Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Syarikat Mahu Sumbang Lagi Dron ScanEagle?

Dron-dron itu kemudiannya akan diserahkan kepada Tentera Laut Amerika Syarikat dan Kor Marin negara itu serta pelbagai negara lain, menurut kenyataan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.

0 7,517

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Anak syarikat Boeing, Insitu telah menerima kontrak berjumlah RM191 juta (RM764 juta) daripada Tentera Amerika Syarikat untuk membekalkan dron RQ-21A Blackjack dan ScanEagle serta peralatan sokongannya.

Dron-dron itu kemudiannya akan diserahkan kepada Tentera Laut Amerika Syarikat dan Kor Marin negara itu serta pelbagai negara lain, menurut kenyataan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.

Adakah Malaysia bakal menjadi salah satu “negara lain” yang akan menerima dron-dron ScanEagle “sumbangan” Amerika Syarikat itu sekali lagi?

Scaneagle

Kontrak diberikan kepada anak syarikat Boeing itu melibatkan 13 buah dron RQ-21A Blackjack dan 25 buah dron ScanEagle bersama-sama segala sistem sokongannya.

Anak syarikat Boeing itu menurut kenyataan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat perlu menyiapkan kontraknya sebelum pertengahan tahun 2026.

Tentera Laut Diraja Malaysia menerima sumbangan 12 buah dron “ScanEagle” bersama-sama peralatan sokongannya dibawah program “Maritime Security Initiative” (MSI) anjuran kerajaan Amerika Syarikat.

Selain 12 buah dron ScanEagle, pihak TLDM turut menerima peralatan sokongan seperti 11 buah Ground Control Station, empat buah MK4 launcher dan empat buah MK1 Mod Skyhook Recovery System.

Kesemua 12 sistem ScanEagle yang diberikan kepada TLDM di bawah program MSI itu bernilai RM180 juta.

Scaneagle

Dron terbabit dioperasikan oleh Skuadron 601 yang berpengkalan di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu bagi tujuan rondaan maritim untuk misi-misi Intelligence, Surveillance and Reconnaisance (ISR) di perairan Laut China Selatan dan Laut Sulu.

Malaysia mula menerima dron-dron itu pada Mei 2000,dengan penerbangan pertama pada tahun lepas.

Menurut kenyataan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat pada Mei 2019,  syarikat Insitu-Boeing telah dianugerahkan kontrak untuk membekalkan 48 dron ScanEagle kepada Malaysia, Indonesia, Filipina dan Vietnam.

Malaysia dengan 12 buah dron ScanEagle adalah penerima terbesar.

Dron ScanEagle memiliki berat sekitar 22kg dengan kelajuan maksimum 150 km/j itu mampu untuk beroperasi selama 12 jam dengan ketinggian pengoperasian ideal bermula dari 762 meter sehingga 1,524 meter.

Scaneagle

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

ScanEagle juga memiliki keupayaan untuk dilancarkan dari atas kapal peronda TLDM, namun untuk peringkat awal ia akan beroperasi di daratan sebagai fasa latihan kepada para pengendali.

Pada majlis pelancaran Skuadron 601 Mei tahun lepas, pegawai  kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyatakan bahawa negara itu akan menyerahkan 12 buah lagi pesawat tanpa pemandu (UAV) “ScanEagle” kepada Malaysia diantara pertengahan 2021 hingga 2022.

Menurut Atase Kanan Pertahanan Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia, Kapten Muhammad Muzzafar Feroze Khan dilaporkan berkata oleh media bahawa ia adalah penambahan kepada enam buah UAV  ScanEagle yang telah diserahkan kepada Malaysia pada tahun lepas.— DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

Comments
Loading...