Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Turkiye Dedah Imej Terbaru UCAV Halimunan, ANKA-3

Ketua Pegawai Eksekutif Turkish Aerospace Industries (TAI) Prof Dr Temel Kotil dalam ciapan terbaru di akaun Twitter-nya turut menyelitkan imej terbaru pesawat UCAV (Unmanned Combat Aerial Vehicle) bersifat halimunan (stealth) terbaru syarikat itu menggunakan enjin jet yang dinamakan Anka-3.

0 4,255

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Tahun ini adalah tahun yang penting bagi Turkish Aerospace Industries (TAI) dengan beberapa projek besarnya membabitkan pesawat pejuang Gen-5 “TF-X”, pesawat pejuang ringan “Hurjet” dan Unmanned Combat Aerial Vehicle (UCAV) “Anka-3.”

Terlaksananya ketiga-ketiga projek besarnya sudah semestinya akan melonjakkan lagi industri aeroangkasa negara itu dan “membebaskan” negara Mediterranean itu daripada kebergantungan kepada negara-negara luar untuk keperluan pertahannya, terutama selepas Ankara “ditendang keluar” daripada program pembangunan pesawat F-35 oleh Amerika Syarikat. 

“Kudos kepada Turkiye.” 

Anka-3
Gambaran grafik UCAV Anka-3

 

Semalam adalah tarikh yang penting bagi TAI dan industri aeroangkasa Turkiye apabila dua daripada projek besarnya apabila pesawat-pesawat prototaip “TF-X” dan Hurjet telah berjaya memulakan ujian teknikal darat (taxiing) di landasan, menandakan bahawa program pembangunannya kedua-dua pesawat itu berjalan dengan lancar.

Dengan bermulanya ujian darat di landasan itu, pesawat-pesawat TF-X dan Hurjet sedang berada di kedudukan yang betul untuk melakukan penerbangan sulung mereka pada akhir tahun ini.

Dan TAI telah melakukannya dalam tempoh yang amat cepat, sehingga mengejut industri penerbangan antarabangsa yang kebanyakkannya meramalkan bahawa Turkiye akan gagal dalam usahanya itu. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TAI Prof Dr Temel Kotil dalam ciapan terbaru di akaun Twitter-nya turut menyelitkan imej terbaru pesawat UCAV terbaru syarikat itu menggunakan enjin jet yang dinamakan Anka-3.

Kizilelma
Pesawat Pejuang Tanpa Pemandu “Kizilelma” oleh syarikat Baykar Technology.

 

Anka-3 yang direkabentuk untuk memiliki sifat halimunan (stealth) yang tinggi dengan Radar Cross Section (RCS) yang rendah dibangun untuk melaksanakan pelbagai misi seperti serangan udara-ke-udara, SEAD/DEAD, ISR (Intelligence, Surveillance and Reconnaisance) serta Peperangan Elektronik.

Anka-3 hanya didedahkan kepada umum pada tahun lepas dan tidak sampai setahun selepas itu ia sudah bergerak ke arah untuk melakukan penerbangan sulungnya.

Pesawat UCAV berkuasa enjin jet itu akan membantu pesawat pejuang tanpa pemandu “Kizilelma” yang dibangunkan oleh syarikat Baykar Technology (syarikat sama di belakang dron Bayraktar TB2) yang lebih berfungsi untuk melaksanakan misi-misi udara-ke-udara.

Dengan Maximum Take-Off Weight (MTOW) sebanyak 7 tan, pesawat UCAV Anka-3 itu berkemampuan membawa pelbagai sistem persenjataan sama ada menggunakan internal weapon bays atau pun external weapon bays, bergantung kepada misi yang mahu dilaksanakannya.

TF-X
Pesawat prototaip Gen-5 Turkiye, TF-X dibangunkan oleh Turkish Aerospace Industries (TAI) ketika melakukan ujian daratan (taxiing) di landasan. 

 

Kewujudan external weapon bays pada rekabentuk UCAV Anka-3 menunjukkan perbezaan ketara antaranya dengan pesaing-pesaing UCAV halimunan keluaran Amerika Syarikat dan China yang menyimpan bom serta peluru berpandu dalam internal weapon bays bagi memelihara sifat halimunan mereka dan tahap RCS.

UCAV Anka-3 akan menggunakan enjin Ivchenko-Progress AI-322 turbofans keluaran Ukraine yang turut digunakan oleh pesawat pejuang tanpa pemandu “Kizilelma”. – – DSA

Apps

 

 

Comments
Loading...