Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

MINDEF Serahkan Pada TUDM Saran Pesawat FLIT/LCA Pilihan Mereka

Dalam artikel oleh portal kewangan tempatan, The Edge baru-baru ini, TUDM dilaporkan telah meletakkan lima kriteria utama yang mesti dipatuhi oleh syarikat-syarikat pembuat pesawat yang menyertai tender Kementerian Pertahanan itu.

0 12,131

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kementerian Pertahanan akan menyerahkan kepada pengguna akhir pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) yang bakal diperolehi iaitu Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk membuat saranan kepada Kementerian Kewangan berkenaan jenis pesawat pilihan mereka.

Menterinya Hishammuddin Hussein berkata, Kementerian Pertahanan akan hanya membantu dalam mempercepatkan proses perolehan.

“Saya menyerahkan kepada pengguna akhir (TUDM) untuk membuat saranan (tentang pesawat FLIT/LCA pilihan mereka)  kepada Kementerian Kewangan. Apabila Kementerian Kewangan telah membuat keputusan, maka Kementerian Pertahanan akan mempercepatkan proses,” kata di dalam artikel dalam portal The Edge Market baru-baru ini.  ((I am leaving it to the end user to recommend to the Ministry of Finance (MoF). Once MoF has decided, then Mindef comes in to expedite the process)

Hurjet
Mock-up pesawat “Hurjet” pada pameran udara Farnborough 2022.

 

Dalam artikel oleh portal kewangan tempatan, TUDM dilaporkan telah meletakkan lima kriteria utama yang mesti dipatuhi oleh syarikat-syarikat pembuat pesawat yang menyertai tender Kementerian Pertahanan itu.

Kriteria utama itu termasuklah penghantaran pesawat mesti dilakukan secara berperingkat dalam tempoh 36 bulan selepas kontrak ditandatangani,kemampuan pengisian minyak di udara (air-to-air refuelling), kemampuan Beyond Visual Range Air-To-Air Missile (BVRAAM), 30 peratus kandungan tempatan dan kelajuan supersonik.

Menurut portal berita The Edge itu, dilaporkan bahawa ada di antara pesawat FLIT/LCA terbabit tidak memiliki kemampuan pengisian minyak di udara (AAR), manakala ada pesawat tidak memiliki kemampuan data link.

Kedua-dua kemampuan itu amat dikehendaki oleh pengguna akhir pesawat FLIT/LCA  dan adalah amat penting bagi doktrin peperangan udara di zaman moden ini.

Tejas
Aksi pesawat “Tejas” pada Singapore Air Show 2022.

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Satu lagi isu yang dibangkitkan adalah mengenai syarikat-syarikat yang menyertai bidaan itu memerlukan kelulusan rasmi daripada negara yang menghasilkan sesuatu teknologi yang terdapat di pesawat itu sebelum sebarang pemindahan teknologi yang dijanjikan dalam komitmen offset itu dipenuhi.

Sebagaimana yang tahu, terdapat pelbagai komponen di dalam pesawat yang datang daripada pelbagai negara seperti enjin,avionik dan radar dan pengeluar pesawat berkemungkinan tidak dibenarkan untuk mengeksport komponen itu kepada negara ketiga terutamanya apabila ia membabitkan teknologi yang sensitif.

Laporan portal The Edge itu juga menyatakan bahawa kerajaan dijangka tidak akan mengumumkan pemenang tender pesawat FLIT/LCA untuk TUDM sehinggalah pada pameran LIMA 2023 yang dijadualkan berlangsung di Pulau Langkawi pada Mei tahun depan.– DSA

Comments
Loading...