Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

🎬Dron STOL “Bayraktar TB3” Teruskan Ujian Sebelum Mula Operasi Dari Atas Kapal TCG Anadolu

🎬Pengoperasian dron (Short Take-Off Landing) STOL, "Bayraktar TB3" bersama-sama "kapal pengangkut dron" pertama dunia, TCG Anadolu akan memberikan kelebihan maritim kepada Turkiye dalam usahanya untuk menjadi kuasa serantau dengan projeksi kuasa (power projection) melangkaui jauh daripada sempadannya.

0 2,203

(DEFENCESECURITY ASIA) – Dron STOL (Short Take-Off  Landing) “Bayraktar TB3” yang direka khusus untuk berkhidmat di atas kapal pengangkut dron pertama dunia, TCG Anadolu telah melaksanakan ujian penerbangannya yang ke sembilan dengan penerbangan altititud sederhana mencecah setinggi 20,000 kaki di udara.

Ia adalah pencapaian yang membanggakan bagi dron dibangunkan oleh syarikat Turkiye, Baykar yang hanya melakukan penerbangan sulungnya pada Oktober lalu bersempena dengan sambutan ulangtahun ke-100 Turkiye.

Bayraktar TB3 merupakan varian terkini kepada dron Bayraktar TB2, tetapi direka khusus oleh syarikat terbabit untuk berkhidmat daripada atas kapal pengangkut dron pertama dunia, TCG Anadolu milik Tentera Laut Turkiye.

Pengoperasian Bayraktar TB3 bersama-sama TCG Anadolu akan memberikan kelebihan maritim kepada Turkiye dalam usahanya untuk menjadi kuasa serantau dengan projeksi kuasa (power projection) melangkaui jauh daripada sempadannya.

Dilancarkan pada April lalu, kapal Amphibious Assault Ship TCG Anadolu adalah kapal terbesar dimiliki oleh Tentera Laut Turkiye dengan berat keseluruhan melebihi 27,000 tan dan dijangka akan turut membawa pesawat pejuang tanpa pemandu, “Kizilelma” yang juga dibangunkan oleh Baykar.

 “Kizilelma” yang melakukan penerbangan sulungnya pada akhir tahun lepas berkeupayaan melaksanakan pelbagai misi dan operasi termasuk Close Air Support (CAS), serangan peluru berpandu, Suppression of Enemy Air Defenses (SEAD) dan Destruction of Enemy Air Defenses (DEAD) daripada TCG Anadolu.

Dron Bayraktar TB3 akan meneruskan ujian penerbangannya dengan ujian penerbangan ke-10 dan dijangka memulakan ujian perlepasan dan pendaratan daripada kapal TCG Anadolu bermula pada tahun depan bersama-sama dengan Kizilelma.

Dron terbaru Turkiye itu dilengkapi dengan enjin lebih berkuasa buatan industri pertahanan Turkiye dan dilengkapi dengan sistem pendaratan yang diperkukuhkan serta sayap boleh dilipat (foldable wings) bagi membolehkan ia beroperasi di kapal pengangkut dron.

Mengenai spesifikasi teknikal Bayraktar TB3 pula, ia mempunyai panjang sayap 14 meter manakala panjang badannya adalah 8 meter.

Maximum Take-off Weight (MTOW) UCAV itu adalah 1,450kg dan menggunakan enjin PD170 172-kuasa kuda, Bayraktar TB3 mempunyai kemampuan untuk terbang sejauh 2,000km dan tempoh operasi selama 24 jam tanpa henti.

Bayraktar
Bayraktar TB3 diTCG Anadolu
Kizilelma
Pesawat pejuang tanpa pemandu Turki “Kizilelma” ketika melakukan penerbangan sulungnya pada Disember tahun lepas.

 

Ia mempunyai enam hardpoint dibawah sayapnya bagi membolehkannya membawa pelbagai sistem persenjataan termasuk peluru berpandu pandu anti-kereta kebal, roket berpanduan laser serta bom-bom pintar.

Bayraktar TB3 yang merupakan dron STOL (Short Take-off and Landing) itu telah melakukan penerbangan sulungya di Corlu Flight Training and Test Center.

Selain menjalankan tugas-tugas serangan, UCAV Bayraktar TB3 itu juga berperanan sebagai aset Intelligence, Surveillance and Reconnaisance (ISR) dengan sistem komunikasi Beyond-Line-Of-Sight (BLOS) miliknya.

Selain beroperasi daripada kapal pengangkut pesawat, dron STOL itu juga berkemampuan beroperasi daripada landasan-landasan darat yang pendek (short runways) di mana-mana lokasi sama ada di bandar-bandar besar atau di kawasan pedalaman.

Anadolu
TCG Anadolu

 

Kapal LHD TCG Anadolu itu sepatutnya mengoperasikan pesawat pejuang generasi kelima F-35B (VSTOL –Vertical Short Take Off and Landing) yang dimiliki oleh Turkiye.

Namun disebabkan keputusan Turkiye untuk memiliki sistem pertahanan udara S-400 “Triumf” daripada Russia, maka Amerika Syarikat telah bertindak mengeluarkan Ankara daripada senarai negara pengguna pesawat F-35 itu. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...