Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Anggota PASKAL Bakal Dilengkapi Dengan Beberapa Peralatan Baru

Anggota pasukan khas boleh menyelam pada jarak yang lebih jauh menggunakan “underwater scooter” dan navigasi kawasan yang sukar diselam seperti di kawasan gua bawah permukaan dan lain-lain kegunaannya.

0 3,456

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sedang di dalam proses untuk melengkapkan anggota pasukan khas itu dengan beberapa peralatan baru bagi membolehkan mereka melaksanakan tugas mereka yang penuh dengan kerahsiaan itu dengan lebih berkesan.

Menerusi laman web e-perolehan yang merupakan portal perolehan utama bagi kerajaan, admin dapati Markas Pasukan Khas Laut TLDM sedang dalam proses untuk memperolehi beberapa peralatan baru untuk pasukan itu.

Antara perolehan yang bakal diperolehi untuk anggota PASKAL adalah “underwater scooter”.

PASKAL
“Underwater Scooter” atau “Diver Propulsion Vehicle”

 

Kementerian Pertahanan bagi pihak Markas Tentera Laut –Materiel telah mengeluarkan tender dua hari lepas untuk perolehan peralatan itu.

“Underwater scooter” atau juga dipanggil “driver propulsion vehicle” merupakan peralatan khusus untuk membantu penyelam dan peralatan bergerak di bawah permukaan perairan untuk sesuatu jarak tertentu.

Anggota pasukan khas boleh menyelam pada jarak yang lebih jauh menggunakan “underwater scooter” dan navigasi kawasan yang sukar diselam seperti di kawasan gua bawah permukaan dan lain-lain kegunaannya.

Walaupun jumlah diminta untuk dibekalkan kepada anggota pasukan khas TLDM itu adalah kecil, ia mungkin bermakna PASKAL telah pun memiliki “underwater scooter” itu dan tender itu adalah untuk menambah bilangan peralatan bawah permukaan yang sedia ada.

Antara “underwater scooter” yang paling banyak digunakan oleh tentera laut didunia termasuk pasukan-pasukan khas Amerika Syarikat adalah “STIDD Diver Propulsion Vehicle”.

PASKAL

Selain itu, dalam laman web perolehan kerajaan juga menunjukkan bahawa Kementerian Pertahanan menerusi Markas Tentera Laut – Materiel telah mengeluarkan tender untuk memperolehi “full action sub machine gun” untuk kegunaan anggota-anggota PASKAL.

Ia mungkin untuk menggantikan sub machine gun – MP5 dan variannya yang dibangunkan oleh firma Heckler & Koch dan digunakan oleh anggota PASKAL sejak sekian lama.

Laman web perolehan utama kerajaan juga menunjukkan bahawa Markas Tentera Laut – Materiel juga telah mengeluarkan tender untuk perolehan “Thermal Binocular” bagi anggota-anggota PASKAL.

Selain perolehan bagi PASKAL, Kementerian Pertahanan juga telah mengeluarkan tender kira-kira dua minggu untuk perolehan alatan dipanggil “Through Wall Radar” untuk Bahagian Operasi Pasukan Khas di kementerian itu.

Apakah “Through Wall Radar”?

pASKAL
Anggota tentera sedang menggunakan alatan “Through Wall Radar”

 

Ia adalah radar yang membolehkan penggunanya sama ada anggota pasukan khas atau pasukan penyelamat mengetahui apa yang berada di sebalik dinding.

Bagi anggota pasukan khas, peralatan “Through Wall Radar” akan memastikan mereka mengetahui dengan tepat kedudukan sebenar musuh-musuh mereka walaupun cuba berlindung di belakang dinding konkrit, sekaligus memudahkan mereka merancang dan menyelesaikan operasi.

Peralatan canggih itu membolehkan anggota melihat sesiapa sahaja yang cuba menyembunyikan diri mereka disebalik dinding konkrit,sekaligus memudahkan usaha pencarian musuh-musuh terutamanya ketika melaksanakan misi di kawasan urban.. — DSA

 

Comments
Loading...