Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Waris Kesultanan Sulu Rampas Aset RM8 Bilion Milik Petronas

Menurut laporan Financial Times yang berpangkalan di London, peguam pihak yang menuntut merampas Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus, yang dilaporkan bernilai AS$2 bilion.

0 4,373

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Waris kesultanan Sulu yang dikatakan menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia – merampas dua anak syarikat gergasi minyak Malaysia Petronas yang diperbadankan di Luxembourg.

Menurut laporan Financial Times yang berpangkalan di London, peguam pihak yang menuntut merampas Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus, yang dilaporkan bernilai AS$2 bilion (RM8 bilion).

Peguam berkata bailif di Luxembourg merampas syarikat induk bagi pihak pelanggan mereka pada Isnin.

Petronas

Keturunan sultan Sulu terakhir, Sultan Jamalul Kiram II, menuntut jumlah amat besar sebagai pampasan daripada Malaysia berikutan proses timbang tara.

Proses timbang tara itu dimulakan sebagai tindak balas ke atas Malaysia yang memotong pembayaran pajakan tahunan sebanyak RM5,300 kepada kesultanan Sulu pada 2013.

Malaysia tidak mengambil bahagian dalam proses timbang tara di Perancis, dengan alasan bahawa pertikaian antara Malaysia dengan pihak yang menuntut bukanlah kontrak komersial dan dengan itu tidak tertakluk kepada timbang tara.

Peguam bagi pihak yang menuntut telah berhujah bahawa memandangkan Malaysia adalah penandatangan Konvensyen Mengenai Pengiktirafan dan Penguatkuasaan Anugerah Timbang Tara Asing (Konvensyen New York), maka anak guam mereka mempunyai hak untuk merampas aset Malaysia di 167 negara penandatangan sekiranya jumlah yang dituntut tidak dibayar.

Azerbaijan
Lapangan Gas Shah Deniz, Azerbaijan

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Laporan sebelum ini mengatakan bahawa secara teori, waris Kesultanan Sulu boleh menguatkuasakan keputusan timbang tara memeriintah Malaysia membayar RM62.59 bilion kepada mereka melalui pelaksanaan Konvensyen New York, yang dianggotai Malaysia dan Sepanyol.

Sekiranya Malaysia enggan membayar RM62.59 bilion, waris mempunyai hak di bawah konvensyen itu untuk menguatkuasakan anugerah timbang tara melalui penyitaan aset Malaysia yang terletak di mana-mana daripada 167 negara penandatangan.

— DSA

Comments
Loading...