Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

(VIDEO) Turkiye Terima Kereta Kebal M60TM Dipertingkat Kemampuan

(VIDEO) Kereta-kereta M60TM Turkiye yang telah atau bakal dinaiktaraf kepada varian M60TM yang lebih moden akan dilengkapi dengan sistem kawalan tembakan (fire control system) buatan syarikat tempatan, VOLKAN-M bagi menggantikan sistem kawalan tembakan buatan asing yang digunakan oleh kereta kebal itu.

0 4,108

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Darat Turkiye telah mula menerima kereta kebal M60TM yang pertama selepas ia dinaiktaraf dan dipertingkat keupayaan dengan peralatan dan subsistem moden di bawah bawah program permodenan dinamakan “Projek TIYK-M60T”.

Projek TIYK-M60T yang dicetuskan oleh agensi pertahanan Turkiye, Presidency of Defense Industries (SSB) itu bertujuan untuk memodenkan Tentera Darat Turkiye.

Pada ketika ini, sebanyak dua buah kereta kebal M60TM yang telah selesai dipertingkat kemampuan di bawah projek itu telah diserahkan kepada Tentera Darat Turkiya manakala kereta-kereta kebal M60TM yang lain akan turut dinaiktaraf secara berperingkat.

Presiden SSB Dr Haluk Gorgun berkata kesulitan dalam aspek penyelenggaran kereta kebal M60TM yang dimiliki oleh Tentera Darat Turkiye telah mendorong negara itu untuk melaksanakan penyelidikan, pembangunan dan penyediaan langkah-langkah penyelesaian terhadap masalah.

Kereta-kereta M60TM yang telah atau bakal dinaiktaraf kepada varian M60TM yang lebih moden akan dilengkapi dengan sistem kawalan tembakan (fire control system) buatan syarikat tempatan, VOLKAN-M bagi menggantikan sistem kawalan tembakan buatan asing yang digunakan oleh kereta kebal itu.

Syarikat pertahanan tempatan, ASELSAN merupakan pihak yang bertanggungjawab membangunkan sistem kawalan tembakan VOLKAN-M itu.

Tentera Darat Turkiye dilaporkan memiliki sehingga 170 buah varian kereta kebal M60TM dan kereta kebal itu akan dilengkapi dengan beberapa komponen moden dibawah “Projek TIYK-M60T.”

Kereta kebal M60TM yang telah dinaiktaraf itu akan bergandingan dengan kereta kebal “Altay” yang sedang dibangunkan oleh industri pertahanan Turkiye pada ketika ini dan dijangkakan membuat kemunculannya tidak lama lagi.

Bagaimanapun, sehingga kereta kebal “Altay” itu selesai dibangunkan,  Tentera Darat Turkiye terpaksa bergantung kepada kereta kebal M60TM yang telah dinaik taraf dan dipertingkat kemampuannya dengan peralatan baru.

Sistem kawalan tembakan VOLKAN-M itu merupakan sistem yang telah dipermudahkan penggunaannya dan berkesan untuk digunakan pada waktu malam serta siang dan di dalam semua jenis keadaan cuaca.

Turkiye

Ia juga tidak mempunyai masalah untuk digunakan pada semua jenis keadaan muka bumi, selain memiliki tahap keberkesanan tembakan pertama yang tinggi.

VOLKAN-M memberikan penggunanya kemampuan yang tinggi untuk melakukan tembakan dalam semua jenis keadaan kombat.

Industri pertahanan Turkiye membangunkan sistem kawalan tembakan itu secara dalam negara selepas ia berhadapan dengan sekatan ketenteraan daripada Amerika Syarikat selepas ia meneruskan hasratnya untuk membeli sistem pertahanan udara S-400 “Triumf” buatan Russia.

Sekatan ketenteraan oleh Amerika Syarikat telah memaksa industri pertahanan Turkiye itu berusaha lebih gigih di semua peringkat untuk membangunkan sistem dan persenjataan buatan tempatannya.

Turkiye

Selain sistem kawalan tembakan VOLKAN-M itu, kereta kebal M60TM milik Turkiye itu juga akan dilengkap dengan sub-sistem baru Combat Information System (CIS), armor kereta kebal baru oelh syarikat ROKETSAN yang menjadikan ia lebih kebal dan sukar untuk dikalahkan oleh sistem peluru berpandu anti-kereta kebal.

Krew kereta kebal M60TM itu dijuga dilengkapkan kerusi-kerusi baru yang dibangunkan oleh syarikat T-Kalip.  — DSA

Notis

Comments
Loading...