan Utara serta Asia Pasifik.

Ia juga mendakwa, setakat ini telah membiayai proses perbicaran undang-undang dengan tuntutan keseluruhan melebihi US$100 bilion (RM400 bilion) di serata pelusuk dunia, termasuk kes-kes tuntutan yang berprofil tinggi.

Waris Sulu

Fokus yang dilakukannya sebagaimana yang tertera di dalam laman webnya menyebut:  “ As a market-leading litigation funder, Therium provides legal finance in all forms, including single case funding, arbitration funding, funding for law firms and portfolio funding. We fund complex cases that are often seen in the Appeal and Supreme Courts and can result in changes in law.”

Ditubuhkan pada 2009, Therium memiliki pejabat bagi rantau Asia Pasifik iaitu di Australia.

Syarikat itu juga menyatakan bahawa ia memiliki rekod yang cemerlang melabur di dalam 18 tabungan (funds) dengan dana yang berjaya dikumpulnya setakat ini adalah melebihi US$1 bilion (RM4 bilion).

Ketika disoal oleh akhbar The Edge sama ada benar ia membiayai waris Kesultanan Sulu itu, Therium dalam jawapan ringkasnya menerusi emel mengatakan bahawa ia sememangnya membiayai tuntutan oleh waris Kesultanan Sulu terhadap kerajaan Malaysia itu.

So sekarang ini kita sudah tahun tentang identiti mereka yang berada di belakang tuntutan oleh waris Kesultanan Sulu terhadap kerajaan Malaysia.

Waris Sulu
Bedilan mortar 81mm terdapap kedudukan pengganas Sulu di Kampung Tanduo pada 2013.

 

Pada Februari lepas, mahkamah timbang-tara di Perancis memerintahkan supaya kerajaan Malaysia membayar sekurang-kurangnya AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) kepada waris Kesultanan Sulu.

Ia adalah akibat pelanggaran perjanjian 1878 yang ditandatangani oleh Sultan Jamal Al Alam, Baron de Overbeck dan Alfred Dent milik syarikat British Utara Borneo

Kerajaan Malaysia dilaporkan telah berhenti membayar wang pemisahan tahunan RM5,300 kepada waris sultan Sulu sejak 2013 berikutan pencerobohan bersenjata di Lahad Datu.

Baru-baru ini, akhbar Financial Times melaporkan aset dua anak syarikat Petronas di Azerbaijan dirampas oleh waris Kesultanan Sulu yang menuntut US$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia.

Azerbaijan
Lapangan Gas Shah Deniz, Azerbaijan

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Peguam bagi pihak yang menuntut dilaporkan merampas aset terbabit yang didaftarkan di Luxembourg iaitu Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus, dengan nilai dilaporkan mencecah lebih US$2 bilion (RM8.8 bilion).

Bagaimanapun beberapa hari selepas itu,  Mahkamah Rayuan Paris membenarkan permohonan Kerajaan Malaysia untuk menggantung penguatkuasaan Final Award bagi tuntutan pihak yang mendakwa sebagai waris dan successors-in-interest kepada Sultan Jamalul Kiram II.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata asas keputusan Mahkamah Rayuan Paris ialah Final Award bertarikh 28 Feb 2022 yang dikeluarkan penimbang tara Dr Gonzalo Stampa melalui prosiding timbang tara antarabangsa di Madrid, Sepanyol itu tidak akan menjejaskan kekebalan kedaulatan Malaysia. — DSA

 

 

Comments are closed.