Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

PASKAL Terima Lebih 900 Aset Sumbangan Amerika Syarikat

Antara aset-aset yang disumbangkan oleh Amerika Syarikat itu termasuklah Glock 17 Gen 4, M4 Carbine, Bullet Proof Vest, Spotter Scope dan Radio Hand Held Thales.

0 13,030

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia bakal menerima lebih daripada 900 aset untuk digunakan oleh anggota pasukan elit itu hasil sumbangan kerajaan Amerika Syarikat.

Sumbangan itu adalah di bawah inisiatif “Building Partnership Capacity” serta hubungan baik di antara Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein dengan rakan sejawatnya daripada Amerika Syarikat, Jeneral Lloyd Austin.

Katanya, antara aset-aset yang disumbangkan oleh Amerika Syarikat itu termasuklah Glock 17 Gen 4, M4 Carbine, Bullet Proof Vest, Spotter Scope dan Radio Hand Held Thales.

PASKAL
H20

 

Menurut Hishammuddin, Kementerian Pertahanan sedang melaksanakan perolehan pelbagai aset baharu untuk PASKAL di dalam jangka masa terdekat, bagi meningkatkan keupayaan pasukan elit tersebut.

Perolehan terkini untuk PASKAL termasuklah aset-aset seperti Close Circuit Breathing Apparatus, Sub Machine Gun, Static Parachute, Freefall Parachute, Thermal Binocular dan pembinaan Sniper Shooting Tower di Lapang Sasar Sniper.

Di dalam beberapa tahun ini, kerajaan Amerika Syarikat telah membuat beberapa sumbangan penting kepada peningkatan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Antaranya adalah – mengubahsuai tiga buah pesawat CN-235 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) daripada varian pengangkut kepada varian Maritime Surveillance Aircraft (MSA).

PASKAL
H20

 

Program pengubahsuaian itu dilaksanakan di bawah initiatif Maritime Security Initiative (MSI) yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Di bawah program “Building Capacity Partner” Washington turut menyumbang radar jarak jauh jenis AN/TPS-77, yang dibangunkan oleh firma pertahanan negara itu, Lockheed Martin.

Radar pertahanan udara sumbangan Amerika Syarikat itu akan ditempatkan di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Labuan.

Tahun lepas, Defence Security Asia melaporkan bahawa Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat telah memberikan kontrak bernilai US$25.1 juta (RM103 juta) kepada syarikat, Lockheed Martin untuk membekalkan sebuah radar pertahanan udara jarak jauh kepada Malaysia.

Radar
Radar pertahanan udara jarak jauh TPS-77  sumbangan Amerika Syarikat.

 

Coverage bagi radar AN/TPS-77  ini adalah sekitar 470km atau 250 Batu Nautika, dan ia adalah sebuah radar bergerak (mobile radar) yang mampu diatur-gerak ke kawasan-kawasan lain sama ada menggunakan pesawat C-130 Hercules, trak atau keretapi.

Dibawah program Maritime Security Initiative (MSI), kerajaan Amerika Syarikat telah menyumbang 12 buah pesawat tanpa pemandu  “ScanEagle” bersama-sama peralatan sokongannya untuk digunakan oleh TLDM di Sabah.

Selain 12 buah dron ScanEagle, pihak TLDM turut menerima peralatan sokongan seperti 11 buah Ground Control Station, empat buah MK4 launcher dan empat buah MK1 Mod Skyhook Recovery System.

Kesemua 12 sistem ScanEagle yang diberikan kepada TLDM di bawah program MSI itu bernilai RM180 juta.

ScanEagle
Scaneagle (TLDM)

 

Dron terbabit dioperasikan oleh Skuadron 601 yang berpengkalan di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu bagi tujuan rondaan maritim untuk misi-misi Intelligence, Surveillance and Reconnaisance (ISR) di perairan Laut China Selatan dan Laut Sulu.

Menurut kenyataan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat pada Mei 2019,  syarikat Insitu-Boeing telah dianugerahkan kontrak untuk membekalkan 48 dron ScanEagle kepada Malaysia, Indonesia, Filipina dan Vietnam.

Malaysia dengan 12 buah dron ScanEagle adalah penerima terbesar.

CN-235
Pesawat pertama CN-235 TUDM yang dinaiktaraf ke platform MSA (kredit US Navy)

 

Dron ScanEagle memiliki berat sekitar 22kg dengan kelajuan maksimum 150 km/j itu mampu untuk beroperasi selama 12 jam dengan ketinggian pengoperasian ideal bermula dari 762 meter sehingga 1,524 meter.

Semasa merasmikan US Partnership Pavilion sempena pameran DSA 2022 Mac lepas, Pemerintah Tentera Amerika Syarikat Pasifik (USARPAC) Charles A. Flynn dilaporkan berkata bahawa Washington telah meluluskan bantuan keselamatan bernilai kira-kira US$230 juta (hampir RM1 bilion) kepada Malaysia sejak tahun 2018.

Ia meliputi antara lain program-program latihan dan pertukaran berkaitan ketenteraan serta peralatan.

“AS berbangga dapat bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia dalam bidang pembangunan utama dan menantikan perbincangan Malaysia-AS pada tahun ini yang menjanjikan perkembangan hubungan dua hala yang lebih lanjut,” katanya sebagaimana dipetik oleh BERNAMA. — DSA

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE  

 

Comments
Loading...