Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kereta Kebal “Altay” Turki Guna Sistem Armor Generasi Baru Keluaran ROKETSAN

Dua buah kereta kebal prototaip “Altay” yang dilengkapkan dengan sistem armor generasi baru yang dibangunkan oleh ROKETSAN Ballistic Protection Centre akan diserahkan kepada Angkatan Tentera Turki untuk diuji.

0 3,627

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kereta kebal yang dibangunkan sendiri oleh industri pertahanan Turkiye, “Altay” akan dilengkapkan dengan sistem armor komposit dan reaktif rekaan syarikat pertahanan tempatan, ROKETSAN.

Dua buah kereta kebal prototaip “Altay” yang dilengkapkan dengan sistem armor generasi baru yang dibangunkan oleh ROKETSAN Ballistic Protection Centre akan diserahkan kepada Angkatan Tentera Turki untuk diuji.

ROKETSAN merupakan syarikat pertahanan Turkiye yang bertanggungjawab membangunkan pelbagai jenis sistem peluru berpandu, roket serta bom-bom untuk kegunaan tentera negara itu serta pelanggan luar negara.

Altay
Kereta kebal “Altay”

 

Kini ia membangunkan pula sistem armor yang akan digunakan oleh kereta kebal utama buatan tempatan.

Dalam projek membangunkan sistem armor generasi baru untuk keperluan kereta kebal utama Turkiye, “Altay”, syarikat ROKETSAN menitikberatkan ciri-ciri seperti keberkesanannya serta sistem armor yang ringan menggunakan bahan-bahan termaju.

Sistem armor untuk kereta kebal “Altay” itu adalah suatu sistem yang hybrid yang dibangunkan oleh sekumpulan jurutera ROKETSAN bagi menangani ancaman pada masa kini.

Menggunakan bahan-bahan yang berteknologi tinggi dalam penghasilan sistem armor terkini untuk kereta kebal utama itu, perlindungan yang diberikannya kepada krew kenderaan itu adalah amat tinggi walaupun tahap berat sistem armor itu pada kadar yang minimum.

Jika dibandingkan dengan pesaing-pesaingnya di pasaran, sistem armor yang dibangunkan oleh ROKETSAN adalah jauh lebih baik dalam memberikan perlindungan kepada kompartmen diduduki krew dan sub-sistem kenderaan daripada bedilan berulang kali.

Altay
Sistem Armor Komposit dibangunkan oleh ROKETSAN (Defence Turk)

 

Ia juga memberikan perlindungan maksimum daripada tembakan roket anti-armor APFSDS, perlindungan daripada “tandem warheads”, kerosakan kolateral yang rendah selain rekabentuk yang fleksible bagi memudahkan ia dipasang untuk platform-platform lain.

Sistem armor itu mempraktikkan kaedah “Open Architecture” bagi membolehkan ia dinaiktaraf tanpa masalah untuk menangani ancaman masa kini dan masa depan.

Pada ketika ini, usaha untuk menghasilkan sistem armor itu sedang besar-besaran sedang dilaksanakan oleh ROKETSAN dan ia berhasrat untuk menyerah kira-kira 250 set sistem armor untuk dilengkapkan pada kereta kebal “Altay.”

Sistem armor yang dibangunkan oleh ROKETSAN itu boleh digunakan untuk kesemua varian kereta kebal “Altay” serta pelbagai kereta kebal yang dimiliki oleh Tentera Darat Turkiye dan pada masa depan ia juga boleh digunakan untuk kenderaan darat milik pasukan keselamatan negara Mediterranean itu.

ROKETSAN juga merancang untuk mengeksport sistem armor yang dibangunkannya itu kepada negara-negara luar, dengan terlibat dalam usaha menaiktaraf kereta kebal dimilik oleh negara terbabit menggunakan sistem armor keluarannya.

Altay

Angkatan Tentera Turkiye akan menerima dua buah prototaip kereta kebal “Altay” yang baru  hari ini daripada syarikat tempatan, BMC Defense untuk tujuan ujian sebelum produksi secara besar-besaran kereta kebal keluaran tempatan itu dimulakan pada 2025.

BMC Defense adalah syarikat 100 milik Turkiye dan memiliki Hak Harta Intelek (Intelectual Property Rights) terhadap kereta kebal Altay dan enjinnya buatan tempatannya yang bakal dihasilkan di kilang milik Presidency of Defense Industries (SSB).

Untuk fasa pertama, syarikat BMC Defense akan menghasilkan 250 buah kereta kebal utama “Altay” di kemudahan syarikat terbabit di Ankara yang akan menghasilkan lapan buah kereta kebal utama itu dalam sebulan, menurut pengurus besar syarikat itu, Mehmet Karaaslan.

Secara keseluruhannya, syarikat BMC akan menghasilkan 1,000 kereta kebal “Altay” untuk Tentera Darat Turki. — DSA

Apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...