Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Tidak Puas Hati Qatar Benarkan Iran Sertai Pameran Pertahanan DIMDEX 2024

Menurut laporan media, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat telah berhubungan dengan kerajaan Qatar bagi menyuarakan rasa tidak puashatinya dengan tindakan negara Teluk itu membenarkan Iran menyertai pameran pertahanan itu.

0 1,157

(DEFENCE SECURITY ASIA) –Amerika Syarikat dilaporkan telah menyuarakan bantahan dan ketidakpuasan hatinya terhadap tindakan Qatar membenarkan Iran menyertai pameran pertahanan baru-baru ini, Doha International Maritime Defense Exhibition and Conference atau DIMDEX 2024.

Menurut laporan media, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat telah berhubungan dengan kerajaan Qatar bagi menyuarakan rasa tidak puashatinya dengan tindakan negara Teluk itu membenarkan Iran menyertai pameran pertahanan itu.

Pameran pertahanan DIMDEX itu berlangsung pada 4 hingga 6 Mac.

Amerika Syarikat turut bertindak sama menyuarakan ketidakpuasan hatinya tentang penyertaan Iran pada pameran yang sama dua tahun lepas, tetapi tidak dilayan oleh kerajaan Qatar.

“Kami amat kecewa dan gusar dengan kehadiran pegawai-pegawai tentera Iran serta daripada Kor Barisan Pengawal Revolusi Islam Iran di pameran pertahanan Qatar itu,” kata jurucakap Jabatan Pertahanan Amerika Ned Price.Iran

“Kami sekeras-kerasnya menolak kehadiran mereka pada pameran pertahanan itu. Iran adalah ancaman terbesar kepada kestabilan maritim di rantau Teluk, “katanya.

Syarikat-syarikat pertahanan Iran tidak melepaskan peluang yang jarang-jarang dialaminya untuk mempamerkan pelbagai jenis sistem persenjataan canggihnya yang digunakan untuk menangani ancaman Amerika dan sekutunya.

Salah satu senjata buatan syarikat pertahanan Iran yang menarik perhatian ramai pada pameran DIMDEX 2024 itu adalah dron Medium Altitude Long Endurance (MALE) “ “Shahid-149 Gaza” yang rekabentuknya adalah menyerupai dron MQ-9 Reaper buatan Amerika Syarikat.

Dron “Shahid-149 Gaza” telah direkabentuk oleh Shahed Aviation Industries dan dibina oleh Iran Aircraft Manufacturing Industries Corporation (HESA) dan telah didedahkan kepada umum buat pertama kali pada 2021.

Dilaporkan bahawa syarikat pertahanan Iran yang membangunkan dron itu mahu mencari pelanggan-pelanggar luar yang berminat untuk membeli dron “Gaza” itu.

Dron “Gaza” boleh membawa sehingga 13 buah butir bom dan peluru berpandu.

Gaza
Dron “Gaza”

 

Selain sistem persenjataan, dron itu juga boleh membawa pelbagai sistem lain seperti peralatan elektro-optik, kamera resolusi tinggi, sistem infra-red,laser designation dan laser illumination bagi menjadikannya ia salah satu dron paling canggih Iran.

Menurut media tempatan Iran, dron terbabit berkemampuan berada di udara selama 35 jam, meliputi 7,000km dalam satu-satu misi.

Ia boleh terbang selaju 350km sejam menggunakan enjin 750 kuasa kuda.

Pihak tentera Iran menggunakn dron itu untuk tugas Intelligence, Surveillance and Reconnaisance (ISR), tetapi dengan hardpoints menunjukkan ia juga boleh dilengkapi dengan pelbagai sistem persenjataan untuk tugasan kombat.  

Dron “Shahid-149 Gaza” dibangun untuk menggantikan dron terdahulu “Shahed 129” yang digunakan oleh Pengawal Revolusi Iran sejak 2012.

Menurut laporan media-media tempatan, varian terbaru dron terbabit telah dinaiktaraf dengan sistem pendaratan yang baru serta turut dilengkapi dengan hardpoints untuk membawa sama ada bom-bom atau peluru berpandu.

Iran
Sistem Pertahanan Udara “Khordad”

 

Dron itu mula digunakan oleh Barisan Pengawal Revolusi Iran pada tahun lepas dan dikatakan adalah di antara sistem pesawat tanpa pemandu yang paling berkemampuan dan canggih dimiliki oleh unit tentera Iran itu

Selain dron MALE “Gaza”, syarikat pertahanan Iran yang menyertai DIMDEX 2024 di Doha, Qatar itu turut mempamerkan senjata-senjata lain termasuk mesingan 12.7mm dan juga meriam 20mm untuk menarik perhatian negara-negara luar.

Syarikat pertahanan Iran turut menonjolkan sistem pertahanan udara jarak sederhana “Sevvom Khordad” yang didakwa telah berjaya menembak jatuh dron MQ-4C Triton milik Amerika Syarikat pada 2019.

Apa yang menariknya dan mungkin telah menimbulkan kemarahan kepada pihak Amerika Syarikat adalah kedudukan booth syarikat pertahanan Iran yang mempamerkan sistem pertahanan udara “Sevvom Khordad” terletak tidak jauh dengan booth syarikat pertahanan Amerika, Northrop Grumann yang membangunkan dron MQ-4C itu. — DSA

Iklan

 

Comments
Loading...