Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Turkiye Bangunkan Varian Pesawat Pejuang KAAN Untuk Operasi Kapal Pengangkut Pesawat

Bercakap kepada media negara itu berkenaan perkembangan terkini, pengarah Naval Design Project Office (DPO) Turkiye Albay Ucar berkata, projek pembinaan kapal pengangkut pesawat itu akan meletakkan Turkiye di antara lapan negara di dunia yang memiliki kapal pengangkut pesawat.

0 4,585
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Turkiye dilaporkan sedang merancang untuk membangunkan varian pesawat pejuang generasi kelima miliknya, KAAN untuk beroperasi daripada atas kapal pengangkut pesawat kebangsaanya MUGEM (Milli Uçak Gemisi), yang sedang dibinya pada ketika ini.
Bercakap kepada media negara itu berkenaan perkembangan terkini, pengarah Naval Design Project Office (DPO) Turkiye Albay Ucar berkata, projek pembinaan kapal pengangkut pesawat itu akan meletakkan Turkiye di antara lapan negara di dunia yang memiliki kapal pengangkut pesawat.
Kapal pengangkut pesawat kebangsaan Turkiye yang sedang dibina itu direkabentuk supaya dapat beroperasi dengan platform atau aset udara keluaran tempatan.
Katanya, kajian sedang dilakukan untuk membangunkan varian pesawat pejuang KAAN yang akan beroperasi dari dek penerbangan kapal pengangkut pesawat yang sedang dibinanya pada ketika ini.
“Jika varian (kapal pengangkut pesawat) KAAN dibangunkan, kami sedang berkoordinasi dengan Turkish Aerospace Industries (TAI) bagi memastikan keserasian untuk operasi berlepas dan pendaratan di kapal pengangkut pesawat,” kata Ucar.
Pesawat pejuang generasi kelima Turkiye itu dijangka akan mula berkhidmat dengan Tentera Udara Turkiye pada 2028, dengan negara itu dijangka mengoperasi lebih 100 buah pesawat pejuang KAAN menjelang 2032.
KAAN
“KAAN”.
TAI merupakan kontraktor utama dalam program pembangunan pesawat pejuang generasi kelima, KAAN.
Beliau turut mengesahkan bahawa pesawat tanpa pemandu Kizilelma dan Bayraktar TB3 keluaran syarikat Baykar Technology serta pesawat pejuang ringan HÜRJET dan pesawat tanpa pemandu ANKA-3 keluaran TAI, akan dapat beroperasi dari kapal pengangkut pesawat milik Türkiye itu.
“Pesawat domestik dan nasional kami, termasuk Kizilelma dan Bayraktar TB3 dari Baykar, serta HÜRJET dan ANKA-3 dari TAI, akan mampu berlepas dan mendarat dari kapal pengangkut pesawat kami,” katanya.
Pada awal bulan lepas, Turkiye secara rasminya telah memulakan pembinaan kapal pengangkut pesawat kebangsaan atau MUGEM (Milli Uçak Gemisi) yang pertama dengan proses pemotongan besi (steel cutting) yang dilakukan di Istanbul Shipyard.
Pembinaan kapal pengangkut pesawat pertama Turkiye itu dilaksana menggunakan peralatan multi-dimensi bertujuan meningkatkan kemampuannya untuk mengharungi keadaan perairan dan kelincahannya ketika beroperasi.
Turkiye sedang membina kapal pengangkut pesawatnya yang pertama yang memiliki berat keseluruhan 60,000 tan untuk kegunaan tentera lautnya.
MUGEM
Kapal pengangkut pesawat kebangsaan Turkiye (MUGEM)
Saiz kapal pengangkut pesawat pertamanya itu adalah dua kali ganda berbanding kapal tentera laut paling besar dimilikinya ketika ini iaitu TCG Anadolu yang memiliki berat keseluruhan 28,000 dan panjang 230 meter.
TCG Anadolu direkabentuk untuk menjadi kapal pengangkut dron.
Menurut DPO pada Februari tahun lepas, pembinaan kapal pengangkut pesawat pertama Turkiye itu akan dilakukan 100 peratus menerusi tenaga dan kepakaran dalam negara tanpa membabitkan sebarang bantuan daripada negara-negara luar.
Mengikut spesifikasi teknikalnya, kapal pengangkut pesawat pertama Turkiye itu akan mempunyai panjang 285 meter, lebar (width) 72 meter manakala beratnya mencecah sehingga 60,000 tan.
Dengan panjang keseluruhan mencecah 285 meter dan berat keseluruhan 60,000 tan telah mengklasifikasikan kapal pengangkut pesawat pertama Turkiye itu bersaiz sederhana, sebagaimana kapal-kapal pengangkut pesawat HMS Queen Elizabeth dan HMS Prince of Wales milik Britain.
Kapal pengangkut pesawat pertama Turkiye itu berkeupayaan belayar selaju 25 knot manakala radius operasinya adalah sejauh 10,000 Batu Nautika pada kelajuan 14 knot.
MUGEM
MUGEM
Untuk mencapai  kelajuan itu dan radius operasinya, kapal pengangkut pesawat Turkiye itu akan dijana oleh empat buah enjin gas turbine LM25000 buatan General Electric dan dua buah propeller mudah ubah (adjustable) untuk kelincahan pergerakannya di perairan.
Kapal pengangkut pesawat pertama Turkiye itu akan mempunyai tiga buah landasan,di mana dua adalah untuk pendaratan manakala sebuah lagi adalah untuk perlepasan.
Walaupun pada mulanya ia merancang untuk mengguna Modular Ramp tetapi pada akhirnya ia akan menggunakan Sistem Catapult yang dibangunkan oleh jurutera-jurutera tempatan pada masa depan.
Kapal pengangkut pesawat pertama Turkiye itu berkemampuan membawa kira-kira 50 buah aset udara terdiri daripada pesawat-pesawat berpemandu (manned) dan tidak berpemandu (unmanned) serta helikopter (sama ada utiliti atau penyerang).
Sebanyak 20 buah daripada pesawat kombat itu akan diletakkan di bahagian dek manakala 30 buah yang lain akan ditempatkan di dalam hangar.

Turkiye

Kapal pengangkut pesawat nasional Turkiye itu akan mempunyai kira-kira 800 krew kapal apabila ia mula beroperasi kelak.
Untuk sistem persenjataannya pula, kapal pengangkut pesawat itu akan turut dilengkapi dengan pelbagai sistem termasuk 32-cell (2×16) MİDLAS Vertical Launch System (VLS) dan empat GÖKDENİZ Close Defense Weapon Systems (CIWS).
Selain itu, ia juga akan dilengkapi dengan tujuh ASELSAN 25mm STOP Remote Controlled Weapon Systems bagi memberikan kapal pengangkut pesawat itu perlindungan jarak dekat terhadap ancaman tidak simetri seperti dron-dron berani mati atau bot-bot berani mati tidak berpemandu (unmanned suicide boats).
— DEFENCE SECURITY ASIA

Leave A Reply

Your email address will not be published.