Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Sepanyol Mahu Lelong Kereta Kebal M60 Miliknya Pada Harga Euro 47,000 (RM240,000)

Kementerian Pertahanan Sepanyol tidak menyatakan bilangan kereta kebal M60 yang dilelongnya, tetapi harga lelongan kereta kebal itu yang masih digunakan secara aktif oleh berbelas-belas negara di seluruh dunia itu adalah pada Euro 47,000 (RM240,000).

0 5,124

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Mana-mana pihak yang berminat untuk memiliki kereta kebal buatan Amerika Syarikat, Kementerian Pertahanan Sepanyol kini sedang melelong kereta kebal M60 berusia miliknya pada harga hanya Euro 47,000 (RM240,000).

Kereta kebal M60 itu yang telah pun ditamatkan perkhidmatannya adalah milik Tentera Laut Sepanyol dan dioperasikan oleh pasukan Marinnya.

Kementerian Pertahanan Sepanyol tidak menyatakan bilangan kereta kebal M60 yang dilelongnya, tetapi harga lelongan kereta kebal itu yang masih digunakan secara aktif oleh berbelas-belas negara di seluruh dunia itu adalah pada Euro 47,000 (RM240,000).

Sepanyol dipercayai memiliki diantara 200 hingga 300 buah kereta kebal M60 terdiri daripada beberapa varian tetapi ia telah digantikan oleh kereta-kereta kebal Leopard A2 buatan Jerman.

Varian-varian kereta kebal M60 yang dipercayai digunakan oleh pelanggannya adalah M60, M60A1, M60A2 dan M60A3.M60

Mereka yang berminat boleh mengemukakan dokumen diperlukan Kementerian Pertahanan Sepanyol dan menyertai lelongan yang akan berlangsung sehingga 22 April ini semua bidaan akan diketahui pada 24 April ini.

Mereka yang berminat juga perlu menyertakan deposit sebanyak Euro 9,384 (RM48,000) atau kira-kira 20 peratus daripada harga tender kereta-kereta kebal itu.

Kereta kebal M60 buatan syarikat Chrysler itu adalah kereta kebal generasi kedua Amerika Syarikat yang mula beroperasi pada tahun 1950-an tetapi masih digunakan oleh angkatan belasan negara seperti Turkiye (selepas dinaiktaraf) dan juga Thailand.

Pada Februari lalu, Tentera Darat Turkiye telah mula menerima kereta kebal M60TM yang pertama selepas ia dinaiktaraf dan dipertingkat keupayaan dengan peralatan dan subsistem moden di bawah bawah program permodenan dinamakan “Projek TIYK-M60T”.

Projek TIYK-M60T yang dicetuskan oleh agensi pertahanan Turkiye, Presidency of Defense Industries (SSB) itu bertujuan untuk memodenkan Tentera Darat Turkiye.

M60
Kereta kebal M60 Turkiye yang telah dinaiktaraf.

 

Kereta-kereta M60TM yang telah atau bakal dinaiktaraf kepada varian M60TM yang lebih moden akan dilengkapi dengan sistem kawalan tembakan (fire control system) buatan syarikat tempatan, VOLKAN-M bagi menggantikan sistem kawalan tembakan buatan asing yang digunakan oleh kereta kebal itu.

Tentera Darat Turkiye dilaporkan memiliki sehingga 170 buah varian kereta kebal M60TM dan kereta kebal itu akan dilengkapi dengan beberapa komponen moden dibawah “Projek TIYK-M60T.”

Mesir pula masih mengoperasikan lebih daripada 1,000 kereta kebal M60 dalam angkatan tenteranya sehingga kini.

Bergantung kepada variannya, kereta kebal M60 mempunyai berat di antara 46 tan hingga 52 tan dan dilengkapi dengan meriam M68 105mm sebagai senjata utamanya selain mesingan sebagai senjata secondary.

Meriamnya boleh menembak pada kadar di antara 4 hingga 7 pusingan satu minit bergantung kepada varian kereta kebal.

M60

Mistral
Kapal selam”Mistral” dilelong Sepanyol

 

Kereta-kereta kebal M60 ini boleh dipandu selaju 48km sejam dan jarak operasinya adalah kira-kira 480km.

Pada April tahun lepas, lembaga perlupusan di Cartagena,Sepanyol telah melelong sebuah kapal selam “Mistral” milik tentera laut negara itu pada harga harga permulaan sebanyak US$150,000 (RM600, 000).

Tentera Laut Sepanyol telah menamatkan perkhidmatan kapal selam “Mistral” itu pada tahun 2020.

Pihak Tentera Laut Sepanyol mahu menjual kapal selam “Mistral” itu kepada syarikat yang khusus dalam kerja-kerja perlupusan besi buruk selepas ia mengeluarkan pelbagai peralatan dan sistem misi daripada kapal selam terbabit. — DSA

Iklan

Comments
Loading...