Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Sumbang Radar Jarak Jauh Bernilai RM100 juta Kepada Malaysia

Radar Jarak Jauh yang "dihadiahkan" oleh kerajaan Amerika Syarikat kepada Malaysia itu dipercayai akan digunakan untuk mengukuhkan lagi sistem pertahanan udara negara terutamanya dalam memantau Laut China Selatan.

0 12,799

 

 

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat telah memberi kontrak bernilai US$25.1 juta (RM103 juta) kepada syarikat pertahanan negara itu sendiri, Lockheed Martin yang akan membekalkan sebuah radar jarak jauh kepada Malaysia.

Pakej di dalam kontrak kerajaan Amerika Syarikat kepada Lockheed Martin itu termasuklah alat ganti dan latihan kepada anggota-anggota TUDM yang bakal mengendalikannya, sebagaimana yang telah dilaporkan oleh Defence Security Asia sebelum ini.

Menurut kenyataan daripada Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat bertarikh Sept 24 lalu, menyebut bahawa syarikat cawangan syarikat Lockheed Martin di Liverpool, New York itu telah dianugerahkan kontrak bernilai US$25.1 juta untuk “Malaysia Ground Based Radar System.”

Kontrak Jabata Pertahanan Amerika Syarikat perlu diselesaikan pada Sept 30, 2025.

Kos untuk membekalkan radar jarak jauh untuk kerajaan Malaysia itu dibiayai menerusi peruntukan “Fiscal 2021 Building Partner Capacity Funds” oleh kerajaan Amerika Syarikat.

 

TUDM
Anggota TUDM yang menghadiri Kursus Orientasi Operasi Radar (Radar Operations Orientation Course) oleh Western Air Defense Sector, Tentera Udara Amerika Syarikat baru-baru ini.

This contract provides a standalone radar system, ancillary equipment, spares, training, and an interim contract support option.

This contract includes options which, if exercised, would bring the cumulative value to $25,718,050.The location of performance is Liverpool, New York, and is expected to be completed by Sept. 30, 2025.

This contract involves Foreign Military Sales to Malaysia. This award is the result of a competitive acquisition in which two proposals were received.

Fiscal 2021 building partner capacity funds in the amount of $25,111,798 are being obligated at the time of award.

— Kenyataan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat

Mengenai jenis radar jarak jauh yang akan dibekalkan kepada Malaysia itu, portal Malaysian Defence mengatakan ia berkemungkinan besar adalah daripada jenis “TPS-77” kerana ia merupakan produk yang dihasilkan oleh syarikat Lockheed Martin.

Coverage bagi radar AN/TPS-77  ini adalah sekitar 470km atau 250 Batu Nautika, dan ia adalah sebuah radar bergerak (mobile radar) yang mampu diatur-gerak ke kawasan-kawasan lain sama ada menggunakan pesawat C-130 Hercules, trak atau keretapi.

Mengenai lokasi penempatan radar jarak jauh yang dibekalkan oleh kerajaan Amerika Syarikat ini, terdapat kemungkinan radar Lockheed Martin ini akan ditempatkan di pangkalan udara “bare bone base” TUDM di Bintulu, Sarawak atau mana-mana lokasi di Bintulu untuk memantau Laut China Selatan.

Ini kerana pemberian radar kepada Malaysia itu mungkin adalah usaha Amerika Syarikat untuk membantu kita memperkuatkan pengawasan dan pemantauan di Laut China Selatan.

radar

Jadi, memang sesuailah jika radar jarak jauh itu ditempatkan di Bintulu yang terletak berhadapan dengan Laut China Selatan itu.

Ia akan meningkatkan keberkesanan “mata dan telinga” kita di Laut China Selatan, untuk menangani sebarang insiden pencerobohan terutamanya daripada pesawat-pesawat tentera China.

Pada 12 Sept lepas, Defence Security Asia melaporkan bahawa 12 anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berada di Amerika Syarikat untuk menghadiri Kursus Orientasi Operasi Radar (Radar Operations Orientation Course) oleh Western Air Defense Sector, Tentera Udara Amerika Syarikat.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh oleh nationalguard.mil – kursus itu berlangsung daripada 2 hingga 27 Ogos.

“Kursus Orientasi Operasi Radar itu adalah latihan utama yang pertama untuk menyokong program National  Defense Authorization Act Section 333 tajaan Pacific Air Forces (PACAF) dimana TUDM diberikan ‘Long Range Air Domain Awareness Radar’ menerusi peruntukan oleh kerajaan Amerika Syarikat.”

— Komander Tentera Laut Amerika Syarikat David Hurn.

Hurn merupakan pegawai perhubungan Tentera Laut dan koodinator bagi State Partnership Program (SPP) untuk Western Air Defense Sector.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...