Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Mengapa Waris Kesultanan Sulu Begitu Berani Sekarang Ini???

Punca waris Kesultanan Sulu begitu berani sekarang ini adalah disebabkan bekas ketua menteri Sabah bertindak semborono melayan tuntutan mereka dengan mahu mengadakan perbincangan dan rundingan bersama Filipina.

0 2,543

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Keberanian pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu menuntut kedaulatan negeri Sabah adalah disebabkan kurang pengalaman diplomasi antarabangsa oleh bekas Ketua Menteri Sabah pada tahun 2018.

Perkara itu kata Presiden Parti Cinta Sabah, Datuk Seri Anifah Aman, apabila bekas ketua menteri tersebut mengambil tindakan semborono melayan tuntutan waris Kesultanan Sulu dengan mahu mengadakan perbincangan dan rundingan bersama Filipina.

Anifah yang juga bekas Menteri Luar berkata, pendekatan terbaik yang sewajarnya dilakukan oleh bekas ketua menteri interim itu ialah tidak mengiktiraf tuntutan tersebut.

“Semasa saya menjawat jawatan Menteri Luar, Filipina tidak berpernah bertegas (tuntutan) seperti sekarang. Saya menyalahkan bekas ketua menteri Sabah interim yang lalu (2018) disebabkan kurang pengalaman dan tidak tahu menanganinya menyebabkan Filipina berani membuat tuntutan tidak berasas itu.

“Hal ini membuktikan bagaimana beliau mengabaikan sejarah negara dan undang-undang antarabangsa sekali gus mengugat kedaulatan negeri,” katanya dalam kenyataan.

Sabah
Bekas Menteri Luar Anifah Aman

 

Dalam pada itu, Anifah memberi nasihat kepada bekas ketua menteri Sabah itu untuk mengambil masa dan belajar hubungan diplomasi serta cara untuk mengendalikan hubungan antarabangsa bagi mengelak kesilapan terutama melibatkan kedaulatan negara.

Beliau turut merujuk nasihat itu kepada bekas Peguam Negara, Tommy Thomas yang tidak mengambil berat tentang implikasi surat yang diutus kepada Paul Cohen dan pihak timbang tara Dr Gonzalo Stampa.

“Saya kekal dengan pendirian tidak mengiktiraf dan melayan sebarang tuntutan pihak tertentu terhadap Sabah.

“Ini kerana, Sabah diiktiraf oleh United Nations (UN) dan masyarakat antarabangsa sebagai sebahagian dalam Malaysia sejak penubuhan Persekutuan pada 16 September 1963.

“Malah, rakyat Sabah juga memilih pada tahun 1963 untuk membentuk Malaysia berbanding menjadi sebahagian daripada Filipina,” katanya.

Sabah
Bekas peguam negara Tommy Thomas.

 

Baru-baru ini, Wisma Putra dan Peguam Negara dalam kenyataan bersama mengatakan bahawa Malaysia telah menolak perintah timbang tara Perancis untuk membayar hampir RM63 bilion kepada waris Kesultanan Sulu.

Tambah kenyataan bersama itu lagi, kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf tuntutan itu dan tidak mengambil bahagian dalam prosiding timbang tara itu kerana Malaysia sentiasa mempertahankan dan tidak pernah mengetepikan kedaulatannya sebagai sebuah negara berdaulat.

Untuk rekod, pada 22 Januari 1878, perjanjian dimeterai antara Sultan Mohamet Jamal Al Alam (Sultan Sulu) dengan Baron de Overbeck dan Alfred Dent.

Sulu

Perjanjian itu bertujuan untuk menjaga kepentingan mereka di Sabah namun selepas pencerobohan Tentera Kesultanan Sulu di Lahad Datu, Sabah pada, Kerajaan Malaysia menghentikan serahan wang ihsan kepada Waris Kesultanan Sulu.

Lanjutan daripada tindakan tersebut, Firma Guaman yang mewakili warga Filipina yang mengaku sebagai waris Sultan Sulu (Penuntut) memohon rundingan semula bayaran wang ihsan di bawah Perjanjian 1878. — DSA

Comments
Loading...