Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Radar Sumbangan Amerika Jadi “Mata Dan Telinga” M’sia Di Laut China Selatan

Sumbangan radar pertahanan udara oleh Amerika Syarikat kepada Malaysia berkemungkinan usaha Washington untuk membantu negara meningkatkan  pengawasan dan pemantauan di Laut China Selatan, terutamanya selepas apa yang berlaku pada Mei tahun lepas apabila 16 buah pesawat pengangkut tentera China menceroboh Zon Maritim Malaysia (ZMM) .

0 2,493

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Radar pertahanan udara jarak jauh (long-range air defence radar) sumbangan kerajaan Amerika Syarikat kepada Malaysia di bawah “program peningkatan keupayaan negara rakan” Washington bakal menjadi “mata dan telinga” negara dalam memantau sebarang cubaan pihak asing mercoboh ruang udara negara di Laut China Selatan.

Radar pertahanan udara sumbangan Amerika Syarikat itu akan ditempatkan di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Labuan.

Kerajaan Amerika Syarikat memberikan radar itu dibawah program, “Building Capacity Partner” dengan  radar pertahanan udara jarak jauh pilihan itu adalah daripada jenis AN/TPS-77, yang dibangunkan oleh firma pertahanan negara itu, Lockheed Martin.

Radar
Radar TPS-77 yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin ini akan ditempatkan di Labuan,

 

Pemberian radar kepada Malaysia itu mungkin usaha Amerika Syarikat untuk membantu negara meningkatkan  pengawasan dan pemantauan di Laut China Selatan.

Ini lebih-lebih selepas apa yang berlaku pada Mei tahun lepas apabila 16 buah pesawat pengangkut tentera China menceroboh Zon Maritim Malaysia (ZMM) .

Pesawat-pesawat penceroboh China itu sempat melalui ruang udara Beting Patinggi Ali (BPA) atau “Luconia Shoals” yang dianggap oleh Beijing sebagai tanah miliknya yang paling selatan (southernmost territory), walaupun ia terletak ribuan kilometer daripada tanah besar China berbanding hanya lebih 100km daripada pantai Sarawak.

TUDM
Rajah pencerobohan pesawat tentera China pada 31 Mei tahun lepas. (kredit TUDM)

 

Beberapa bulan lepas, Defence Security Asia melaporkan bahawa Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat telah memberikan kontrak bernilai US$25.1 juta (RM103 juta) kepada syarikat, Lockheed Martin untuk membekalkan sebuah radar pertahanan udara jarak jauh kepada Malaysia.

Pakej di dalam kontrak kerajaan Amerika Syarikat kepada Lockheed Martin itu termasuklah alat ganti dan latihan kepada anggota-anggota TUDM yang bakal mengendalikannya, sebagaimana yang telah dilaporkan oleh Defence Security Asia sebelum ini.

Kenyataan daripada Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat bertarikh Sept 24 lalu menyatakan bahawa cawangan syarikat Lockheed Martin di Liverpool, New York telah dianugerahkan kontrak bernilai US$25.1 juta untuk “Malaysia Ground Based Radar System.”

Radar

Kontrak Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat perlu diselesaikan pada Sept 30, 2025.

Kos untuk membekalkan radar jarak jauh untuk kerajaan Malaysia itu dibiayai menerusi peruntukan “Fiscal 2021 Building Partner Capacity Funds” oleh kerajaan Amerika Syarikat.

 Coverage bagi radar AN/TPS-77  ini adalah sekitar 470km atau 250 Batu Nautika, dan ia adalah sebuah radar bergerak (mobile radar) yang mampu diatur-gerak ke kawasan-kawasan lain sama ada menggunakan pesawat C-130 Hercules, trak atau keretapi.

Pemberian radar kepada Malaysia itu mungkin usaha Amerika Syarikat untuk membantu kita memperkuatkan pengawasan dan pemantauan di Laut China Selatan.

TUDM
Salah sebuah pesawat China yang dipintas oleh TUDM di Zon Maritim Malaysia pada akhir Mei lepas.(kredit TUDM)

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Pada 12 Sept tahun lepas, Defence Security Asia turut melaporkan bahawa 12 anggota TUDM berada di Amerika Syarikat untuk menghadiri Kursus Orientasi Operasi Radar (Radar Operations Orientation Course) oleh Western Air Defense Sector, Tentera Udara Amerika Syarikat.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh oleh nationalguard.mil – kursus itu berlangsung daripada 2 hingga 27 Ogos.

“Kursus Orientasi Operasi Radar itu adalah latihan utama yang pertama untuk menyokong program National  Defense Authorization Act Section 333 tajaan Pacific Air Forces (PACAF) dimana TUDM diberikan ‘Long Range Air Domain Awareness Radar’ menerusi peruntukan oleh kerajaan Amerika Syarikat.”

— Komander Tentera Laut Amerika Syarikat David Hurn.

Radar
Anggota TUDM ketika menghadiri Kursus Orientasi Operasi Radar (Radar Operations Orientation Course) oleh Western Air Defense Sector, Tentera Udara Amerika Syarikat tahun lepas.
— DSA
Comments
Loading...