Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

HMS Queen Elizabeth, USS Carl Vinson Lakukan Operasi Bersama Di Indo-Pasifik

Kedua-dua kapal pengangkut pesawat itu melaksanakan operasi bersama ketika China semakin galak menghantar kapal-kapal perangnya serta kapal pengawal pantainya ke setiap pelusuk Laut China Selatan untuk mengukuhkan lagi tuntutannya terhadap perairan strategik yang kaya dengan sumber asli serta kritikal untuk perdagangan dunia.

0 1,081

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Buat pertama kali dalam sejarah, kedua-dua kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat dan British, USS Carl Vinson dan HMS Queen Elizabeth telah melaksanakan operasi bersama di Laut Filipina.

Kedua-dua kapal pengangkut pesawat itu melaksanakan operasi bersama ketika China semakin galak menghantar kapal-kapal perangnya serta kapal pengawal pantainya ke setiap pelusuk Laut China Selatan untuk mengukuhkan lagi tuntutannya terhadap perairan strategik yang kaya dengan sumber asli serta kritikal untuk perdagangan dunia.

Mungkin mahu menunjukkan kepada Amerika Syarikat dan Britain bahawa ia tidak gentar dengan kehadiran kapal-kapal perang negara terbabit di Indo-Pasifik pada ketika ini, China telah melancarkan beberapa siri latihan laut yang besar melibatkan penembakan peluru-peluru hidup di lokasi-lokasi tertentu di perairannya.

Beijing menuduh Britain cuba kembali ke era kolonialnya dengan menghantar kapal pengangkut pesawat HMS Queen Elizabeth dan kapal-kapal pengiringnya ke Indo-Pasifik.

Sementara itu, ketika melaksanakan operasi bersama itu di Laut Filipina itu, pesawat-pesawat generasi ke-4 dan ke-lima daripada kedua-dua pesawat pengangkut, USS Carl Vinson dan HMS Queen Elizabeth telah mengadakan latihan penerbangan bersama bagi mengukuhkan lagi aspek interoperabiliti mereka.

Carl Vinson
USS Carl Vinson

 

Ia amat penting sekiranya kedua-dua pesawat pejuang daripada kapal-kapal pengangkut itu terpaksa mengadakan operasi bersama sekiranya konflik tercetus.

Antara pesawat-pesawat yang terlibat dalam penerbangan bersama itu termasuk empat buah pesawat F-35C, lima buah F/A-18E/F Super Hornet, dua buah EA-18G Growler dan sebuah E-2D Advanced Hawkeye daripada USS Carl Vinson.

Sementara itu pesawat-pesawat daripada kapal pengangkut HMS Queen Elizabeth termasuk dua buah pesawat F-35B daripada Marine Fighter Attack Squadron dan dua buah pesawat F-35B daripada Tentera British.

USS Carl Vinson

Semasa penerbangan bersama itu, pesawat-pesawat terbabit telah melaksanakan misi-misi integrasi teknik bersama, taktik dan prosedur termasuk operasi pengisian minyak di udara (air-to-air refuelling).

“Di dalam tempoh yang agak singkat, kita telah berjaya menggabungkan kemampuan pesawat-pesawat daripada dua perkhidmatan dengan negara sahabat,” menurut Kapten Tommy Locke, komander Carrier Air Wing 2.

Ini merupakan peluang latihan pertama untuk pesawat-pesawat F-35B daripada Carrier Strike Group 2021 (CSG21) dengan pesawat F-35 “C” yang beroperasi daripada atas dek penerbangan kapal pengangkut pesawat USS Carl Vinson.

Kapal pengangkut pesawat, HMS Queen Elizabeth mengoperasikan dua skuadron F-35B.

Queen Elizabeth

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...